SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1409

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
JUZAIMAH MAT ZAIN LWN. PERNIAGAAN A-MOTOR BERMUTU SDN BHD
Award No: 2355 Tahun 2023 [Kes No: 14/4-156/22]



Petitioner Advocates:Che Muji Che Noh ,Respondent Advocate: Vignesh Raju,Bargavi Pappu

The court affirmed that an employee must prove constructive dismissal by demonstrating a fundamental breach of contract by the employer, which was not established in this case.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Penamatan kerja secara konstruktif - Pihak Yang Menuntut mendakwa ditamatkan secara konstruktif, namun gagal membuktikan kemungkiran kontrak yang asas - Mahkamah mendapati tindakan Pihak Yang Menuntut tidak hadir ke tempat kerja adalah pengabaian pekerjaan sendiri - Tuntutan ditolak. (Paras 24, 36)

Facts of the case:
Pihak Yang Menuntut, Juzaimah Binti Mat Zain, mengadu tentang penamatan kerja yang tidak adil oleh Pihak Syarikat, Perniagaan A-Motor Bermutu Sdn Bhd, yang berlaku pada 30 Jun 2021, selepas Pihak Yang Menuntut gagal hadir bekerja tanpa sebab. (Paras 6, 7)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa Pihak Yang Menuntut tidak membuktikan bahawa penamatan kerja adalah secara konstruktif, dan tindakan tidak hadir ke tempat kerja adalah pengabaian pekerjaan oleh Pihak Yang Menuntut sendiri. (Paras 36)

Issues: Adakah wujud penamatan kerja secara konstruktif berdasarkan tindakan Pihak Syarikat terhadap Pihak Yang Menuntut? (Paras 24)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa beban bukti terletak pada Pihak Yang Menuntut untuk menunjukkan bahawa majikan telah melakukan kemungkiran kontrak yang serius, dan Pihak Yang Menuntut gagal memenuhi prasyarat ini. (Paras 22, 36)

Result: Tuntutan Pihak Yang Menuntut ditolak.

Table of Content
1. factual background of the case (Para 1 , 2)
2. details of the claimant's employment and termination (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
3. claimant's arguments regarding unfair treatment (Para 8 , 27 , 29)
4. legal principles on constructive dismissal (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22)
5. court's observations on evidence presented (Para 24 , 25 , 26)
6. details on the employment contract and claimant's response (Para 28 , 30 , 31 , 32)
7. court's findings on notice and abandonment of employment (Para 33 , 34 , 35)
8. final decision and conclusion of the court (Para 36)

[1] Rujukan ini dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan pada 13 Januari 2022 dibawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ianya berpunca daripada pembuangan kerja Juzaimah Binti Mat Zain ("Pihak Yang Menuntut") oleh Perniagaan A-Motor Bermutu Sdn Bhd ("Pihak Syarikat") pada 30 Jun 2021.

Kertas-Kertas Kausa Yang Telah Difailkan

[2] Berikut adalah kertas-kertas kausa yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak di hadapan Mahkamah Yang Mulia ini:

(i) Pernyataan Kes bertarikh 12 April 2022;

(ii) Pernyataan Balas Syarikat bertarikh 1 Jun 2022;

(iii) Rejoinder bertarikh 28 Jun 2022;

(iv) Ikatan Dokumen Pihak Yang Menuntut yang ditanda sebagai CLB-1;

(v) Ikatan Dokumen Tambahan Pihak Yang Menuntut yang ditanda sebagai CLB-2;

(vi) Ikatan Dokumen Syarikat yang ditanda sebagai COB-1;

(vii) Ikatan Dokumen Tambahan Syarikat yang ditanda sebagai COB-2;

(viii) Penyata Saksi Pihak Yang Menuntut, Juzaimah binti Mat Zain yang ditanda sebagai CLWS-1;

(ix) Penyata Saksi Pihak Syarikat, Bhaskaran a/l Pappu yang ditanda sebagai COWS-1;

(x) Penyata Saksi Pihak Syarikat, Alice a/p Retnam yang ditanda sebagai COWS-2;

(xi) Penyata Saksi Pihak Syarikat, Kamini a/p Kanagalingam yang ditanda sebagai COWS-3;

(xii) Hujahan Bertulis Pihak Yang Mununtut bertarikh 21 Ogos 2023;

(xiii) Hujahan Bertulis Pihak Syarikat bertarikh 21 Ogos 2023;

(xiv) Hujahan Balas Pihak Yang Mununtut bertarikh 12 September 2023; dan

(xv) Hujahan Balas Pihak Syarikat bertarikh 11 September 2023

Kes Pihak Syarikat

[3] Pihak Yang Menuntut (PYM) mula bekerja dengan Pihak Syarikat sebagai Kerani pada 4 Februari 2019 dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Tiada sebarang surat perlantikan diberikan kepada PYM pada ketika itu.

[4] Selepas disahkan ke jawatan tetap, PYM telah diberikan kenaikan gaji sebanyak RM100.00 pada Januari 2020 dan menerima elaun kedatangan sebanyak RM100.00 .

[5] Skop kerja PYM antaranya ialah untuk mengutip bayaran ansuran bulanan dari pelanggan Pihak Syarikat dengan cara memberi peringatan (reminder) kepada pelanggan-pelanggan melalui panggilan telefon dan pesanan melalui applikasi WhatsApp kepada pelanggan-pelanggan.

[6] Pada 30 Jun 2021 PYM telah gagal untuk hadir ke tempat kerja tanpa sebarang sebab.

[7] Perbuatan ini berlanjutan sehingga 8 Julai 2021 dimana Pihak Syarikat telah mengeluarkan surat untuk memaklumkan penamatan pekerjaan PYM.

[8] PYM mendakwa bahawa beliau telah diberhentikan kerja secara konstruktif atas dakwaan siri tindakan Pihak Syarikat yang cuba memberikan tekanan kepada PYM berhenti kerja.

Kes PYM

[9] Tarikh akhir PYM bekerja dengan Syarikat adalah pada 30 Jun 2021 dan gaji terakhir PYM adalah RM1,300.00. Selain gaji, PYM juga menerima imbuhan-imbuhan seperti elaun kedatangan sebanyak RM100.00 dan bonus tahunan. PYM juga menerima komisen atas jumlah kutipan bayaran ansuran bulanan hutang motor sebanyak 3% (rujuk "salary advice" yang disediakan oleh Pihak Syarikat di ms 1 hingga 12 dalam CLB-1). Sejak bulan Jun 2021, Pihak Syarikat tidak lagi membayar komisen dan elaun kehadiran kepada PYM (rujuk "salary advice" untuk bulan Jun 2021).

[10] Tiada kontrak pekerjaan secara bertulis antara PYM dan Pihak Syarikat sehingga "Letter of Appointment" (Kontrak Perkhidmatan) bertarikh 18 Jun 2021 walaupun PYM telah mula berkhidmat dengan Pihak Syarikat pada 4 Februari 2019.

[11] PYM tidak mempunyai sebarang masalah disiplin. PYM adalah seorang pekerja yang

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top