2008 MarsdenLR 1669
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
WINSTON THAM SOONG LAI - Appellant
Versus
SAFEGUARDS SECURITY SYSTEMS SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 890 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 2010/06)
Decided On : 05/22/2008
Bagi Pihak Menuntut - Stanley Thiagarajah; MTUC
Bagi Pihak Responden - MV Gopal; MEF
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Winston Tham Soong Lai (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Safeguards Security Systems Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 19 Mei 2003.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Winston Tham Soong Lai, Pihak Menuntut, pada 19 Mei 2003.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 22 Mei 2008 dengan kehadiran Encik Stanley Thiagarajah dari M.T.U.C. yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik M.V. Gopal dari M.E.F, yang mewakili Pihak Responden. Encik M.V. Gopal memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah selesai secara damai. Encik Stanley Thiagarajah memaklumkan Mahkamah bahawa beliau menerima arahan Pihak Menuntut untuk menarik balik kes ini terhadap Pihak Responden. Encik M.V. Gopal seterusnya memohon untuk kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk memohon semula.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.