MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR LWN. LEE LAI TEE & YANG LAIN
[Rayun Sivil No: K-01(A)-240-05/2021]
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of the case. (Para 1 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19) |
| 2. court's initial findings and reasoning. (Para 20 , 21 , 22 , 23) |
| 3. arguments presented by the parties. (Para 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35) |
| 4. court's analysis and decision-making process. (Para 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41 , 42 , 43) |
Pengenalan
[1] Rayuan ini dibawa oleh Perayu iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar terhadap keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar, Kedah yang telah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Responden- responden.
[2] Setelah mendengar dan menimbangkan hujahan lisan serta hujahan bertulis pihak-pihak, kami sebulat suara telah membenarkan rayuan Perayu.
[3] Kami perincikan di bawah ini alasan-alasan mengapa kami membenarkan rayuan oleh Perayu tersebut.
Latar Belakang Kes
[4] Responden Pertama (Lee Lai Tee) dan Responden Kedua (Lee Siew Hong), ialah warga negara Malaysia dan kedua-duanya mempunyai alamat kediaman yang sama di No 81, Taman Kekwa, Fasa 2, Jalan Kuala Kedah, 06600 Alor Setar, Kedah.
[5] Responden Ketiga (Tee Nursing Care Center Sdn Bhd.) ialah sebuah syarikat sendirian yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di No 7c, Pusat Perniagaan Shahab Utama, Susuran Senangin, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah dan alamat perniagaan di No 88Q, Taman Kekwa Fasa 5, Jalan Kekwa 10, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.
[6] Perayu (Majlis Bandaraya Alor Setar) ialah pihak berkuasa tempatan untuk Bandar Alor Setar, negeri Kedah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 .
[7] Pada sekitar tahun 2015, Responden-responden telah memulakan perniagaan komersil pusat jagaan orang tua Tee Nursing Care Center Sdn Bhd di Geran Mukim No 31562, Lot 70285, Bandar Alor Setar, Kedah.
[8] Pusat jagaan tersebut kemudian telah berkembang ke Geran Mukim No 31561, Lot 70284, Bandar Alor Setar, Kedah. Kedua-dua lot tersebut yang masing-masingnya ialah rumah kediaman dua tingkat, terletak sebelah menyebelah. Lot 70285 beralamat di No 88Q, Taman Kekwa Fasa 5, Jalan Kekwa 10, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar dan Lot 70284 beralamat di No 88R, Taman Kekwa Fasa 5, Jalan Kekwa 10, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar.
[9] Pada 5 Mac 2018, Responden Pertama dan Responden Kedua telah membeli Lot 70283 bersebelahan yang beralamat di No 88S, Taman Kekwa Fasa 5, Jalan Kekwa 10, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar. Responden-responden bercadang untuk menggunakan premis kediaman di Lot 70283 tambahan tersebut sebagai tempat memberikan perkhidmatan fisioterapi dan rawatan lain untuk orang-orang tua yang tinggal di pusat jagaan Tee Nursing Care Center.
[10] Pada 26 Oktober 2017, Responden-responden telah mendapat pembaharuan Lesen Permit Perniagaan No G 43/E)13/17 dan Lesen Iklan 10146 dan 10147 yang dikeluarkan oleh Perayu untuk Responden-responden menjalankan perniagaan pusat jagaan orang tua dan mempamirkan papan iklan di premis No 88Q dan 88R. Tempoh sah lesen permit perniagaan tersebut ialah satu tahun dan dikehendaki diperbaharui pada setiap tahun tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Perayu. Lesen permit perniagaan semasa Responden-responden ialah untuk tempoh 1 Ogos 2019 hingga 31 Julai 2020.
[11] Pada 24 Januari 2019, Perayu telah menolak "Permohonan Kebenaran Merancang Terhad Untuk Membuat Perubahan Matan Bangunan Bagi 2 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat Sediada Dari Kediaman Kepada Pusat Jagaan Warga Tua Di Atas Lot 70283 dan Lot 70284 s 49, Bandar Alor Setar, Kedah" yang dipohon atas nama Lee Lai Tee (Responden Pertama), Lee Siew Hong (Responden Kedua) dan Chuah See Seng (muka surat 453 Rekod Rayuan Jilid 3).
[12] Lanjutan daripada itu, pada 13 September 2019, Responden Pertama telah diserahkan dengan notis "Tunai Syarat Lesen Pusat Jagaan Orang Tua" oleh Perayu. Notis tersebut mengatakan seperti berikut (muka surat 464 Rekod Rayuan Jilid 3):
"2. Untuk makluman pihak tuan dikehendaki mematuhi syarat- syara
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.