SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1990 MarsdenLR 188

WAN MOHAMED
MAHKAMAH TINGGI (KUALA LUMPUR)
WARD - Appellant
Versus
MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BHD - Respondents

GUAMAN SIVIL NO P 165-1984
Decided On : 12/26/1990

Advocates:
RK Nathan bagi pihak plaintif
Ronald Khoo ( Radakrishnan dengannya) bagi pihak defendan.

JUDGMENTBY: WAN MOHAMED H

Plaintif ialah seorang juruterbang pesawat BN2 (Norman Islander), bertugas di kawasan Sabah dan Sarawak. Defendan, Malaysian Airline System Berhad (MAS), adalah majikan kepada plaintif. Semasa plaintif menjalankan tugas, pada 6 Julai 1982, kapalterbang yang dipandu olehnya, pesawat BN2, telah mengalami kerosakan enjin dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di atas padang bola di Long Bayu, dekat Lawas, Sarawak. Pihak plaintif telah menyatakan bahawa pihak defendan telah cuai dan menyebabkan enjin pesawat itu rosak dan terpaksa membuat pendaratan kecemasan yang tersebut di atas. Plaintif telah cedera akibat kemalangan dalam pendaratan kecemasan itu. Pihak defendan telah mengaku 100% liabiliti. Mahkamah dikehendaki menentukan jumlah gantirugi am dan khas yang perlu diberi kepada plaintif.

Keterangan pihak plaintif

Pihak plaintif telah memberi keterangan yang boleh diringkaskan dan dibahagikan di bawah tajuk-tajuk yang berikut:

(I) Kecederaan yang dialami dan ketidakupayaan yang berkekalan akibat

daripada kemalangan.

(II) Kehilangan pendapatan plaintif bagi satu jangka masa yang tertentu

dan kehilangan potensi pendapatan jika plaintif tidak mengalami kecederaan

akibat daripada kemalangan yang berkenaan.

(I) Kecederaan yang dialami dan ketidakupayaan yang berkekalan akibat daripada kemalangan:

Pihak plaintif selain daripada merujuk kepada laporan-laporan doktor telah memanggil seorang clinical psychologist dari Fremantle, Western Australia, memberi keterangan berkenaan dengan keadaan dan kebolehan pemikiran atau otak plaintif. Keterangan saksi ini boleh diringkaskan seperti berikut.

Beliau telah memeriksa plaintif, Kapt Frank Astle Ward, dan membuat laporan dan mengemukakannya sebagai eks PL1, yang di antara lain menyatakan bahawa plaintif telah mengalami kecederaan pada otaknya yang agak serius yang menyebabkan beliau tidak dapat memahami masalah dirinya. Saksi ini tidak bersetuju dengan pendapat doktor-doktor pakar Malaysia yang memberi pendapat mereka bahawa plaintif telah mendapat kecederaan yang sederhana pada otaknya dan bahawa plaintif tiaak akan terjejas dalam aktiviti-aktivitinya pada masa hadapan. Saksi ini, tanpa mengambil tahu akan taraf persekolahan plaintif, telah membuat ujian atau peperiksaan bersamaan dengan peperiksaan A level ke atas plaintif. Hasil daripada ujian atau peperiksaan itu plaintif telah gagal untuk memasuki mana-mana universiti di Australia. Saksi ini juga telah membuat ujian-ujian lain ke atas plaintif dan akhirnya membuat pendapat seperti berikut:

My opinion is that the plaintiff will lack insight or awareness with

the true nature of his own difficulties. He will not be able to

understand his own problem.

Plaintif pada tarikh perbicaraan berumur 50 tahun, ini bermakna beliau berumur 42 tahun pada tarikh kemalangan (6 Julai 1982). Beliau tidak tamat sekolah menegah. Beliau berhenti sekolah dalam tahun 1955, iaitu satu tahun sebelum menamatkan pengajian di sekolah menengah (secondary school/education). Semenjak kemalangan berlaku hingga hari perbicaraan, plaintif tidak membuat sebarang pekerjaan yang mendatangkan pendapatan kewangan. Beliau telah diletakkan di bawah penyeliaan atau pengawasan Counsellor of Rehabilitation, Department of Community Services/Social Security di Perth, Western Australia dan mendapat elaun sara hidup. Beliau dikehendaki membayar balik apabila beliau mampu kelak.

(II) Kehilangan pendapatan:

Untuk membuktikan kehilangan pendapatan selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan yang berkenaan plaintif telah memberi keterangan yang boleh diringkaskan seperti berikut.

Beliau pada masa kemalangan selain daripada mempunyai lesen juruterbang untuk pesawat terbang jenis ringan seperti BN2 (Norman Islander) atau yang setaraf dengannya, juga mempunyai sijil untuk menjadi co-pilot bagi pesawat terbang jenis B737-200 yang dikeluarkan oleh NZCAD (New Zealand Civil Aviation Department) dalam tahun 1977. Pada masa itu syarikat-syarikat

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top