2009 MarsdenLR 1095
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
FIRDAUS AZLINA & CO
Versus
MARIAM ABD RAHIM
AWARD NO: 429 TAHUN 2009 (CASE NO: 28(1)/4-432/08)
Decided on : 13 APRIL 2009
Pihak Yang Menuntut - Harjit Singh; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Pihak Responden - K Rajeswari; T/n Zul Rafique & Partners
Ini adalah satu kes pembuangan kerja Puan Mariam Binti Abd. Rahim (Yang Menuntut) oleh Firdaus Azlina & Co. (Responden) pada 29.6.2007. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 5.3.2008 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 7.4.2008.
Kes ini telah disebut sebanyak sembilan kali iaitu pada 9.5.2008, 9.7.2008, 29.7.2008, 11.8.2008, 26.9.2008, 31.10.2008, 5.1.2009, 7.4.2009 dan 13.4.2009. Pada tarikh sebutan 13.4.2009 Mahkamah telah dimaklumkan pihak Yang Menuntut, bahawa Yang Menuntut ingin menarik balik kesnya terhadap Responden tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
Oleh sebab Yang Menuntut menarik balik kesnya, Mahkamah dengan ini membatalkan kesnya terhadap Responden tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.