2008 MarsdenLR 837
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
MD DERUS ABAS - Appellant
Versus
RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 756 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 2304/06)
Decided On : 04/29/2008
Bagi Pihak Menuntut - CC Lim; T/n Karpal Singh & Co
Bagi Pihak Responden - Alan Netto; T/n Zaid Ibrahim & Co
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Md. Derus bin Abas (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 25 Oktober 2005.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Md. Derus bin Abas, Pihak Menuntut, pada 25 Oktober 2005.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 29 April 2008 dengan kehadiran Encik C.C. Lim dari Tetuan Karpal Singh & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Alan Netto dari Tetuan Zaid Ibrahim & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut tidak hadir. Encik C.C. Lim memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah menyelesaikan kes ini dan cek penyelesaian telah pun ditunaikan. Oleh itu, beliau memaklumkan bahawa Pihak Menuntut menarik balik kes ini tanpa kebebasan untuk memohon semula. Encik Alan Netto seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.
Memandangkan kes ini telah ditarik balik tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.