SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 857

MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD RASHID SULAIMAN
[Kes Jenayah No: JA-82D-51-09/2021]



Petitioner Advocates:Muhammad Arif Marzuki ,Respondent Advocate: Lydiana Mansor,Farah Nur Alia

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berhak mendapat manfaat keraguan.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 15(1)(a) dan 37(k) - Tertuduh didapati menggunakan dadah jenis 'Amphetamine' dan 'Methamphetamine' pada 5 September 2021 - Tertuduh tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan - Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. (Paras 30, 31)

(B) Pembelaan - Tertuduh berjaya membuktikan keraguan munasabah melalui keterangan saksi dan hujahan yang konsisten dari awal kes - Mahkamah merujuk kepada prinsip 'benefit of doubt' yang menguntungkan tertuduh. (Paras 27, 28)

Facts of the case:
Tertuduh dituduh menggunakan dadah di pejabat polis, tidak mengaku bersalah, dan dibenarkan ikat jamin. Kes pendakwaan membuktikan kes prima facie, tetapi pembelaan menunjukkan kekeliruan mengenai jumlah sampel air kencing yang diambil.

Findings of Court:
Mahkamah mendapati pembelaan tertuduh berjaya mematahkan anggapan di bawah s 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Issues: Persoalan utama adalah sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan isu mengenai jumlah botol sampel air kencing.

Ratio Decidendi: Mahkamah mengambil kira prinsip bahawa jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh ditarik dari fakta, inferens yang paling menguntungkan bagi tertuduh harus diambil.

Result: Tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan.

PENGHAKIMAN

Shaarmini Arjunan M:

Pengenalan

[1] Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah ini dengan satu pertuduhan di bawah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 5 September 2021, jam lebih kurang 2.30 petang, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam, dalam daerah Johor Bahru, dalam negeri Johor telah didapati menggunakan dadah jenis "Amphetamine" dan "Methamphetamine". Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah s 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah s 15 Akta yang sama."

[2] Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. Tertuduh telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM1,000.00 dengan seorang penjamin.

Kes Pendakwaan

[3] Kes pendakwaan telah dimulakan dan didengar oleh Tuan Majistret terdahulu. Tuan Majistret tersebut telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh berdasarkan anggapan di bawah s 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 . Tertuduh kemudiannya dipanggil untuk membela diri. Namun, Tuan Majistret terdahulu kemudiannya telah berpindah dan saya telah diarahkan untuk mengambil alih pendengaran kes ini. Tiada sebarang bantahan atau permohonan untuk kes ini dibicarakan semula (de novo) dibuat oleh pihak-pihak.

[4] Apabila Tuan Majistret terdahulu telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh, saya mahupun Majistret lain tidak boleh membuat penilaian semula ke atas keterangan-keterangan kes pihak pendakwaan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Chew Sam Poh v. PP ; [2015] MLJ 4252; [2015] 3 CLJ 318 seperti berikut:

"[12] By ordering for the defence to be called, it must be taken that the Court of Appeal had found as a matter of law that a prima facie case of trafficking had been established against the appellant in respect of all three charges. Thus the issue of whether a prima facie case of trafficking had been established by the prosecution does not arise in this appeal. Any attack on any infirmity in the prosecution's evidence must in the circumstances be considered in this light. In any event this Court being a Court of co-ordinate jurisdiction has no jurisdiction to reverse the earlier decision of the Court of Appeal. Only the Federal Court can revisit the issue of prima facie case in the event of an appeal."

[5] Di peringkat pembelaan pula, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa pembelaan Tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata dan tidak membuktikan sebarang keraguan munasabah dalam kes Pendakwaan.

Kes Pembelaan

[6] Bagi membuktikan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Saksi-saksi pembelaan adalah seperti berikut:

i) Mohd Rashid bin Sulaiman (Tertuduh) - SD1

ii) Meor Mohd Adam bin Abdul Rahim - SD2

[7] SD2 merupakan seorang anggota polis yang turut menghadirkan diri bagi melakukan ujian saringan awal air kencing bersama-sama dengan Tertuduh pada tarikh dan waktu yang sama.

[8] Versi pihak Pembelaan adalah seperti berikut:

i. Tertuduh yang merupakan seorang anggota polis di Balai Polis Scientex dikehendaki untuk menjalani ujian saringan awal air kencing pada 5 September 2021 jam lebih kurang 2:00 petang di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seri Alam bersama dengan beberapa anggota polis yang lain (termasuk SD2).

ii. Tertuduh bersama dengan ramai anggota polis hadir dan menunggu untuk memberikan sampel air kencing mereka yang mana mereka semuanya dikatakan ditempatkan dalam ruangan menunggu di luar hadapan bilik tandas.

iii. Kemudian, Tertuduh telah pergi menyerahkan sampel air kencingnya yang mana terdapat banyak botol sampel air kencing yang diletakkan di atas meja tempat ujian saringan yang dipercayai milik anggota-anggota lain.

[9] Pembelaan Tertuduh lebih tertumpu ke arah pemutusan rantaian keterangan kes ini dengan kewujudan botol sampel air kencing lain selain botol yang


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top