SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2020 MarsdenLR 2663

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SHAH ALAM
ZZ LWN. YR
[Kes Mal No: 10000-041-0088-2018]



Petitioner Advocates:Puan Nor Filzati Abdul Rahman ,Respondent Advocate: Tuan Haji Juraish Kamaruddin

Mahkamah tidak boleh mengesahkan perjanjian tanpa persetujuan semua pihak, dan sebarang ketidakpatuhan prosedur dalam penolakan pembelaan adalah salah secara hukum.

Headnote:(A) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 – Seksyen 94 dan 244 – Perjanjian Persetujuan – Isu berkenaan sama ada Mahkamah boleh mengesahkan Perjanjian Persetujuan tanpa persetujuan kedua-dua pihak; Mahkamah membatalkan keputusan sebelumnya yang menolak Pembelaan dan Tuntutan Balas Perayu. (Paras 11-40)

(B)

Prinsip 'sulh' – Persetujuan luar Mahkamah harus direkodkan sebagai perintah Mahkamah hanya setelah perolehan persetujuan daripada semua pihak. (Paras 22-26)

(C)

Ketidakpatuhan prosedur – Mahkamah gagal mematuhi tatacara pemfailan yang ditetapkan di dalam Seksyen 65 dan 66 tidak boleh mengakibatkan penolakan Pembelaan dan Tuntutan Balas. (Paras 35-39)

Facts of the case:

Responden memfailkan tuntutan harta sepencarian, Perayu menandatangani perjanjian tetapi didakwa dalam keadaan terdesak; keputusan awal membenarkan permohonan Responden dan menolak tuntutan Perayu.

Findings of Court:

Keputusan awal Mahkamah rendah dibatalkan; Pembelaan dan Tuntutan Balas Perayu diterima dan kes diteruskan ke perbicaraan.

Issues

: Keperluan persetujuan dalam merekodkan Perjanjian Persetujuan dan kesalahan undang-undang mengenai penolakan Pembelaan.

Ratio Decidendi:

Mahkamah mengesahkan bahawa perjanjian tanpa persetujuan tidak boleh menjadi perintah Mahkamah; kesalahan prosedur dalam menolak pembelaan tidak dapat dibenarkan.

Result:

Rayuan diterima; keputusan sebelum ini dibatalkan.

PENGHAKIMAN

Mohd Amran Mat Zin HMRyS:

Fakta Kes

[1] Responden telah memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 15 Mac 2017 melalui Kes Mal Saman No: 10200-017-0168-2017 dan Perayu telah memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas pada 14 April 2017.

[2] Responden telah memfailkan Permohonan Interlokutori Bantahan Awal pada 15 Mei 2017 memohon agar Mahkamah:

i. Mensabitkan bahawa Perjanjian Persetujuan yang ditandatangani antara Responden dan Perayu pada 22 Mei 2015 berkaitan harta sepencarian adalah sah mengikut hukum syarak dan hendaklah berkuatkuasa mulai tarikh tersebut.

ii. Mahkamah membatalkan Tuntutan balas Perayu bertarikh 14 Mac 2017 dalam Saman No: 10200-017-0168-2017 berkaitan harta sepencarian yang bercanggah dengan Perjanjian Persetujuan tersebut.

iii. Mahkamah memerintahkan terma-terma berkaitan harta sepencarian di dalam keseluruhan Perjanjian Persetujuan tersebut adalah dijadikan sebagai Perintah Mahkamah sebagaimana yang dipohon di dalam Pernyataan Tuntutan dalam Saman No: 10200-017-0168-2017.

[3] Perayu telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 19 Jun 2017 menyatakan bahawa Perayu menandatangani Perjanjian Persetujuan tersebut tidak secara sukarela sebaliknya dalam keadaan terdesak kerana benar-benar ingin bercerai dengan Responden.

[4] Pada 30 Januari 2018, Mahkamah telah membenarkan permohonan Responden untuk menyoal balas Perayu dan seterusnya pada 14 Februari 2018 Responden telah memfailkan Afidavit Balasan yang antara lain menyatakan bahawa keterdesakan Perayu untuk bercerai bukanlah unsur paksaan yang memberi kesan di sisi Hukum Syarak.

[5] Responden juga telah mengemukakan Afidavit Sokongan seorang saksi iaitu Peguam yang menyaksi dan menyempurnakan Perjanjian Persetujuan yang ditandatangani oleh kedua-dua Perayu dan Responden pada 22 Mei 2015.

[6] Pada 25 Jun 2018 Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan sebagaimana berikut bagi kes 10200-041-0290-2017:

i. Mahkamah meluluskan Permohonan Interlokutori Bantahan Awal Pemohon.

ii. Mahkamah menolak Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan di dalam Saman No: 10200-017-0168-2017.

iii. Berdasarkan Perjanjian Persetujuan bertarikh 22 Mei 2015 di antara kedua belah pihak, Mahkamah mengisytiharkan rumah jenis teres dua tingkat Hakmilik HS (D) No 122743, No PT 942, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Negeri Selangor Darul Ehsan yang beralamat di No 20, Jalan Putra Bahagia 8/4D, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan sebagai harta sepencarian di antara Pemohon dan Responden dan hendaklah dibahagikan 40% kepada Pemohon/Plaintif dan 60% kepada Responden/Defendan.

iv. Sebuah kereta Myvi Nombor Pendaftaran BLH 5354 adalah diisytiharkan sebagai harta sepencarian Pemohon dan Responden dan dibahagikan secara sama banyak.

v. Kos ditanggung oleh pihak masing-masing.

[7] Mahkamah Tinggi Syariah juga telah memerintahkan pada tarikh yang sama terma perintah yang sama seperti di Perenggan 6(i) sehingga (v) bagi kes induk harta sepencarian iaitu Kes Saman No: 10200-017-0168-2017.

[8] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah pada 5 Julai 2018. Perayu seterusnya memfailkan Alasan Rayuan bertarikh 6 September 2018. Di dalam Alasan Rayuan tersebut Perayu telah memplidkan dua belas (12) alasan sebagaimana di ms 395 sehingga 397 Rekod Rayuan.

[9] Responden tidak bersetuju dengan rayuan ini dan memohon supaya keputusan YA Hakim Bicara dikekalkan.

[10] Kes ini adalah suatu rayuan Perayu terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah bertarikh pada 25 Jun 2018 di dalam Kes Permohonan No: 10200-041-0290-2017.

Penghakiman YAA Tuan Haji Mohd Amran Bin Haji Mat Zin (Pengerusi), YA Datuk Haji Mohd Radzi Bin Haji Abd Latif (Ahli Panel), YA Datuk Jasri @ Nasip Bin Mat Jakir (Ahli Panel), HMRyS

[11] Setelah meneliti Alasan Rayuan dan hujah pihak-pihak, kami mendapati hanya terdapat dua (2) isu di dalam kes ini iaitu:

i. Sama ada Mahkamah boleh memerintahkan Perjanjian Persetujuan antara Perayu dan Resp


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top