SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 22

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
NORLIDA ABDULLAH LWN. KOPERASI BELIA NASIONAL BERHAD (KOBENA)
Award No: 147 Tahun 2022 [Kes No: 2(12)/4-1122/20]



Petitioner Advocates:Mohd Iqbal Zainal Abidin ,Respondent Advocate: Idris Zaidel

Pemecatan secara konstruktif ditentukan melalui pelanggaran terma kontrak, di mana penggantungan tanpa gaji menjustifikasi penamatan hubungan pekerjaan.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Tuntutan penamatan kerja secara konstruktif – Pihak Yang Menuntut dipecat tanpa sebab yang adil – Mahkamah mendapati penggantungan tanpa gaji tanpa tempoh yang ditentukan adalah pelanggaran kontrak, layak dianggap sebagai pemecatan secara konstruktif. (Paras 53-67)

(B) Pemecatan secara konstruktif – Definisi dan beban pembuktian terletak pada pihak penuntut untuk membuktikan penggantungan adalah satu kemungkiran kontrak. (Paras 54-56)

Facts of the case: Pihak Yang Menuntut diberikan penggantungan kerja tanpa gaji oleh Syarikat berkuatkuasa pada 22 Januari 2020, di mana alasan penggantungan adalah untuk mengelakkan konflik dan kebocoran maklumat. Tindakan ini dianggap oleh PYM sebagai penamatan kerja secara konstruktif. (Paras 20, 22, 53)

Findings of Court: Mahkamah mendapati penggantungan tanpa gaji adalah pelanggaran terma kontrak PYM dan memutuskan PYM telah dibuang secara konstruktif. (Paras 66-67)

Issues: Sama ada pemecatan kerja secara konstruktif berlaku dan jika ya, adakah pemecatan tersebut dilakukan dengan sebab yang adil. (Paras 52)

Ratio Decidendi: Mahkamah mengesahkan bahawa Syarikat telah melanggar kontrak dengan menggantung PYM tanpa gaji untuk tempoh yang tidak ditentukan tanpa mengikuti prosedur yang betul. (Paras 61-64)

Result: Syarikat diperintahkan membayar RM131,450.00 kepada PYM. (Paras 87)

AWARD

Muhammad Bukhari Ab Hamid:

Rujukan

[1] Rujukan ini dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia pada 5 Julai 2020 berdasarkan subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang berpunca daripada pembuangan kerja Norlida Binti Abdullah ("Pihak Yang Menuntut") oleh Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) ("Syarikat") pada 22 Januari 2020.

[2] Rujukan Menteri dalam kes ini memerlukan Mahkamah mendengar dan memutuskan aduan pemecatan Pihak Yang Menuntut (PYM) oleh Syarikat pada 22 Januari 2020 dan telah diterima oleh Mahkamah Perusahaan pada 3 Ogos 2020.

[3] Kes ini telah dibicarakan oleh Pengerusi Mahkamah 2 sebelum ini, YA Puan Noor Ruwena Binti Dato' Mohd Nurdin yang telah bertukar ke Agensi lain pada 15 Jun 2021. Oleh kerana kes ini adalah tuntutan penamatan kerja secara konstruktif, maka PYM terlebih dahulu memulakan kes dengan beliau sebagai saksi utama dan seterusnya memanggil seorang lagi saksi iaitu En Moh Redzuan bin Majid. Pengerusi tersebut telah selesai mendengar keterangan dua (2) orang saksi iaitu PYM sendiri (CLW-1) dan Encik Mohd Redzuan bin Majid (CLW-2) pada 14 dan 15 April 2021.

[4] Kes ini telah ditangguhkan beberapa kali dihadapan Pengerusi terdahulu kerana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Virus Covid 19 di negara ini. Pada 20 September 2021 kes ini telah didengar dihadapan saya dan telah dimuktamadkan pada 21 September 2021. Lima (5) orang saksi Pihak Syarikat telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu COW-1, COW- 2, COW-3, COW-4 dan COW-5. Oleh kerana pada ketika itu, PKP masih berkuatkuasa, keterangan saksi-saksi ini telah didengar secara dalam talian. Pada keseluruhannya dua (2) orang saksi PYM dan lima (5) orang saksi pihak Syarikat telah hadir memberi keterangan dalam kes ini.

[5] Pihak-pihak kemudiannya diarahkan untuk memfailkan Penghujahan Bertulis pada 12 Oktober 2021 dan memfailkan Hujahan Balas pada 26 Oktober 2021. Banyak dokumen telah ditender oleh pihak-pihak dan ia dikenal pasti dan ditanda dengan cara berikut:

a) Ikatan Dokumen Syarikat - COB 1

b) Ikatan Dokumen Tambahan Syarikat - COB 2

c) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut - CLB 1

d) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 2) - CLB 2

e) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 3) - CLB 3

f) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut (Jilid 4) - CLB 4

g) Penyata Saksi Norlida binti Abdullah - CLWS 1

h) Penyata Saksi Shahrizal bin Sabarudin - COWS 1

i) Penyata Saksi Hj Yunus bin Kasim - COWS 2

j) Penyata Saksi Mohd Shafie bin Che Omar - COWS 3

k) Penyata Saksi Hishamudin bin Mohamad Mokhtar - COWS 4

l) Penyata Saksi Mohd Hazwan bin Hazim - COWS 5

Saya kini mengeluarkan Award ini setelah meneliti Keterangan Saksi, dokumen yang dikemukakan di Mahkamah dan daripada rakaman digital Mahkamah.

A. Fakta Kes

i) Pihak Yang Menuntut

[6] Pertikaian di hadapan Mahkamah ini ialah mengenai pemecatan secara konstruktif pihak PYM oleh pihak Syarikat pada 22 Januari 2020.

[7] PYM mula bekerja di Syarikat pada 1 Ogos 1994 sebagai Kerani dengan gaji sebanyak RM690.00. Kontrak pekerjaan ini bertarikh 1 Ogos 1994.

[8] Seterusnya PYM telah menerima pelarasan gaji melalui tawaran skim gaji 2007 berjumlah RM1,700.00 pada bulan Julai 2007 dengan jawatan baru sebagai Pembantu Tadbir.

[9] Pada Oktober 2012, melalui penstrukturan semula bidang tugas, PYM telah menerima gaji baharu sebanyak RM1,940.00.

[10] Pada 1 April 2014, PYM telah dinaikkan pangkat ke jawatan Eksekutif Keanggotaan dengan gaji pokok sebanyak RM2,400.00 berserta elaun sebanyak RM750.00.

[11] Menerusi Skim Gaji 2014, pada Julai 2018, PYM telah menerima kenaikan gaji baharu berjumlah RM2,900.00 dengan elaun bulanan yang tidak berubah.

[12] PYM telah berkhidmat dengan Syarikat selama 25 tahun 5 bulan (sehingga mendapat notis gantung perkhidmatan). Sepanjang perkhidmatan bersama Syarikat, PYM telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta memberi komitmen yang tinggi kepada Syarikat.

[13] Syarikat merupakan sebuah KOPERASI dan Yayasan KOBENA merupaka

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top