SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1835

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
PONUSAMY PODIAN LWN. RIMBARAN SDN BHD
Award No: 2306 Tahun 2023 [No Kes: 21/4-1280/22]



Petitioner Advocates:,Respondent Advocate:

Employment termination without just cause is actionable; the absence of the employer in court leads to an assumption of unjust dismissal.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) dan 30(6) - Pembuangan kerja - Tuntutan gaji tertunggak - Pihak Syarikat gagal hadir dan memfailkan jawapan, menyebabkan Mahkamah menganggap PYM ditamatkan tanpa sebab yang adil - Tuntutan PYM untuk gaji tertunggak RM32,092.30 dibenarkan. (Paras 30, 31)

(B) Pendengaran Ex-Parte - Mahkamah berhak meneruskan pendengaran ex-parte apabila salah satu pihak tidak hadir dan tidak menunjukkan sebab yang munasabah. (Paras 18, 19) Fakta kes: PYM dibuang kerja oleh Syarikat tanpa pembayaran gaji dari 21 Disember 2020 hingga 28 April 2021, dan Pihak Syarikat tidak hadir di Mahkamah untuk mempertahankan kes. (Paras 6, 30) Temuan Mahkamah: PYM ditamatkan tanpa sebab yang adil dan gaji tertunggak dibenarkan. (Paras 30, 31) Isu: Adakah terdapat pemecatan dan adakah pemecatan tersebut dengan sebab yang adil? (Paras 21)

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati PYM telah dibuktikan ditamatkan tanpa sebab yang adil dan Syarikat gagal membuktikan sebaliknya. (Paras 30, 31) Keputusan: Tuntutan PYM dibenarkan dan gaji tertunggak RM32,092.30 akan dibayar. (Paras 31)

Table of Content
1. procedural background of the case. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. claimant's employment and unpaid wages. (Para 6 , 7 , 8)
3. impact of covid-19 on the case. (Para 9 , 10)
4. court's acceptance of claimant's evidence. (Para 11 , 12)
5. legal standards for dismissal cases. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17)
6. ex-parte hearing principles. (Para 18 , 19 , 20)
7. court's assessment of evidence. (Para 21 , 22 , 23)
8. court's findings on dismissal and wage claims. (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29)
9. final award and payment order. (Para 30 , 31)

[1] Ini adalah suatu rujukan pada 8 Ogos 2022 yang dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Ponusamy A/L Podian (selepas ini disebut sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh Rimbaran Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 31 Mac 2021.

Award Ex-Parte

Latar Belakang Prosedural

[2] Atas penerimaan Rujukan Ke Mahkamah Perusahaan dari Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan bertarikh 8 Ogos 2022, Mahkamah ini telah menetapkan kes ini untuk sebutan dalam talian (e-sebutan) pada 7 September 2022 di hadapan Penolong Pendaftar, Mahkamah 21 (PP) bagi kehadiran pihak-pihak yang bertikai. Notis makluman tentang pautan dan tarikh sebutan telah disampaikan kepada kedua-dua pihak melalui e-mail bertarikh 15 Ogos 2022 dan surat AR Berdaftar kedua-duanya bertarikh 11 Ogos 2022. Pada e-sebutan pertama pada 7 September 2022, Pihak Yang Menuntut (PYM) telah hadir diatas talian, namun pihak Syarikat telah gagal hadir.

[3] Pada e-sebutan pertama tersebut PP telah mengarahkan kedua-dua pihak untuk memfailkan Pliding, Penyata Saksi dan Ikatan Dokumen yang berkenaan dan telah menetapkan garis masa bagi pemfailan dokumen tersebut. Tarikh perbicaraan juga telah ditetapkan pada 7 Ogos 2023 dan 8 Ogos 2023 jam 9.00 pagi. Melalui email bertarikh 8 September 2022 kedua-dua pihak telah dimaklumkan untuk menghadiri e-sebutan ke-2 iaitu pada 26 Oktober 2022. Adalah penting dinyatakan bahawa email kepada Syarikat adalah teratur (tidak ditendang semula), maka adalah wajar anggapan dibuat bahawa pihak Syarikat telah menerima semua email dari Mahkamah.

[4] Manakala Borang G bertarikh 8 September 2022 yang memaklumkan tarikh bicara pada 7 Ogos 2023 dan 8 Ogos 2023 telah dihantar secara email pada 8 September 2022 dan AR Berdaftar kepada pihak Syarikat pada 8 September 2022. Namun begitu serahan ini telah dikembalikan oleh Pejabat Pos oleh kerana Syarikat telah berpindah. Tiada makluman secara rasmi dari pihak Syarikat kepada Mahkamah tentang sebarang pertukaran alamat perniagaan atau untuk serahan dokumen. Dengan demikian, percubaan serahan yang munasabah telah dilakukan untuk memaklumkan tarikh bicara bagi kes ini kepada pihak Syarikat. Apabila kes dipanggil untuk perbicaraan pada 8 Ogos 2023, pihak Syarikat tidak hadir. Ini memberi indikasi bahawa pihak Syarikat tidak berminat untuk menjelaskan atau mencabar kes yang telah difailkan oleh pekerjanya berhubung tuntutan yang timbul dari dakwaan penamatan pekerjaan oleh syarikat.

[5] Adalah penting untuk dinyatakan juga bahawa pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh PYM; apatah lagi memfailkan sebarang Ikatan Dokumen atau Penyata Saksi. Dengan latar belakang yang sedemikian, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara Ex-Parte pada 8 Ogos 2023 di dalam ketidakhadiran wakil pihak Syarikat. Manakala PYM telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut. PYM telah menutup kes pada hari yang sama.

Fakta Ringkas Dan Kes Pihak Yang Menuntut

[6] Melalui Pernyataan Kes bertarikh 14 Ogos 2023 yang telah difailkan pada 8 September 2023, PYM telah memplidkan bahawa melalui Employment Letter bertarikh 18 Disember 2020 beliau telah memulakan tugas dengan Syarikat sebagai Project Manager cum Safety and Health Officer bermula 21 Disember 2020 setelah melalui proses te

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top