SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 1055

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
MAS HANUM MOHD SELAMIN LWN. FABIAN YEOW FONGZE
[Guaman No: WA-A53KJ-474-10/2017]



Petitioner Advocates:Ranizan Mokhtar ,Respondent Advocate: Kamal Ishmael Mohd Ariff

The judgment emphasizes that damages should be compensatory, aligning with the principle of restoring the plaintiff to a position as close as possible to that before the injury.

Headnote:This judgment addresses a claim for general and special damages due to a traffic accident on May 20, 2017. The court analyzed liability and assessed damages based on testimonies and legal precedents, concluding the defendant was fully liable for the accident and awarding significant compensation to the plaintiff. The judgment discusses the evaluation of damages ensuring that compensation aligns with the principles of fairness, not speculation, detailing the necessity for adequate medical treatment and appropriate prosthetic devices. Ultimately, the court ruled in favor of the plaintiff, granting the requested compensation and applicable interests.

Table of Content
1. initial claims on liability established by testimonies. (Para 1 , 2 , 3)
2. final awards discussed based on judicious legal principles regarding damages. (Para 70 , 72)
Nu'aman Mahmud Zuhudi HS:

[1] Plaintif membawa tuntutan ini terhadap defendan bagi menuntut gantirugi am dan khas, faedah dan kos akibat satu kemalangan jalanraya pada 20 Mei 2017 di persimpangan empat lampu isyarat Sentul Link, Bandar Baru Sentul. Pada masa yang material, plaintif adalah penunggang sebuah motorsikal No WTU 5658 manakala defendan adalah pemandu dan pemilik berdaftar motorkar No VA 7439.

[2] Defendan yang tidak berpuashati terhadap keputusan mahkamah ini telah merayu terhadap keseluruhan isu kuantum.

Liabiliti

[3] Berkenaan isu liabiliti, tiga orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan iaitu dua saksi dari pihak plaintif (pegawai penyiasat (SP1) dan plaintif sendiri (SP2)) manakala seorang saksi dari pihak defendan sendiri (SD1).

[4] Dalam memutuskan isu liabiliti, mahkamah ini telah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Che Wil Che Ali v. Mahmood Ismail , [1982] 2 MLJ 354 ; [1982] CLJ (Rep) 420 di mana telah diputuskan bahawa:

Held:

(1) The court is of the opinion however breach of the rules is not itself evidence of negligence on the part of the person concerned. The question that has to be decided is who is negligent.

[5] Mahkamah seterusnya merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam kes Tabarani Mohd Arsad v. Chan Tenn Yen [1999] 3 CLJ 188 , [1999] 2 AMR 1884 dalam membuat penilaian terhadap keterangan yang dikemukakan oleh pihak plaintif dan defendan, telah diputuskan seperti berikut:

"A trial judge should not approach the case on the basis of deciding which story out of the conflicting stories that should be believed but rather to consider which version was inherently probable or improbable."

[6] Mahkamah ini, setelah meneliti pliding-pliding yang telah difailkan, keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak melalui keterangan-keterangan dokumen, keterangan senyap dan juga keterangan lisan oleh saksi-saksi yang relevan, serta penghujahan-penghujahan yang dikemukakan, mahkamah ini berpuashati bahawa versi plaintif adalah "inherently probable" iaitu kemalangan ini berlaku disebabkan oleh kecuaian defendan yang telah membelok ke kanan secara salah di persimpangan lampu isyarat dan menceroboh masuk ke laluan sah plaintif seterusnya melanggar motorsikal yang ditunggang oleh plaintif yang sedang meneruskan perjalanan di laluan sahnya sehingga menyebabkan plaintif mengalami kecederaan.

[7] Versi keterangan plaintif ini turut disokong oleh keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat (SP1) selaku seorang saksi bebas dan juga keterangan defendan (SD1) sendiri yang mengaku bahawa beliau membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat tersebut yang mana adalah salah untuk berbuat demikian, seterusnya menyebabkan perlanggaran dengan motorsikal yang ditunggang oleh plaintif yang sedang meneruskan perjalanan di laluan sahnya.

[8] Oleh yang demikian, mahkamah ini mendapati bahawa kemalangan tersebut adalah sepenuhnya disebabkan oleh kecuaian defendan di mana defendan telah membelok ke arah kanan walaupun defendan tahu bahawa beliau tidak boleh membelok ke kanan kerana terdapat papan tanda dilarang membelok ke kanan. Manakala plaintif pula berada di jalan yang sah untuk beliau meneruskan perjalanannya dan langsung tidak berpeluang untuk mengelak daripada kemalangan tersebut. Mahkamah ini memutuskan bahawa defendan bertanggungan 100% dalam mengakibatkan kemalangan tersebut dan tiada sumbang cuai oleh plaintif.

Kuantum

[9] Mahkamah telah merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award gantirugi, di dalam kes Inas Faiqah binti Mohd Helmi (seorang kanak-kanak yang mendakwa melalui bapa dan sahabat wakilnya, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & 2 Ors, [2016] 2 MLJ 1 yang YAA Abdull Hamid Embong HMP dalam menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut:

"It

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top