SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2001 MarsdenLR 2045

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR

WAN ADNAN MUHAMAD H


PAUL NICHOLSON
versus
FABER MEDI-SERVE SDN BHD & SATU LAGI

SAMAN PEMULA NO: D8-24-143-2000

Decided On : 09-14-01

Advocates:
Bagi pihak plaintif - T/n Khaw & Partners
Bagi pihak defendan - T/n Zul Rafique & Partners

PENGHAKIMAN

Wan Adnan Muhamad H:

Melalui suatu permohonan saman pemula bertarikh 23 Jun 2000 di lampiran 2, Paul Nicholson (plaintif) iaitu salah seorang pengarah Syarikat Faber Medi-Serve Sdn Bhd (defendan 1) telah memohon untuk mendapat suatu perintah di bawah peruntukan s. 167(3) dan (6) Akta Syarikat 1965 (Akta) atau di bawah kuasa sedia ada mahkamah (sila lihat lampiran 2).

Pada tarikh perbicaraan iaitu 12 September 2000 semasa mendengar permohonan di lampiran 2, kedua-dua pihak bersetuju pindaan dibuat ke atas lampiran 2 (sila lihat nota prosiding). Selepas hujahan oleh kedua-dua pihak suatu perintah seperti dipohon di lampiran 2 diberi kepada plaintif dengan pindaan dan kos diberi terhadap defendan 1.

Berikut adalah perintah tersebut:

a. bahawa plaintif, dalam kapasitinya sebagai seorang pengarah defendan pertama dan di dalam ketiadaan plaintif, pengarah ganti beliau, Paul Hauser, adalah diberi akses sepenuhnya dan tidak tersekat untuk memeriksa kesemua rekod perakaunan dan rekod-rekod yang lain defendan pertama, kecuali berkenaan dengan dokumen-dokumen terlindung (privilege) berkenaan dengan komunikasi peguamcara dan anakguaman yang berkaitan dengan tindakan ini, pada apa jua masa dan dari masa ke semasa pada waktu pejabat dan tanpa prejudis terhadap hak-hak yang dinyatakan di atas, plaintif, seorang pengarah defendan 1, dan di dalam ketiadaan plaintif, pengarah ganti beliau, Paul Hauser diberi hak untuk membuat salinan-salinan, atau mengambil ekstrak, rekod perakaunan dan rekod-rekod yang lain defendan 1 termasuk dokumen-dokumen, fail-fail, kertas-kertas kerja, report-report, memorandum-memorandum, minit-minit dan segala dokumen-dokumen dalam apa juga deskripsi dan apa jua jenis kepunyaan defendan pertama;

b. bahawa dalam menjalankan pemeriksaan seperti mana dinyatakan dalam perenggan (a) di atas, plaintif, atau pengarah ganti beliau, Paul Hauser, diberi hak untuk dibantu oleh seorang yang dilantik oleh plaintif dan dalam apa jua keadaan, dibantu oleh seorang juru audit syarikat yang diluluskan, atas akujanji bertulis yang diberikan oleh juru audit tersebut kepada mahkamah yang mulia ini bahawa maklumat-maklumat yang diperolehi juru audit tersebut tidak akan didedahkan oleh beliau melainkan kepada plaintif atau kepada Paul Hauser, mengikut keadaan;

c. bahawa dalam membuat salinan-salinan atau mengambil ekstrak-ekstrak apa-apa atau segala rekod-rekod yang dirujuk dalam perenggan (a) di atas, plaintif atau pengarah ganti beliau, Paul Hauser, diberi hak untuk membawa ke dalam premis di mana rekod-rekod yang mungkin disimpan oleh defendan pertama, tidak lebih daripada 2 (dua) mesin fotokopi dan mana-mana bilangan kakitangan (tidak melebihi 3 (tiga) orang) untuk membantu plaintif, atau pengarah ganti beliau, Paul Hauser dalam membuat salinan atau mengambil ekstrak-ekstrak rekod-rekod;

d. bahawa permohonan lampiran 2 perenggan b dibatalkan dengan kebenaran memfailkan semula.

e. bahawa permohonan lampiran 2 perenggan e dan f dibatalkan; dan

f. bahawa kos diberi terhadap defendan pertama.

Latarbelakang kes ini bolehlah didapati daripada afidavit sokongan plaintif di lampiran 1. Intipati kes ini ialah secara ringkas plaintif ialah pengarah syarikat defendan 1. Suatu permohonan untuk akses kepada dokumen perakaunan dan rekod-rekod lain (dokumen syarikat) defendan 1 telah dibuat oleh Paul Hauser iaitu pengarah ganti plaintif. Plaintif telah memohon melalui surat (eks. A lampiran 1) tetapi permohonan tersebut diberi oleh defendan 1 bersyarat. (Sila lihat perenggan 4 hingga 8 di lampiran 1). Justeru itu plaintif membuat permohonan di lampiran 2.

Defendan 1 menentang permohonan di lampiran 2 dengan memfail affidavit jawapan yang diikrarkan oleh Dato' Ikmal Hijaz Hashim pengarah defendan 1 (lampiran 4).

Dalam lampiran 4 tersebut defendan 1 menafikan yang permohonan plaintif ditolak tetapi hanya syarat-syarat dikenakan atas sebab bahawa hak pengarah untuk memeriksa bukan tidak terbatas dan adalah tertakluk kepada tanggungjawab pengar

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top