SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 3863

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO

PEN-EAE SDN BHD
Versus
TAN JOO NEE

AWARD NO: 413 TAHUN 2009 (KES NO: 5/1-553/08)
Decided on : 7 APRIL 2009

Advocates appeared:
Peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu - WL Cheah, Eric; T/n Tung Chan & Partners
Bagi Pihak Responden - Tidak hadir

AWARD

Satu pengaduan telah difailkan oleh Puan Tan Joo Nee, Pihak Pengadu terhadap Pen-Eae Sdn. Bhd. (Pen-Eae Express Cargo (M) Sdn. Bhd), Pihak Responden di bawah Section 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kerana ketidak-patuhan Award No. 700 Tahun 2008 bertarikh 23 April 2008 yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan No. 9 dalam kes No. 9/4-144/05 oleh Pihak Responden.

Kes ini dibangkitkan untuk perbicaraan pada 7 April 2009 dengan kehadiran Encik W.L. Cheah, Eric dari Tetuan Tung Chan & Partners, peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu dan menyebutkan kes bagi pihak Responden. Encik W.L. Cheah, Eric memaklumkan Mahkamah bahawa kes pengaduan ini telah selesai di antara kedua-dua pihak dan beliau memohon Award Persetujuan diperturunkan menurut terma seperti berikut:-

Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Pengadu melalui peguamcaranya dalam rekod iaitu Tetuan Tung Chan & Partners baki jumlah Award sebanyak RM8,000.00 dengan ansuran bulanan yang sama sebanyak RM1,000.00 setiap ansuran mulai 31.03.2009 dan pada akhir setiap bulan berikut sehingga penyelesaian penuh amaun tersebut.

Maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award bahawa Responden mematuhi Award tersebut menurut terma persetujuan seperti yang tersebut di atas.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top