2021 MarsdenLR 2973
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN
NOOR AZIMAH MOHD YUSOF LWN. MOHAMMAD DELI WS ABDUL KAREEM
[Kes No: 05000-016-0008-2018]
Jumlah Mutaah perlu mencerminkan kemampuan kewangan suami dan tempoh perkahwinan, di mana RM5,000.00 adalah tidak memadai berbanding RM28,800.00 sebagai jumlah yang wajar.
Headnote:(A) Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 – Seksyen 58 – Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah mengenai jumlah Mutaah – Mahkamah mengesahkan bahawa nilai Mutaah yang ditetapkan oleh Hakim Bicara adalah tidak munasabah - Kadar Mutaah yang ditetapkan sebanyak RM5,000.00 tidak mencerminkan kemampuan kewangan Responden dan masa perkahwinan yang panjang. (Paras 7-20) (B) Kadar Mutaah dan kemampuannya – Mahkamah mengambil kira pendapatan terakhir Responden dan tempoh perkahwinan yang berlangsung selama 32 tahun, berkesimpulan bahawa jumlah Mutaah yang adil adalah RM28,800.00. (Paras 22-26)
Facts of the case: Perayu, seorang isteri, mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan Mutaah selepas perceraian pada jumlah RM5,000.00. Perkahwinan selama 32 tahun berakhir dengan perceraian talaq 3, dan Perayu berpendapat bahawa jumlah tersebut tidak mencukupi berdasarkan hak dan kemampuan Responden. (Paras 3 & 5)
Findings of Court: Mahkamah mendapati bahawa keputusan Hakim Bicara tidak memadai dari segi justifikasi dan asas yang digunakan untuk menentukan jumlah Mutaah. (Paras 14-20)
Issues: 1. Adakah kadar Mutaah sebanyak RM5,000.00 munasabah? 2. Apakah jumlah yang wajar bagi tuntutan ini? (Paras 8)
Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang kepada prinsip bahawa Mutaah perlu ditentukan berdasarkan kemampuan suami dan keadaan perkahwinan, serta kesan perceraian terhadap isteri. (Paras 11 & 24)
Result: Rayuan diterima; jumlah Mutaah yang baru ditetapkan adalah RM28,800.00, dibayar secara ansuran. (Paras 26)
PENGHAKIMAN
Fakta Kes
[1] Perayu dan Responden telah berkahwin pada 3 Januari 1982 dan telah bercerai dengan kebenaran mahkamah pada 2 Oktober 2014. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan tiga(3) orang cahaya mata.
[2] Pada 7 April 2014, Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson telah mengesahkan sabit perceraian talaq 3 yang berlaku antara Perayu dan Responden di luar mahkamah pada pertengahan Bulan Ramadhan 1434H.
[3] Pada 23 Jun 2014 Perayu telah memfailkan Tuntutan Mut'ah di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Sembilan dengan jumlah/tuntutan sebanyak RM320,000.00, namun Hakim Bicara pada 25 September 2018 telah meluluskan tuntutan Perayu sebanyak RM5,000.00. Perayu telah tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Bicara tersebut dan telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah pada 9 Oktober 2018, selanjutnya memfailkan Alasan Rayuan pada 22 Jun 2020.
[4] Selanjutnya Perayu telah memfailkan Rekod Rayuan pada 22 September 2020 dan Penghujahan Bertulis Perayu pada 18 November 2020 diikuti Penghujahan Bertulis Responden pula difailkan pada 28 Disember 2020. Pada hari ini 24 Mei 2021, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan telah menetapkan untuk tarikh keputusan bagi permohonan rayuan ini.
Penghakiman YAA Dato' Abas Bin Nordin, HMRyS
[5] Kes ini adalah suatu permohonan rayuan terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan bertarikh 25 September 2018 dalam kes Saman No: 05100-016-0249-2014 yang menyatakan perintah seperti berikut:
"Defendan diperintahkan membayar kepada Plaintif sebanyak RMS,000.00 sebagai bayaran mut'ah dan saguhati perkahwinan."
[6] Permohonan ini difailkan oleh Pemohon melalui Peguam Syarie melalui Notis Rayuan bertarikh 9 Oktober 2018.
[7] Dalam kes rayuan ini, pihak Perayu telah memplidkan 5 Alasan Rayuan sebagaimana berikut:
1. Yang Arif Tuan Hakim telah khilaf dari segi hukum, fakta dan undang-undang apabila gagal mempertimbangkan keterangan-keterangan Perayu berkaitan isu kemampuan Responden dalam memberikan jumlah yang dituntut dan memerintahkan tuntutan mut'ah pihak Perayu hanya Mohammad Deli WS Abdul Kareem dibayar sebanyak RM5,000 oleh pihak Responden mengikut peruntukan di bawah s 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
2. Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi hukum, fakta dan undang-undang apabila membuat dapatan bahawa jumlah mut'ah yang diputuskan hendaklah mengambil kira lamanya tempoh perkahwinan Perayu dan Responden iaitu selama 32 tahun serta dapatan Yang Arif Hakim bahawa Perayu selaku Isteri yang telah menguruskan rumah tangga dan anak-anak sewaktu Responden melaksanakan tugas harian, bekerja di luar kawasan serta kejayaan Responden dalam penubuhan Syarikah Orbit Prima Sdn Bhd namun Yang Arif Hakim hanya memutuskan RM5,000.00 sebagai mut'ah kepada Perayu dan tempoh perkahwinan selama 32 tahun itu berserta pengorbanan Perayu dalam rumah tangga pihak-pihak. Mut'ah pihak Perayu hanya dibayar sebanyak RM5,000.00 oleh pihak Responden.
3. Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi hukum, fakta dan undang-undang apabila membuat dapatan bahawa saguhati wajar diberikan oleh Responden kepada Perayu dengan mengambilkira perceraian talaq 3 yang diberikan oleh Responden memberi kesan kepada hidup Perayu yang mana Perayu tidak bekerja semasa perceraian berlaku, namun Yang Arif Hakim telah memutuskan Perayu hanya layak dibayar mut'ah sebanyak RM5,000.00 oleh pihak Responden.
4. Yang Arif Hakim telah terkhilaf dari segi hukum, fakta dan undang-undang apabila membuat dapatan bersandarkan pendapat ulama' bahawa pemberian mut'ah sebagai mengubati hati isteri yang sudah tentu berduka serta berasa hilang tempat bergantung, lebih-lebih lagi isteri yang sudah tentu berduka serta berasa hilang tempat bergantung, justeru mut'ah tersebut dapat membantu isteri memulakan hidup baru menyara sendiri kehidupan, namun Yang Arif Hakim hanya memutuskan RM5,000.00 yang perlu dibayar oleh Responden kepada Perayu.
5. Yang Arif Hakim telah

