2009 MarsdenLR 2089
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
EMPIRE KINGDOM SDN BHD
Versus
YEE MEI LING DAN SEORANG PERAYU YANG LAIN
AWARD NO: 567 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-2818/06)
Decided on : 12 MEI 2009
Peguamcara Pihak Menuntut - Chee Foo Kuan; T/n RM Abdullah, Kuan & Associates
Pihak Responden - Tidak hadir
Ini adalah satu kes pembuangan kerja Puan Yee Mei Ling (Yang Menuntut Pertama) Dan Puan Lam May Lock (Yang Menuntut Kedua) oleh Empire Kingdom Sdn. Bhd. (Responden) pada 29.6.2004. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 28.8.2006 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 30.11.2006.
Kes ini telah didengar di hadapan Pengerusi yang lalu. Beliau telah bertukar dari Mahkamah ini pada 31.3.2009. Pihak Yang Menuntut telah menyatakan persetujuan mereka bahawa award disediakan oleh saya. Mereka juga bersetuju untuk saya merujuk kepada nota keterangan dan hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua mereka semasa saya menyediakan award ini.
Perbicaraan di mahkamah terbuka telah diadakan pada 14hb. Disember 2007. Pada tarikh tersebut, hanya Pihak Yang Menuntut sahaja yang hadir. Pihak Responden tidak hadir. Mahkamah telah meneruskan dengan perbicaraan, di mana Pihak Menuntut telah memberikan keterangan pada 14hb. Disember 2007. Pihak Responden telah tidak hadir walaupun notis pemakluman tarikh perbicaraan telah diserahkan kepada Pihak Responden. Mahkamah telah menjalankan perbicaran ini secara ex-parte.
Fakta Kes
Di dalam kes ini, Pihak Menuntut Pertama, Yee Mei Ling telah dilantik ke jawatan Assistant General Manager mulai 1hb. Jun 2004 dengan gaji RM5,000.00 sebulan melalui surat perlantikan bertarikh 1hb. Jun 2004.
Pada 29hb. Jun 2004, Pihak Responden telah mengeluarkan notis pemecatan satu bulan notis untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Di dalam surat itu juga disertakan bayaran gaji yang kena bayar pada 30hb. Jun 2004. Hari terakhir Pihak Menuntut bekerja di Syarikat Responden ialah pada 29hb. Jun 2004. Dalam ertikata lain, Pihak Menuntut hanya bertugas 29 hari sahaja di Syarikat Responden.
Sementara itu, Pihak Menuntut Yang Kedua, Lam May Lock telah dilantik sebagai Business Development Manager, dengan gaji RM3,000.00 sebulan berkuatkuasa daripada 7hb. Jun, 2004, melalui surat daripada Pihak Responden bertarikh 1hb. Jun, 2004. Pada 29hb. Jun 2004, Pihak Responden telah mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut Kedua, satu bulan notis penamatan perkhidmatan yang disertakan bayaran gaji berjumlah RM2,293.35. Hari terakhir Pihak Menuntut Kedua bekerja ialah pada 29hb. Jun 2004.
Perbicaraan Secara Ex-Parte
Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaran pada 14hb. Disember 2007. Mahkamah telah dimaklumkan pada tarikh tersebut bahawa usaha telah dibuat untuk mengesan Syarikat Responden tetapi gagal. Usaha untuk menyerahkan notis kepada mereka juga telah dibuat tetapi gagal. Pengerusi yang membicarakan kes ini telah memutuskan bahawa kes ini didengar secara ex-parte tanpa kehadiran Responden. Rekod Mahkamah juga menunjukkan bahawa notis mengenai perbicaraan ini telah dihantar kepada Responden pada 16hb. Mei 2007. Notis pendengaran di dalam 'Borang G', di bawah Aturan 8(3) Kaedah-kaedah Mahkamah Perusahaan 1967, telah ditandatangani oleh Penolong Pendaftar pada 16hb. Mei 2007 yang menyatakan bahawa tarikh perbicaraan pada 14hb. Disember 2007.
Adalah menjadi prinsip yang termaklum bahawa perbicaraan di Mahkamah ini adalah diadakan dengan kehadiran kedua-dua belah pihak. Ini bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan keterangan masing-masing bagi menyangkal keterangan pihak lawan. Peraturan-peraturan 22 Industrial Court Rules 1967 memperuntukkan:-
Procedure At Hearing
22. Procedure at hearing.
(1) At the hearing, the President shall call upon such party as he may think fit to state his case and adduce evidence, if any, in support thereof.
(2) The opposite party shall thereafter state his case adduce evidence if any, in support thereof.
(3) The first party shall be at liberty to reply to the matters raised by the opposite party and thereafter the opposite party shall be at liberty to reply to the matters raised by the first party in his reply.
(4) No further submission or statements may be made except by leave of the President
Namun demikian, di dalam kes ini, ketidakhadiran Responden se