2001 MarsdenLR 591
HIGH COURT (TEMERLOH)
RAMLY HAJI ALI
RANI A/P VARATHARAJOO
versus
CHOONG KOK WAI
RAYUAN SIBIL NO. 12-13 TAHUN 2000
Decided On : 06-18-01
Di dalam kes ini, Perayu (Rani a/p Varatharajoo) adalah merupakan Plaintif di dalam satu kes tuntutan gantirugi akibat kemalangan jalanraya di Mahkamah Sesyen Temerloh. Pada 27.6.2000 Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh telah memutuskan bahawa kedua-dua Perayu/Plaintif dan Responden/Defendan adalah masing-masing bertanggung-jawab 50%:50% dari segi liabiliti kecuaian yang menyebabkan kemalangan tersebut. Sebagai kuantum gantirugi Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawadkan (berdasarkan liabiliti 100%) RM 23,4000.00 sebagai gantirugi am serta faedah; dan RM 2,040.00 sebagai gantirugi khas serta faedah. Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang awad bagi tuntutan 'kehilangan sebahagian pendapatan masa hadapan (partial loss of future earnings)'.
Perayu/Plaintif telah membuat rayuan ke Mahkamah ini berkaitan liabiliti dan kuantum (setakat yang melibatkan tuntutan bagi satu kehilangan sebahagian pendapatan masa hadapan sahaja).
[2]
Fakta Kes
Fakta kes seperti yang telah diterima oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah seperti berikut:
Pada 25.6.1997, antara jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari, satu perlanggaran telah berlaku di antara motosikal CAQ 5004 yang ditunggang oleh Plaintif (SP3) dengan motosikal CQ 8627 yang ditunggang oleh Defendan Pertama (SD1) di satu persimpangan di hadapan Klinik Cheroh. Mengikut versi Plaintif (SP3), beliau menunggang motosikalnya bersama seorang pembonceng dari arah Batu Malim menuju ke arah Cheroh, Raub. Jalan tersebut (Batu Malim - Cheroh Raub) adalah merupakan jalan utama. Mengikut Plaintif, motosikal Defendan telah keluar dari simpang Klinik Cheroh memasuki jalan utama Batu Malim - Cheroh, Raub dan bahagian hadapan motosikal Defendan telah melanggar sebelah kanan tayar belakang motosikalnya. Kelajuan motosikal Plaintif pada masa itu ialah 40 kmj. Mengikut Plaintif lagi, masa mula-mula beliau melihat motosikal Defendan, motosikal tersebut berhenti di simpang dan jaraknya ialah 18 [3] kaki. Selepas itu motosikal Defendan terus keluar dari simpang tersebut memasuki jalan utama apabila jaraknya hanya 2-3 kaki dari motosikal Plaintif. Akibatnya perlanggaran telah berlaku. Plaintif telah membuat laporan polis melalui P-3. Kerosakan kepada motosikal Plaintif adalah di bahagian sebelah kanan belakang; lampu depan pecah dan tempat pemijak brek.
Versi Defendan (SD1) pula ialah beliau telah keluar dari simpang tersebut selepas memastikan bahawa tiada kenderaan lain di jalan. Beliau telah masuk ke jalan utama dan membelok ke kanan. Pada masa itu SD1 mendakwa motosikal Plaintif telah melanggar sebelah kiri bahagian belakang motosikalnya. SD1 mengatakan beliau tidak nampak motosikal Plaintif sebelum perlanggaran. Kerosakan kepada motosikal SD1 ialah lampu hadapan pecah, dan kerosakan lain kepada lampu isyarat sebelah kiri di bahagian belakang, bateri dan cermin. Jalan adalah lurus dan cuaca baik. SD1 juga telah membuat laporan polis (D7).
[4]
Pegawai Penyiasat (SP1) telah membuat rajah kasar dan kunci. Beliau mengesahkan terdapat kesan perlanggaran di atas jalanraya Galan utama Batu Malim - Cheroh Raub) yang ditandakan sebagai B, B1 dan B2 di atas laluan Plaintif menghala ke Cheroh. SP1 juga mengesahkan terdapat satu simpang di hadapan Klinik Cheroh di sebelah kanan jalan utama jika menghala ke arah Cheroh.
Mengenai isu liabiliti, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemandu kenderaan yang keluar dari simpang untuk memberi laluan kepada kenderaan yang sedia ada di atas jalan utama (berdasarkan prinsip di dalam kes: Yap YeW Lee v. Subramaniam & Anor (1972) 2 MLJ 53). Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan kedua-dua pihak (Plaintif dan Defendan) adalah bertanggungjawab bersama berdasarkan liabiliti 50%:50% kerana dalam kes ini, Plaintif "tidak membuktikan bahawa motosikal kedua (Defendan) belum keluar simpang tersebut sebelum motosikal pertama (Plaintif) melepasi simpang tersebut."
[5]
Sebagai gantirugi, Hakim Mahkamah Sesyen telah mengawadkan