SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2005 MarsdenLR 480

INDUSTRIAL COURT (KUALA LUMPUR)

SOO AI LIN


PIAU KEE LIVE & FROZEN SEAFOODS SDN BHD
versus
NG YOW SOON

AWARD NO: 2288 TAHUN 2005 (KES NO. 14/4-387/05)

Decided On : 12-13-05

Advocates:
Bagi pihak Syarikat - Chong Kong Yew, Akauntan Syarikat, dan Nancy Chong, Eksekutif Sumber Manusia Syarikat
Bagi pihak Yang Menuntut - Sivamoorthy,; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

AWARD

Pertikaian mengenai pembuangan kerja Ng Yow Soon ("Yang Menuntut") oleh Piau Kee Live & Frozen Seafoods Sdn. Bhd. ("Syarikat") pada 4 Februari 2004 telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan melalui surat daripada Kementerian Sumber Manusia bertarikh 4 April 2005.

2. Susulan daripada rujukan di atas, Mahkamah telah menetapkan kes ini untuk sebutan beberapa kali. Syarikat diwakili oleh Akauntannya Encik Chong Kong Yew, dan Cik Nancy Chong, Eksekutif Sumber Manusia Syarikat. Manakala Yang Menuntut diwakili oleh Encik Sivamoorthy daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

3. Pada 12 Disember 2005, pihak bertikai bersama wakil masing- masing telah hadir memohon supaya kes ini dipanggil untuk disebut oleh sebab mereka telah berjaya menyelesaikan pertikaian antara mereka di luar Mahkamah dan inginkan penyelesaian itu dirakamkan.

4. Mengikut wakil Yang Menuntut, terma-terma penyelesaian itu adalah seperti berikut:-

"1. The Company agrees to pay and the Claimant agrees to accept a sum of Ringgit Malaysia Five Thousand (RM 5000.00) only in full and final settelment of this case;

2. The said sum shall be paid to the Claimant in cash on the same day, ie. 12 December 2005; and 3. With the above payment once implemented, the Claimant confirms he has no further or other claims against the Company relating to his employment.".

5. Terma-terma penyelesaian tersebut telah disahkan oleh wakil Syarikat, Encik Chong Kong Yew.

6. Oleh yang demikian Mahkamah dengan ini merakamkan Award secara persetujuan mengikut terma-terma penyelesaian seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak itu.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top