SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1992 MarsdenLR 252

MAHKAMAH AGUNG, KUALA LUMPUR

HASHIM YEOP SANI HB (MALAYA), HARUN HASHIM HMA, GUNN CHIT TUAN HMA


YEONG KIA HENG
versus
PENDAKWA RAYA

RAYUAN JENAYAH NO. 05-150-90

Decided On : 01-27-92

Advocates:
Bagi pihak yang merayu - Gurbachan Singh dan Kartar Singh; T/n. Bachan & Kartar
Bagi pihak yang menentang/responden - Kang Hwee Gee; Timbalan Pendakwa Raya

PENGHAKIMAN

Gunn Chit Tuan HMA:

Perayu telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan telah dihukum mati di bawah s. 39B(2) Akta tersebut. Mengikut tuduhan, perayu telah didapati pada 10 September 1987 pada jam 2.10 petang di kaki lima Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mengedar dadah berbahaya sebanyak 18.37 gram heroin.

Fakta kes ini tidak mengelirukan sama sekali. Pada hari tersebut dua orang konstabel iaitu PC Ng Hum Seng (SP3) dan PC Ong Aik Joo (SP4) sedang meronda di kawasan tersebut. Lebih kurang jam 2.00 petang mereka sampai ke Pertama Kompleks di mana mereka telah berjumpa dengan seorang "informer" yang memberitahu bahawa ada seorang yang disyaki mengedar dadah dan menunjukkan kepada arah kedai gunting Carole Hair Dressing Saloon di mana perayu sedang membasuh rambutnya. SP3 dan SP4 menunggu selama 10 minit sehingga perayu keluar daripada kedai gunting rambut tersebut dan membawanya ke bawah tangga di mana perayu telah diperiksa dan didapati satu bungkusan suratkhabar mengandungi 10 paket yang disyaki dadah dan satu lagi bungkusan suratkhabar yang mengandungi 3 paket juga disyaki dadah yang terselit di bawah tali pinggang perayu. Juga didapati padanya ialah dua bungkusan suratkhabar mengandungi satu paket plastik mengandungi yang disyaki dadah di poket sebelah kiri seluarnya. Perayu pun ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis, Kuala Lumpur.

Ada beberapa soalan undang-undang yang dihujahkan bagi pihak perayu di Mahkamah ini. Semua soalan adalah berkaitan dengan apa yang terkandung di dalam alasan penghakiman Hakim berkenaan di mana didapati beberapa kecatatan dari segi persepsi sebenarnya berkaitan dengan beban membukti bagi seorang yang dituduh dalam perbicaraan jenayah. Melihatkan kepada fakta kes yang jelas Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujah peguam perayu bahawa persepsi yang tersebut di atas yang didapati dalam alasan penghakiman itu telah membabitkan ketidakadilan kepada perayu.

Walau bagaimanapun satu perkara yang dibangkitkan oleh peguam dalam rayuan ini menyebabkan kami tidak berpuas hati dakwaan terhadap perayu telah dibuktikan dengan sepenuhnya. Ini ialah berkaitan dengan identiti barang kes. Keterangan ialah keterangan yang telah diberi oleh SP3 di mana ia telah memberitahu kepada Mahkamah dalam pemeriksaan perayu di Pertama Kompleks ia telah mendapati:

(1) 10 bungkusan kecil akhbar Cina mengandungi 10 paket plastik yang mengandungi "ketulan-ketulan berwarna merah jambu" dan 3 bungkusan kecil mengandungi 3 paket berisi "ketulan-ketulan berwarna merah jambu".

(2) 3 bungkusan kecil akhbar Cina mengandungi 3 paket berisi "ketulan-ketulan berwarna merah jambu".

(3) 10 bungkusan kecil akhbar Cina berisi 10 paket plastik mengandungi "ketulan-ketulan berwarna merah jambu".

(4) 2 bungkusan akhbar Cina berisi 2 paket plastik mengandungi "ketulan-ketulan berwarna merah jambu".

Walau bagaimanapun pegawai kimia (SP2) telah menerima barang kes pada 15 September 1987, jam 2.30 petang di pejabatnya dari Insp. Che Nor Ismail (SP5). Pegawai kimia ini telah seterusnya memberitahu Mahkamah beliau memeriksa barang-barang dalam sampul surat yang diterimanya dan mendapati :

(1) Dalam sampul surat 10 paket plastik kesemuanya mengandungi 30.14 gram bersih "bahan serbuk berwarna merah jambu".

(2) Dalam sampul surat itu juga didapatinya 3 paket plastik mengandungi 18.43 gram bersih "bahan serbuk berwarna merah".

(3) Sampul surat mengandungi 10 paket kertas plastik yang mengandungi 30.01 gram bersih "bahan serbuk berwarna merah jambu".

(4) Dua paket kertas mengandungi 16.74 gram bersih "bahan serbuk berwarna merah jambu".

Kesemuanya serbuk itu didapati dadah heroin seberat 18.37 gram.

Keterangan yang tersebut di atas menunjukkan kecacatan dalam pembuktian identiti barang kes yang menjadi subjek pendakwaan terhadap perayu. Kecacatan itu menjadi subjek pendakwaan terhadap perayu. Kecacatan itu menjadi lebih ketara apabila keterangan dari pihak polis dib

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top