SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1995 MarsdenLR 231

MAHKAMAH TINGGI MALAYA TAIPING
KHOR LIANG KEOW LWN. TEE MING KOOK
[Saman Pemula No: 24-181-1994]



Petitioner Advocates:MM Athimulam ,Respondent Advocate: Tan Lip Gay

PENGHAKIMAN

Zulkefli Ahmed Makinudin PK:

[1] Plaintiff, Khor Liang Keow melalui saman pemula ini (Lampiran 2) telah memohon pada 24 Oktober 1994 untuk perintah-perintah seperti berikut:

(a) Penjagaan dan pengawalan Tee Wan Cik (P) dan Tee Chow Ho (L), kedua-duanya anak yang belum dewasa diserahkan kepada plaintiff dan plaintiff dijadikan penjaga (guardian) untuk:

(i) mendapatkan dokumen perjalanan paspot terhad dan antarabangsa untuk kedua-dua-mereka.

(ii) Mendapatkan kad pengenalan untuk Tee Wan Cik dan Tee Chow Ho apabila mereka mencapai usia 12 tahun.

(iii) mendapatkan pendaftaran di sekolah untuk Tee Wan Cik dan Tee Chow Ho.

(b) Suatu injunksi menghalang defendan dan/atau ejennya atau pengkhidmatnya menyerang dan/atau mengancam dan/atau menghina pihak plaintiff.

(c) kos, dan

(d) perintah selanjutnya atau perintah yang dianggap suaimanafaat dan adil.

[2] Permohonan ini telah disokong oleh affidavit plaintiff (Lampiran 3) yang telah diikrar pada 12 September 1994 dimana plaintiff menyatakan beliau adalah ibu sebenar (natural mother) kepada kanak-kanak Tee Wan Cik (P) yang dilahirkan pada 24 Mac 1989 dan Tee Chow Ho (L) yang dilahirkan pada 13 Oktober 1991 dan defendan adalah bapa sebenar (natural father) kepada kanak-kanak tersebut. Plaintif menyatakan bahawa beliau mempercayai sekarang bahawa perkahwinan dengan defendan pada 28 April 1988 yang mana hanya telah diupacarakan dalam adat istiadat kaum Cina adalah tidak sah kerana tidak diupacarakan mengikut peruntukan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 ("Akta 164") yang mengakibatkan keduadua kanak-kanak tersebut dilahirkan di luar nikah yang menjadikan mereka anak tak sah taraf (illegitimate).

[3] Plaintiff seterusnya menyatakan sebelum beliau berpisah dengan defendan pada hujung tahun 1991 beliau telah tinggal bersama dengan defendan dan telah menjaga dan mengasuh anak-anak mereka dan sejak kelahiran kedua-dua anak tersebut tidak pernah berpisah dengan beliau. Setelah berpisah dengan defendan plaintiff menyatakan kedua-dua kanak-kanak tersebut adalah dibesarkan di rumah emak dan abangnya di Parit Buntar, Perak dimana plaintiff tinggal bersama dan sehingga kini mereka masih berada di rumah yang sama.

[4] Plaintiff juga telah menyatakan dalam affidavitnya sejak kebelakangan ini defendan telah mula mengancam dan menghina plaintiff dan defendan menyatakan akan mengambil kedua-dua orang kanak-kanak tersebut dari penjagaan dan pengawalan plaintiff. Plaintiff menyatakan beliau merasa sangat takut yang defendan akan merampas kedua-dua orang anaknya dan membiarkan mereka begitu sahaja tanpa memberi kasih sayang yang secukupnya kerana defendan adalah seorang peniaga yang kerap tiada di rumah.

[5] Plaintiff menyatakan sekarang ini beliau sudah mula bekerja bagi menyara kedua-dua orang anaknya kerana defendan sebagai bapa tidak menjaga dan menyara mereka. Plaintiff seterusnya menyatakan sekarang ini kedua-dua anaknya adalah diperbesarkan dan dididik oleh ibubapa dan adik beradik plaintiff di rumah emak plaintiff yang mana mereka menolong untuk menjaga keduadua kanak-kanak tersebut dengan memberi kasih sayang yang sepenuhnya.

[6] Defendan telah memfailkan affidavit jawapan (Lampiran 13) yang diikrarkan pada 4 Januari 1995. Selain dari mengakui pernyataan bahawa perkahwinan defendan dengan plaintiff diupacarakan mengikut adat istiadat kaum Cina lainlain pernyataan dalam affidavit plaintiff telah dinafikan oleh defendan dan beliau menentang permohonan plaintiff.

[7] Plaintiff telah memfailkan affidavit tambahan (Lampiran 17) pada 6 Februari 1995 untuk menjawab affidavit defendan. Plaintiff menafikan dan mempertikaikan dakwaan-dakwaan defendan terhadap plaintiff yang dinyatakan dalam affidavit jawapan defendan. Suatu fakta penting yang diikrar oleh plaintiff dalam affidavit tambahannya adalah beliau mempercayai setelah perkahwinan diupacarakan mengikut adat istiadat kaum Cina pada tahun 1988 dimana diakui oleh defendan beliau dan defendan telah tinggal bersama sebagai pasangan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top