SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 825

MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG
PENDAKWA RAYA LWN. NAZARI JELANI
[Perbicaraan Jenayah No: JG-82D-9-05/2022]



Petitioner Advocates:Siti Nurfara Fazilun Izilyn Ahmad ,Respondent Advocate: Md Hazza Md Khalid

The court affirmed that the prosecution must prove the elements of drug use under the Dangerous Drugs Act, and the accused failed to rebut the statutory presumption of drug use.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 15(1)(a), Seksyen 31A, Seksyen 37(k) - Pertuduhan terhadap OKT menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid - Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa sampel air kencing adalah milik OKT dan mengandungi dadah tersebut - Mahkamah mendapati elemen-elemen tersebut telah dibuktikan - Keterangan saksi pendakwaan tidak dipertikaikan dan tidak terdapat percanggahan material - OKT didapati bersalah dan sabitan diteruskan. (Paras 1, 6, 19, 52, 60)

(B) Beban bukti - OKT mempunyai beban untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) - Mahkamah mendapati OKT gagal mematahkan anggapan statutori tersebut. (Paras 51, 52) Fakta Kes: OKT ditangkap pada 2 April 2022 dan didapati positif dadah THC melalui ujian air kencing. Pihak pendakwaan memanggil 7 saksi untuk membuktikan kes. (Paras 1, 6)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan OKT diperintahkan untuk membela diri. (Paras 19, 52)

Issues: Adakah pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertuduhan dan adakah OKT berjaya mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k)? (Paras 51, 52)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa keterangan saksi pendakwaan adalah konsisten dan tidak terdapat percanggahan material yang boleh menjejaskan keputusan. OKT gagal mematahkan anggapan statutori yang dikenakan ke atasnya. (Paras 51, 52)

Result: OKT didapati salah dan sabitan diteruskan, dengan hukuman 7 hari penjara dan denda RM3,500.00 gagal bayar 6 bulan penjara serta 2 tahun pengawasan. (Paras 60)

[1] OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Kluang di bawah s 15(1)(a) ADB 1952 dengan pertuduhan yang berikut:

"Bahawa kamu pada 2 April 2022 jam lebih kurang 1.30 petang, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, dalam daerah Kluang, dalam Negeri Johor telah menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam badan kamu sendiri. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah s 15(1) dibaca bersama s 38B Akta yang sama."

[2] OKT tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 7 orang saksi berikut:

SP 1 - Fadhilah Nabiha Binti Azhar

SP 2 - Nor Aida Binti Abd Hamid

SP 3 - Sjn Anas Bin Hamat

SP 4 - L/Kpl Muhammad Akmal Bin Mohd Yahya

SP 5 - Insp Arasu A/L Sanmugam

SP 6 - D/L/Kpl Mohamad Bin Mohd Deroh

SP 7 - Insp Nur Fatin Adibah Binti Fauzi

Peruntukan Undang-Undang

[3] Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan:

(1) Mana-mana orang yang:

(a) mengguna, memberikan kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain, bertentangan dengan s 14 dengan memberikan kepadanya mana-mana dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dan IV Jadual Pertama; atau

(b) ...

adalah bersalah atas satu kesalahan terhadap Akta ini, dan jika disabitkan hendaklah didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

(2) Bagi maksud seksyen ini, "mengguna" termasuk makan, mengunyah, menghisap, menelan, meminum, menyedut atau memasukkan bahan-bahan itu ke dalam badan dengan apa jua cara atau dengan menggunakan apa jua alat.

[4] Seksyen 37(k) Akta yang sama pula memperuntukkan:

Seksyen 37. Anggapan.

Dalam semua prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya:

(k) jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah s 31A, orang tersebut hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya.

[5] Seksyen 31A Akta yang sama memperuntukkan:

Seksyen 31A. Pemeriksaan oleh seorang pegawai perubatan ke atas orang yang ditangkap.

(1) Apabila seseorang itu ditangkap di atas tuduhan melakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini:

(a) yang mempunyai sesuatu sifat; atau

(b) yang dikatakan telah dilakukan di bawah sesuatu hal keadaan,

yang boleh memberi alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu pemeriksaan ke atas orang tersebut akan dapat memberikan bukti tentang berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini, adalah menjadi sah di sisi udang-undang bagi seorang pegawai perubatan bertindak dengan permintaan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan, atau mana-mana pegawai lain yang menjadi ketua di suatu balai polis, atau mana-mana pegawai kastam, dan untuk mana-mana orang yang bertindak dalam membantu pegawai perubatan dan di bawah arahannya, untuk membuat suatu pemeriksaan atau pemeriksaan-pemeriksaan terhadap orang yang ditangkap yang dengan munasabahnya perlu bagi memutuskan kenyataan-kenyataan yang dapat memberikan bukti itu, dan untuk menggunakan atau menyebabkan untuk digunakan peraturan tersebut seperti yang dengan munasabahnya perlu untuk tujuan itu.

(1A) Bagi maksud pemeliharaan keterangan, adalah menjadi sah di sisi undang-undang bagi seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau seorang pegawai kastam untuk menghendaki orang yang ditangkap untuk memberi contoh air kencingnya untuk tujuan pe

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top