SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2016 MarsdenLR 2260

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM
YH LWN. NY & SATU LAGI
[Kes Mal Bil: 10300-042-0457-2014]



The burden of proof in marital dissolution claims lies with the plaintiff, requiring substantial evidence of marriage for the claim to proceed.

Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 - Subseksyen 61(3)(b)(i) - Permohonan faraq pernikahan - Court found it had jurisdiction over the case, referencing procedural guidelines and the requirements for validating marriage documentation (Paras 11, 19, 20).

(B) Proof of marriage - Court emphasized the burden of proof lies on the plaintiff to substantiate the existence of the marriage, highlighting that allegations without substantiation are insufficient (Paras 29, 34).

(C) Court’s power - Enactment provides authority for the court to decide on marriage validity, directing claims of polygamy for review in Syariah High Court (Paras 9, 12).

Facts of the case:
The first and second defendants married on 20 August 2013 in Thailand without the consent of the plaintiff, who is the father and guardian to the first defendant (Paras 1, 2).

Findings of Court:
The court ruled not to approve the plaintiff's application for the dissolution of marriage between the defendants, allowing the plaintiff to refile upon obtaining further evidence (Paras 38).

Issues: The core issues addressed included the court's jurisdictionality and the acceptance or rejection of the application for marital dissolution (Paras 10, 20).

Ratio Decidendi: The court held that without proof of marriage, the claim for divorce could not proceed, affirming that the burden of proof rests with the plaintiff (Paras 29, 34).

Result: Application rejected; plaintiff permitted to refile if new evidence emerges.

Table of Content
1. application for dissolution of marriage. (Para 8 , 9 , 20 , 21)
2. jurisdiction of syariah court. (Para 11 , 12 , 19)
3. burden of proof on the plaintiff. (Para 14 , 27 , 29)
4. court's decision to deny the application. (Para 38)
Penghakiman YA Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS

[8] Kes ini bermula dengan permohonan faraq pernikahan yang difailkan oleh YH (selepas ini dikenali sebagai Plaintif) terhadap perkahwinan yang dilakukan antara NY (dikenali selepas ini sebagai Defendan 1) KMI (dikenali sebagai Defendan 2) pada 19 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

[9] Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah memutuskan bahawa telah Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, membicarakan dan memutuskan kes ini. Justeru itu kes ini telah dirafa'kan ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendengar, membicarakan dan memutuskan kes ini.

[10] Di dalam kes ini, Mahkamah ada 4 isu utama yang perlu Mahkamah beri ulasan di dalam membuat keputusan bagi kes ini iaitu:

a) Sama ada Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan kes ini.

b) Sama ada permohonan faraq nikah wajar diterima atau ditolak.

Isu Pertama: Bidang Kuasa Mahkamah

[11] Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes mal berbidang kuasa mendengar dan memutuskan permohonan faraq nikah poligami berdasarkan Kuasa yang diberikan oleh subseksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan seperti berikut:

61. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

[12] Oleh kerana kes ini pada mulanya difailkan dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Shah Alam dan kemudian dirafa' ke Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah merujuk Arahan Amalan No 9 Tahun 2007 sebagaimana berikut:

Arahan Amalan No 9 Tahun 2007 Amalan Pengesahan Perkahwinan Yang Berlawanan Dengan Peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam

Saya ingin menarik perhatian YAA kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil 1 Tahun 207 pada 28hb hingga 30 Rabiulawwal 1428H bersamaan 16hb hingga 18 April 2007 di Melaka dan pengesahan Mesyuarat Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri Seluruh Malaysia Kali Ke 42 pada 25 Jamadilawwal 1428H bersamaan 11 Jun 2007M telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung dengan Amalan Pengesahan Perkahwinan Yang Berlawanan Dengan Peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam. Oleh yang demikian, Hakim Syarie hendaklah mengguna pakai amalan ini dalam prosiding kes mal yang berhubung dengan permohonan pengesahan perkahwinan tersebut.

2. Berdasarkan peruntukan subseksyen 12(2) Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, Hakim boleh mengesahkan perkahwinan yang telah diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian 2 Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam dan membuat perintah mengenai kesahihan perkahwinan tersebut atas permohonan mana-mana pihak untuk tujuan pendaftaran.

3. Bersama-sama ini disertakan Amalan tersebut untuk diterima pakai di negeri-negeri.

Lampiran

Amalan Pengesahan Perkahwinan Yang Berlawanan Dengan Peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam

Ketua Hakim Syarie menetapkan amalan pengesahan perkahwinan yang berlawanan dengan peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam seperti berikut:

Jika permohonan dibuat kepada Mahkamah untuk menentukan sah atau tidaknya perkahwinan yang diupacarakan berlawanan dengan mana-mana peruntukan Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, Hakim hendaklah:

i) memastikan bahawa afida

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top