SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2000 MarsdenLR 1367

MAHKAMAH TINGGI, KUALA LUMPUR
DURABLE CONCRETE SDN BHD LWN. TH UNIVERSAL BUILDERS SDN BHD
[Saman Pemula No: D8-24-386-99]



The court affirmed that existing proceedings bar new actions raised on the same issues, rejecting duplicate claims.

Headnote:The Court addresses issues regarding the validity of the plaintiff's removal from a joint venture as per clause 15.1.2(ii) of the joint venture agreement dated August 18, 1997, and permits the defendant's application to strike out the plaintiff's originating summons due to existing proceedings and res judicata principles. The Court emphasized the issues framed were duplicative and therefore constricted the plaintiff's ability to litigate. The originating summons is dismissed with costs.

Table of Content
1. nature of the applications filed by both parties. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
Abdul Hamid Mohamad H:

Melalui saman pemula plaintif memohon, secara ringkas:

(a) deklarasi bahawa penyingkiran plaintif oleh defendan daripada penyertaan lanjut dalam usahasama mengikut fasal 15.1.2(ii), perjanjian usahasama bertarikh 18 Ogos 1997 adalah tidak sah;

(b) deklarasi bahawa penyingkiran itu salah disisi undang-undang;

(c) suatu perintah bahawa defendan dikehendaki dalam tempoh tujuh hari menyerahkan penguasaan, pentadbiran dan pengurusan projek usahasama itu kepada plaintif; menyerahkan semua dokumen, suratcara, akaun dan lain-lain kepada plaintif; menyerahkan semua kereta, loji, peralatan dan lain-lain yang berkenaan dengan projek itu kepada plaintif; mematuhi semua kewajipan dan obligasinya di bawah fasal 15.2 perjanjian usahasama tersebut, dan membuat semua perkara lain yang perlu untuk memberi kesan kepada penggunaan fasal 15.1.2(ii) perjanjian Usahasama itu;

(d) injunksi menghalang defendan daripada campur tangan dalam hal projek tersebut;

(e) gantirugi; dan (f) kos.

Melalui saman dalam kamar (lampiran 6), defendan memohon perintah, yang lebih penting, bahawa saman pemula plaintif itu dibuang menurut A. 18 k. 9(1)(b), (c) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT 1980). Setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak saya membenarkan permohonan defendan itu.

Undang-undang mengenai permohonan seperti ini amat jelas.Saya tidak akan mengulanginya.Malah fakta kes ini pun tidak perlu disebut secara terperinci, dalam keadaan kes ini.

Walaupun plaintif tidak langsung menyebutnya dalam afidavit menyokong saman pemulanya, tetapi apabila dibangkitkan, peguam plaintif mengakui bahawa defendan (sekarang) telah pun memulakan satu tindakan writ dalam tahun 1998 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Guaman No. D5-22-4802- 88. Dalam tindakan itu plaintif sekarang adalah defendan dan defendan sekarang adalah plaintif.Dalam alasan penghakiman ini saya akan menggunakan perkataan-perkataan "plaintif" dan "defendan" sebagai bermaksud plaintif dan defendan dalam saman pemula ini.Dalam tindakan itu defendan telah memohon perintah-perintah berikut, secara ringkas:

(a) deklarasi bahawa plaintif telah memungkiri perjanjian usahasama yang sama dan bahawa plaintif dilarang daripada menyertai dan/atau meneruskan penyertaan dalam projek itu;

(b) deklarasi bahawa defendan sebagai "continuing party" telah membuka satu Akaun Usahasama No. 10100195853 atas nama Usahasama di Bank Islam Malaysia pada 20 Julai 1998;

(c) deklarasi bahawa defendan berhak mengendalikan akaun tersebut;

(d) injunksi melarang plaintif campur tangan dalam pengendalian akaun itu;

(e) injunksi melarang plaintif campur tangan dalam hal usahasama itu;

(f) gantirugi; dan

(g) kos.

Adalah jelas bahawa perintah-perintah yang dipohon oleh defendan dalam tindakan itu adalah serupa dengan apa yang dipohon oleh plaintif dalam saman pemula ini.

Defendan juga dalam tindakan itu (lampiran 4) telah memohon melalui saman dalam kamar, perintah-perintah berikut, secara ringkas: (a) bahawa defendan diberi kebebasan untuk mengendalikan akaun usahasama itu;

(b) injunksi sementara melarang plaintif daripada campur tangan dalam pengendalian akaun itu; dan

(c) injunksi sementara melarang plaintif daripada campur tangan dalam projek itu.

Plaintif juga telah memfail saman dalam kamar dalam tindakan itu (lampiran 8), memohon perintah-perintah, secara ringkas:

(1) injunksi menghalang defendan daripada membuka atau meneruskan dengan pengendalian sebarang akaun bank atau kemudahan perbankan di bawah nama Usahasama TH Universal Builders-Durable Concrete atau apa-apa nama yang hampir-hampir sama tanpa plaintif dijadikan sebagai penandatangan bersama sehingga pertikaian di antara plaintif dan defendan dilupuskan melalui suatu forum berbidangkuasa atau perintah seterusnya.

(2) bahawa defendan hendaklah membenarkan plaintif, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, kakitangan dan agen-agennya akses terhadap kesemua akau

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top