SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 3330

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO

CEMPAKARAYA SDN BHD
Versus
FAM KIM ANN

AWARD NO: 137 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-127/08)
Decided on : 5 FEBRUARI 2009

Advocates appeared:
Peguamcara Pihak Menuntut - Jaspal Singh Gill; T/n JS Gill & C Surendran
Peguamcara Pihak Responden - Kee Tong Kiak; T/n Chee Siah Le Kee & Partners

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Fam Kim Ann, Pihak Menuntut, pada 25 April 2007.

Kes ini yang separuh dibicarakan pada 10.10.2008 dibangkitkan untuk sambungan perbicaraan pada 5.2.2009 dengan kehadiran Encik Jaspal Singh Gill dari Tetuan J.S. Gill & C. Surendran, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Kee Tong Kiak dari Tetuan Chee Siah Le Kee & Partners, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut dan wakil Responden Encik Liang Ee Hang turut hadir. Encik Kee Tong Kiak memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah berjaya mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan seterusnya memohon suatu Award Persetujuan atas terma-terma persetujuan seperti berikut:

(1) Tanpa sebarang pengakuan liabiliti, Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut wang ex-gratia sejumlah RM33,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Tiga Ribu sahaja) melalui peguamcara dalam rekod bagi pihak Pihak Menuntut dalam tempoh 14 hari dari tarikh Award ini iaitu pada atau sebelum 19.2.2009 sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini;

(2) Tidak mana-mana satu pihak hendaklah mendedahkan terma-terma penyelesaian tersebut; dan

(3) Pihak Menuntut hendaklah memperolehi pelepasan (clearance) cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenai cukai pendapatannya.

Encik Jaspal Singh Gill dan Pihak Menuntut mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di atas.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top