SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2657

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

SNC CONSOLIDATED SDN BHD
Versus
ABDUL TALIB MOHD

AWARD NO: 460 TAHUN 2009 (KES NO: 28(1)/4-2175/07)
Decided on : 17 APRIL 2009

Advocates appeared:
Mewakili Pihak Menuntut - Peter Kandiah; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Peguamcara Pihak Responden - P Vickneswaren; T/n Vickneswaren & Associates

AWARD

Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Abdul Talib Bin Mohd. (Yang Menuntut) oleh SNC Consolidated Sdn. Bhd. (Responden) pada 27.5.2007. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 27.8.2007 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 20.11.2007.

Di dalam kes ini Mahkamah telah membatalkan kes ini pada 16.10.2008 melalui award no. 1775 tahun 2008. Pihak Menuntut memfailkan notis permohonan untuk menghidupkan semula kes ini pada 14.1.2009. Alasan yang dikemukakan oleh pihak Yang Menuntut ialah seperti yang ternyata dalam Afidavit beliau dan hujahan pihak yang mewakili beliau antara lain, terdapatnya salah faham berkenaan perwakilan pihak Yang Menuntut dan kegagalan pihak Yang Menuntut untuk dimaklumkan mengenai tarikh perbicaraan pada 16.10.2008. Selain daripada itu Pihak Menuntut juga menyatakan beliau amat mengambil berat mengenai kes ini dengan serious.

Di dalam award no. 1775 tersebut, telah dinyatakan dalam perenggan 11, bahawa Pihak Menuntut diberi kebebasan untuk membuat permohonan untuk menghidupkan kembali kes ini jika permohonan itu dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh 16.10.2008. Permohonan ini dibuat pada 14.1.2009 yang masih lagi dalam tempoh 3 bulan. Ia adalah sejajar dengan award no. 1775 tersebut.

Sehubungan dengan kes ini adalah wajar untuk Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Y.A. Dato' Siti Norma Bte Yaakob, (Hakim Mahkamah Tinggi) ketika itu di dalam kes Bank Pusat Kerjasama Bhd. (In Receivership) v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [1994] 4 CLJ 341 di mana dinyatakan bahawa remedi bagi pihak yang tindakannya telah dibatalkan oleh Mahkamah Perusahaan ialah dengan memohon supaya kes itu dihidupkan semula.

Berdasarkan kepada Afidavit sokongan permohonan dan hujah oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah berpendapat bahawa tindakan pihak Yang Menuntut yang dibatalkan pada 16.10.2008 dihidupkan semula. Kes ini ditetapkan untuk perbicaraan pada 21.7.2009 dan 20.8.2009.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top