SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2020 MarsdenLR 2879

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM
AKMAR ABDUL MANAF LWN. HARI MOERNY ROESLI
[Kes Semakan No: 10000-003-0080-2019]



A court cannot order a party to vacate shared marital property when legal proceedings regarding its distribution are still ongoing.

Headnote:(A) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – Seksyen 107(1), 107(2), 197(1), 200, 244 dan 245 – Permohonan semakan terhadap Perintah Interim yang memerintahkan Pemohon keluar dari rumah kelamin dalam tempoh 7 hari – Mahkamah berpendapat pemindahan Pemohon dari rumah yang menjadi harta sepencarian adalah tidak wajar tanpa justifikasi – Oleh kerana berdasarkan pertimbangan keadilan, hak Pemohon dan Responden sedang diadili, perintah tersebut adalah batal. (Paras 24, 25, 27)

Facts of the case: Permohonan semakan ini difailkan oleh Pemohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan Pemohon keluar dari rumah kelamin. Pemohon dan Responden berkahwin pada 1986 dan bercerai pada 2018, kini sedang dalam perbicaraan harta sepencarian.

Findings of Court: Mahkamah menerima permohonan semakan dan membatalkan perenggan keputusan yang memerintahkan Pemohon keluar dari rumah kelamin. Perintah lain dikekalkan.

Issues: Sama ada perintah interim yang memaksa Pemohon keluar dari rumah kelamin adalah wajar berdasarkan fakta dan undang-undang.

Ratio Decidendi: Permintaan untuk perintah keluar tidak boleh diizinkan sedangkan harta sepencarian masih dalam pertikaian; keputusan Hakim Bicara didapati terkhilaf.

Result: Permohonan semakan diterima.

PENGHAKIMAN

Amran Mat Zain HMRyS:

Fakta Kes

[1] Ini adalah suatu permohonan semakan yang difailkan oleh Pemohon bagi menyemak Perintah Interim yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor. Pemohon memfailkan permohonan semakan ini adalah untuk mendapatkan suatu perintah sepertimana berikut:

[i] Bahawa suatu semakan dibuat terhadap keseluruhan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terdahulu dalam Kes Mal No: 10100-005-0575-2019 yang difailkan oleh Responden pada tarikh 25 April 2019 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

[ii] Bahawa Perintah Mahkamah bertarikh 27 Ogos 2019 melalui Permohonan No: 10100-005-0575-2019 dibatalkan.

[iii] Apa-apa relif yang patut dan wajar diberikan oleh Mahkamah.

Alasan Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah

[2] Kes ini adalah suatu permohonan semakan yang difailkan oleh Pemohon pada 29 Ogos 2019 bagi menyemak Perintah Interim yang telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Selangor pada 27 Ogos 2019 di dalam kes Permohonan No: 10100-005-0575-2019.

[3] Pemohon memfailkan permohonan semakan ini adalah untuk mendapatkan suatu perintah sepertimana berikut:

[i] Bahawa suatu semakan dibuat terhadap keseluruhan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terdahulu dalam Kes Mal No: 10100-005-0575-2019 yang difailkan oleh Responden pada tarikh 25 April 2019 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

[ii] Bahawa Perintah Mahkamah bertarikh 27 Ogos 2019 melalui Permohonan No: 10100-005-0575-2019 dibatalkan.

[iii] Apa-apa relif yang patut dan wajar diberikan oleh Mahkamah yang mulia ini.

[4] Permohonan semakan ini difailkan bersama-sama Afidavit Sokongan bertarikh 29 Ogos 2019. Alasan permohonan semakan Pemohon adalah diringkaskan sebagaimana berikut:

[i] Yang Arif Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memutuskan dengan mengeluarkan perintah bertarikh 27 Ogos 2019 melalui Permohonan Interim No: 10100-005-0575-2019 yang memerintahkan Pemohon keluar dari rumah kelamin yang beralamat di No 3, Jalan SS 20/14, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dalam tempoh massa 7 hari.

[ii] Yang Arif Hakim Bicara gagal mengambil kira maslahah Pemohon dengan memutuskan bahawa Pemohon yang patut keluar dari rumah kelamin tersebut tanpa memikirkan keadaan diri Pemohon.

[iii] Yang Arif Hakim gagal mengambil kira sumbangan langsung Pemohon yang merupakan penyumbang utama dalam perolehan rumah kelamin tersebut.

[iv] Sewajarnya Responden yang keluar dari rumah kelamin tersebut memandangkan Responden tidak memberikan sumbangan terhadap rumah kelamin tersebut dan Responden masih lagi mempunyai ibubapa dan keluarga yang tinggal berdekatan dan dalam negeri yang sama.

[5] Pemohon dan Responden telah bernikah pada 13 April 1986 dan telah bercerai pada 17 Oktober 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dengan talaq satu bain sughra. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dengan dua (2) orang cahaya mata iaitu AA yang dilahirkan pada 27 Mac 1987 yang berusia 33 tahun dan IA yang dilahirkan pada 16 Disember 1990 yang berusia 30 tahun.

[6] Pemohon telah memfailkan tuntutan Harta Sepencarian melalui Kes Saman No: 10100-017-0861-2018 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2018 dan kini di peringkat perbicaraan.

[7] Semasa prosiding Kes Saman No: 10100-017-0861-2018 sedang berjalan, Responden telah memfailkan permohonan Interim dan Injunksi iaitu pada 25 April 2019 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam melalui Kes No: 10100-005-0575-2019.

[8] YA Hakim Mahkamah Tinggi telah pada 27 Ogos 2019 memerintahkan seperti berikut:

(1) Mahkamah meluluskan Permohonan Pemohon.

(2) Mahkamah memerintahkan Responden hendaklah menahan dirinya dari mengganggui atau menceroboh dengan apa-apa cara pun ke atas diri Pemohon di mana-mana jua tempat bersesuaian dengan s 107(1) dan (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

(3) Mahkamah memerintahkan Responden hendaklah menahan dirinya dari menceroboh sebuah rumah yang beralamat di No 3, Jalan SS 20/14,


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top