SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 3186

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
TIONG MAI HIONG LWN. AGARWOOD ORIGINALS MALAYSIA BERHAD
[Guaman No: WA-B52NCC-1847-08/2023]



Petitioner Advocates:Edward Kuruvilla ,Respondent Advocate: KF Ee

Penghakiman ingkar boleh diketepikan jika diperoleh secara tidak teratur, dan penyampaian yang teratur adalah penting untuk memastikan keadilan dalam proses undang-undang.

Headnote:(A) Civil Procedure - Default Judgment - The principle for setting aside a default judgment as established in Lai Yoke Ngan & Anor v. Chin Teck Kwee & Anor, [1997] 2 MLJ 565, requires the defendant to present an affidavit of merits showing a triable issue. (Para 6)

(B) Service of Process - The court upheld that service of writ and statement of claim at the registered address of the defendant was proper and in accordance with procedural rules, as established in Amdac (M) Sdn Bhd v. Kilat Kaca Sdn Bhd, [2019] 4 AMR 242. (Paras 9-11)

Facts of the case:
The plaintiff sought a default judgment against the defendant for failing to deliver 'agarwood' trees as per two purchase orders, resulting in a claim of RM355,800.00. (Paras 2-4)

Findings of Court:
The court found that the default judgment was regular and the defendant failed to present a meritorious defense. (Para 19)

Issues: The main issues included the validity of service of process and whether the defendant had a valid defense against the claims. (Paras 12-15)

Ratio Decidendi: The court ruled that service was duly executed and the defendant's claims of lack of contract were inconsistent with the acceptance of payment. (Paras 16-18)

Result: Defendant's application to set aside the default judgment was dismissed with costs of RM2,000.00.

PENGHAKIMAN

Faiz Dziyauddin HMS:

Pengenalan

[1] Mahkamah ini pada 8 Mac 2024 telah menolak permohonan Defendan untuk mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran seperti di Lampiran 21 dengan kos RM2,000.00.

Fakta Kes

[2] Plaintif telah membuat satu Pesanan No APCKL150102 untuk membeli daripada Defendan dua ratus (200) pokok 'agarwood' di Wilayah Prachin Buri, Thailand (selepas ini "Perjanjian Pertama"). Dalam hal ini, Plaintif telah membuat dua (2) bayaran kepada Defendan pada atau sekitar 10 Februari 2015, Plaintif sejumlah RM1,800.00 dan pada 24 Februari 2015, sejumlah RM144,000.00. Kemudian Plaintif membuat satu Pesanan No APCKL150709 untuk membeli daripada Defendan tiga ratus (300) pokok 'agarwood' di Wilayah Prachin Buri, Thailand (selepas ini "Perjanjian Kedua"). Dalam hal ini, pada atau sekitar 28 Ogos 2015, Plaintif telah membuat bayaran sejumlah RM210,000.00.

[3] Defendan telah gagal, untuk:

(a) memberikan apa-apa pengemaskinian atau laporan kepada Plaintif mengenai status pokok-pokok dan/atau

(b) menghantar kepada Plaintif tuaian dari pokok-pokok dan/atau hasil jualan daripada pokok-pokok/tuaian

[4] Plaintif menuntut wang yang dibayar oleh plaintif kepada defendan sejumlah RM355,800.00 dan ganti rugi am ditaksir serta faedah.

Alasan-Alasan Defendan

[5] Antara alasan-alasan Defendan untuk mengetepikan penghakiman tersebut adalah seperti berikut:

a. syarikat Defendan hanya mengetahui terdapat guaman ini menerusi sepucuk surat bertarikh 3 November 2023 yang hanya diserahkan kepada Defendan pada 8 November 2023 oleh setiausaha syarikatnya.

b. Selepas penyiasatan dengan pekerja dan kakitangan syarikat Defendan, ia telah didedahkan bahawa setiausaha syarikat Defendan telah menahan dan tidak menghantar apa-apa surat-menyurat kepada Defendan termasuk kertas-kertas kausa guaman ini akibat Defendan belum membuat pembayaran terhadap invois-invois tertunggak kepada setiausaha syarikat Defendan.

c. masalah ini tidak akan berlaku jika pihak Plaintif juga menyampaikan kertas-kertas kausa guaman ini kepada alamat perniagaan Defendan di Johor.

d. terdapat sedikit kelewatan dari tarikh notis sebenar guaman ini oleh Defendan untuk memfailkan permohonan ini atas sebab Defendan perlu mengenal pasti punca tersebut dan masalah kesihatan di alami oleh pengarah Defendan.

e. Defendan tidak pernah menandatangani apa-apa kontrak ataupun perjanjian dengan Plaintif. Pesanan No APCKL150102 dan APCKL150709 bukan kontrak-kontrak yang ditandatangani di antara Plaintif dengan Defendan.

f. sepanjang pengetahuan Defendan, kontrak-kontrak atau perjanjian-perjanjian yang hanya ditandatangani dengan syarikat Defendan dan pihak-pihak yang berkenaan adalah Perjanjian Subpajakan dan Perjanjian Jual Beli yang mempunyai mempunyai Nombor Kontrak atau lebih dikenali sebagai "Nombor Pengenalan Unik" ("Unique Identification Number") masing-masing.

g. Kontrak-kontrak atau perjanjian-perjanjian yang syarikat Defendan adalah terlibat adalah Perjanjian Subpajakan dan Perjanjian Jual Beli yang hanya melibatkan pokok-pokok yang ditanam di Malaysia. Tuntutan Plaintif melibatkan pokok-pokok di Wilayah Prachin Buri di Thailand. Defendan adalah tidak terlibat dalam kontrak-kontrak atau perjanjian-perjanjian yang melibatkan pokok-pokok di Thailand.

h. Perjanjian Subpajakan dan Perjanjian Jual Beli tersebut mengandungi klausa-klausa timbang tara yang sah dan mengikat di mana pihak-pihak telah mempersetujui bahawa sebarang pertikaian atau perbezaan di antara pihak-pihak yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian tersebut hendaklah dirujuk kepada dan akhirnya diselesaikan oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia ("AIAC") di Kuala Lumpur, Malaysia menurut Kaedah-Kaedah AIAC.

Dapatan Mahkamah

[6] Prinsip undang-undang yang mantap untuk mengetepikan penghakiman ingkar adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v. Chin Teck Kwee & Anor, , Mahkamah Persekutuan memutuskan:

"The principle of setting aside a default judgment under O 13 r 8 has been well estab


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top