2009 MarsdenLR 4868
MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
CHEW SOO HO
SIMPLOT MALAYSIA SDN BHD
Versus
LAM CHOON KENG
AWARD NO. 54 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-1431/07)
Decided on : 13 JANUARI 2009
Peguamcara Pihak Menuntut - Leela Devi Chelvarajah; T/n Leela Chelvarajah
Peguamcara Pihak Responden - Patrick Dass; T/n Patrick Dass & Co
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Lam Choon Keng, Pihak Menuntut, pada 20 Februari 2006.
Kes ini yang telah separuh dibicarakan pada 11.8.2008 dan 12.1.2009 dibangkitkan untuk sambungan perbicaraan pada 13.1.2009 dengan kehadiran Puan Leela Devi Chelvarajah dari Tetuan Leela Chelvarajah, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Patrick Dass dari Tetuan Patrick Dass & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut serta Encik Skyring Ian Ross Ludurig, Pengurus Besar - Asia Tenggara, wakil Pihak Responden turut hadir. Puan Leela Devi Chelvarajah memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah berunding dan berjaya mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini atas terma-terma penyelesaian seperti berikut:
(1) Tanpa pengakuan liabiliti dan secara ex-gratia, Pihak Responden bersetuju membayar kepada Pihak Menuntut jumlah wang sebanyak RM48,066.00 (Ringgit Malaysia Empat Puluh Lapan Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini;
(2) Jumlah penyelesaian tersebut sebanyak RM48,066.00 hendaklah dibayar melalui peguamcara dalam rekod yang mewakili Pihak Menuntut dalam tempoh Dua Minggu daripada hari ini iaitu pada atau sebelum 27.1.2009; dan
(3) Akibat penyelesaian kes ini, tidaklah ada apa-apa tuntutan lain lagi di antara kedua-dua pihak darihal pekerjaannya dahulu Pihak Menuntut dengan Pihak Responden.
Encik Patrick Dass mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut. Pihak Menuntut dan wakil Pihak Responden, Encik Skyring Ian Ross Ludurig juga mengesahkan terma-terma tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.