SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 731

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
CHERIAN KC GEORGE LWN. TIMBALAN MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: 44-1-2008]



PENGHAKIMAN

Zainal Azman Aziz PK:

[1] Ini adalah satu notis usul di lampiran 3 yang difailkan oleh pemohon, Cherian a/l KC George untuk satu perintah bagi satu writ habeas corpus dikeluarkan supaya pemohon dibebaskan serta merta daripada tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak.

[2] Sepertimana perintah yang dikeluarkan, pemohon telah diperintahkan ditahan selama dua (2) tahun mulai daripada 7 Oktober 2007 di Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah Perak oleh responden pertama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia selaras dengan s. 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 . Perintah berkenaan adalah seperti berikut:

ADB 1B

AKTA DADAH BERBAHAYA

(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

PERINTAH TAHANAN

[Seksyen 6(1)]

Kepada:

Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Akhlak,

Batu Gajah Perak;

Ketua Polis Negara, Malaysia;

Semua Pegawai Polis Diraja Malaysia yang berkenaan.

BAHAWASANYA selepas menimbangkan laporan lengkap penyiasatan dan laporan Pegawai Siasatan yang dikemukakan, saya adalah berpuashati bahawa orang yang namanya tersebut di bawah pernah ada atau sedang ada kaitan dengan aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya dan adalah perlu bagi ketenteraman awam supaya penama ditahan.

NamaNombor Kad Pengenalan
Cherian a/l K.C. George730925-05-5463

MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberi di bawah seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 , saya dengan ini memerintahkan supaya orang yang namanya tersebut di atas ditahan selama dua (2) tahun mulai dari 07 haribulan Oktober 2007 di Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak atau di mana-mana tempat lain sebagaimana yang diarah dari semasa ke semasa.

Diperbuat pada 5 haribulan Oktober 2007

t.t(Dato' Fu Ah Kiow)Timbalan Menteri KeselamatanDalam Negeri Malaysia

[ADB-24719]

Saya Amiruddin bin Masri yang bertandatangan di bawah memperakui bahawa saya pada hari ini 6 haribulan Oktober 2007 jam 2.30 petang telah menyampaikan kepada Cherian a/l K.C. George No. Kad Pengenalan 730925-05-5463.

(a) satu salinan Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ;

(b) satu salinan pernyataan mengenai alasan-alasan yang atasnya Perintah itu dibuat dan pengataan-pengataan fakta yang atasnya Perintah itu diasaskan;

(c) tiga salinan Borang I [Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat 1987) ] untuk membolehkannya mengemukakan representasi terhadap Perintah Tahanan kepada Pengerusi Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan ;

dan telah menerangkan kepada orang tahanan tersebut mengenai haknya untuk membuat representasi terhadap Perintah Tahanan itu.

Tandatangan: t.t

Nama dan Pangkat: Amiruddin bin Masri - C/Insp

Jawatan: Insp. Tahanan, JSJN Bukit Aman, Kuala Lumpur

Isi kandungan butiran (a) hingga (c) dan penerangan yang tersebut di atas telah diterangkan kepada orang tahanan semasa penyampaian dilakukan dalam bahasa/longhat Malaysia oleh:

Tandatangan: t.t

Nama Jurubahasa: Annanthakrishnan a/l Chelliah

No. Kad Pengenalan/Kad Kuasa: RF/98670

Saya Cherian a/l K.C. George No. Kad Pengenalan 730925-05-5463 mengaku telah menerima semua dokumen yang tersebut di butiran (a) hingga (c) di atas pada 6 haribulan Oktober 2007 dan telah faham isi kandungannya serta faham mengenai hak saya untuk membuat representasi terhadap Perintah Tahanan itu.

Tandatangan: t.t

Nama: Cherian a/l K.C. George

No. Kad Pengenalan: 730925-05-5463

* Potong yang tidak berkenaan.

[3] Manakala pernyataan mengenai alasan-alasan serta pengataan-pengataan fakta yang atasnya perintah itu dibuat adalah seperti berikut:

Sulit

Akta Dadah Berbahaya

(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985

Nama Orang Tahanan : Cherian a/l K.C. George

No. Kad Pengenalan : 730925-05-5463

Alasan-alasan Yang Atasnya Perintah Itu Dibuat:

Bahawa kamu pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top