SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2004 MarsdenLR 1977

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
SENG HUP CORPORATION LWN. TAI ENG LAM
[Award No. 1829 - 2004 No. Kes: 4/4-678/00]



AWARD

Pertikaian mengenai penamatan kerja Encik Tai Eng Lam ("yang menuntut") oleh Seng Hup Corporation Bhd. ("syarikat") pada 13 November 1998 telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan dan telah diterima oleh mahkamah ini pada 6 September 2000.

Pertikaian ini tidak dapat dibicarakan sepanjang masa ini kerana syarikat telah diletak di bawah pengurusan Special Administrators di bawah Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 dan syarikat telah berjaya mendapatkan satu 'stay of proceedings' berkaitan dengan kes ini. Walau bagaimana pun setelah "moratorium" luput pada 8 September 2004, kedua-dua pihak telah mula berunding demi untuk mencapai penyelesaian damai.

Kes ini telah dipanggil untuk sebutan pada 17 Disember 2004 dengan kehadiran Encik Y.S. Lee dari Tetuan Thomas Philip yang mewakili syarikat dan Puan Supathira Nathan dari Tetuan S.T. Nathan & Associates yang mewakili yang menuntut. Mahkamah telah dimaklum oleh Puan Supathira Nathan bahawa kedua-dua pihak telah berjaya menyelesaikan kes secara damai. Terma-terma penyelesaian antara kedua-dua pihak adalah seperti berikut:-

" TERMS OF SETTLEMENT

(i) The company, without any admission of liability, shall pay the claimant as compensation for loss of employment the sum of Ringgit Malaysia Forty Thousand (RM40,000.00) only (hereafter referred to as 'the said sum") in full and final settlement of Industrial Court Case No. 4/4-678/00.

(ii) The said sum shall be paid to the claimant through his solicitors, Messrs S.T. Nathan 85 Associates on or before 6 January 2005.

(iii) Both parties hereby confirm that there shall be no other and/or further claim against each other arising from the Claimant's past employment with the Company.".

Encik Y.S Lee yang mewakili syarikat dan yang menuntut yang turut hadir telah mengesahkan penyelesaian atas terma-terma penyelesaian seperti di perenggan 3.

Mahkamah mengalu-alukan sikap positif kedua-dua pihak yang sudi mencari penyelesaian damai. Memandangkan kedua-dua pihak telah menyelesaikan pertikaian secara damai, mahkamah telah merakamkan Award Secara Persetujuan dengan Terma-terma Penyelesaian seperti di perenggan 3 di atas.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top