2024 MarsdenLR 3187
MAHKAMAH MAJISTRET KUALA LUMPUR
SIN CHUN MING & SATU LAGI LWN. TALENT TEAM SDN BHD
[Guaman No: WA-A72NCVC-8961-11/2023]
Tindakan Plaintif untuk membatalkan Writ Saman ditolak kerana keputusan Tribunal adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, menjadikan tindakan tersebut tidak sah.
Headnote:(A) Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 - Aturan 18 k 19 - Pembatalan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan - Permohonan Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif yang ditolak oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pada 19 Ogos 2019 - Plaintif tidak memfailkan semakan kehakiman, menyebabkan mereka dianggap menerima keputusan tersebut. (Paras 4, 11, 15)
(B) Estoppel per rem judicatum - Tindakan Plaintif dianggap tidak sah berdasarkan prinsip estoppel kausa tindakan - Tribunal mempunyai kuasa untuk membuat keputusan muktamad yang boleh dikuatkuasakan. (Paras 11, 12)
Facts of the case:
Defendan memohon pembatalan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif yang telah ditolak oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah tanpa sebarang semakan kehakiman oleh Plaintif. (Paras 4-5)
Findings of Court:
Tindakan Plaintif adalah 'obviously unsustainable' dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah di bawah A 18 k 19 KKM 2012. (Paras 16)
Issues: Adakah tindakan Plaintif terhalang oleh prinsip res judicata, dan adakah keputusan Tribunal boleh dianggap muktamad? (Paras 11-12)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Tribunal adalah muktamad dan tiada semakan kehakiman difailkan, menjadikan tindakan Plaintif tidak sah. (Paras 14-15)
Result: Permohonan Defendan dibenarkan dengan kos RM2,500.00. (Paras 17)
PENGHAKIMAN
(Kandungan 6 - Permohonan Defendan Untuk Membatalkan Writ Saman Dan Pernyataan Tuntutan Plaintif)
[1] Ini adalah satu alasan penghakiman oleh mahkamah ini yang disediakan bagi menerangkan alasan-alasan mahkamah ini yang telah membenarkan permohonan Defendan pada 2 Julai 2024 di Kandungan 6, untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif di bawah A 18 k 19 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012, dengan kos sebanyak RM2,500.00 dibayar oleh Plaintif-plaintif kepada Defendan.
Kertas Kausa
[2] Berikut merupakan kertas kausa berkaitan:
a. Notis Permohonan Defendan (Kandungan 6);
b. Afidavit Sokongan Defendan (Kandungan 7);
c. Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif (Kandungan 10);
d. Afidavit Balasan Defendan (Kandungan 11);
e. Hujahan Bertulis Defendan (Kandungan 15);
f. Ikatan Otoriti Defendan (Kandungan 16);
g. Ikatan Otoriti Plaintif (Kandungan 18);
h. Hujahan Bertulis Plaintif (Kandungan 19);
i. Hujahan Balas Defendan (Kandungan 23);
j. Hujahan Balas Plaintif (Kandungan 24);
k. Ikatan Otoriti Hujahan Balasan Plaintif (Kandungan 25);
Permohonan Kandungan 6
[3] Permohonan Defendan di Kandungan 6 dibuat di bawah A 18 k 19(a), (b) dan/atau (d) dibaca bersama dengan A 92 k 4 KKM 2012 yang memohon:
a. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibatalkan;
b. Kos atas dasar indemniti atau dasar peguamcara-anakguam;
c. Perintah atau relif sewajarnya.
[4] Berikut merupakan alasan-alasan permohonan Defendan di Kandungan 6:
a. Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan telah DITOLAK oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pada 19 Ogos 2019 ("Keputusan Tribunal tersebut");
b. Plaintif-Plaintif tidak pernah memfailkan semakan kehakiman terhadap Keputusan Tribunal tersebut. Oleh itu, Plaintif-Plaintif hendaklah dianggap telah menerima Keputusan Tribunal tersebut sebagai keputusan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak mempunyai hak-hak di sisi undang-undang untuk memfailkan tuntutan ini berdasarkan alasan yang sama terhadap Defendan di Mahkamah Sivil sekali lagi.
Afidavit Pihak-Pihak
[5] Defendan di Afidavit Sokongan Kandungan 7 menyatakan:
a. Pada 19 Ogos 2019, Tuan Jagesh Mehalingam, Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah telah menolak tuntutan Plaintif di bawah Tuntutan No: TTPR/B/0739/19. Plaintif-plaintif tidak pernah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Tribunal tersebut. Sesalinan keputusan Tribunal tersebut dilampirkan sebagai Ekshibit 'DTTW-1';
b. Plaintif-plaintif sekali lagi memfailkan tindakan sama di mahkamah sivil (merujuk kepada tindakan di sini). Tindakan Plaintif-plaintif bertentangan dengan undang-undang.
[6] Afidavit Jawapan Plaintif di Kandungan 10 dirujuk dan Defendan menyatakan:
a. Tindakan Plaintif tidak dihalang oleh prinsip res judicata kerana keputusan Tribunal bukanlah keputusan mahkamah. Oleh itu tidak akan menyebabkan prinsip res judicata terpakai kerana:
i. Ianya tidak terpakai dalam penguatkuasaan statutory rights dan statutory contracts;
ii. Ianya tidak terpakai sekiranya menyebabkan ketidakadilan;
iii. Tribunal masih belum mempertimbangkan merit dalam Tuntutan Gantirugi Jumlah Tertentu (LAD) Plaintif-plaintif.
Undang-Undang
[7] Aturan 18 k 19 KKM 2012 menyatakan sepertimana berikut:
"Order 18. Pleadings
Striking out pleadings and endorsements (O 18, r 19)
19. (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that:
(a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
(b) it is scandalous, frivolous or vexatious;
(c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
(d) it is otherwise an abuse of the process of the Court , and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be."
[8] Aturan 18 k 19(1) Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif.
[9] Kes B