SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 3195

MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN
VIJENDRAN ANTHONYSAMY LWN. LIONG CHONG HEE
[Saman No: 53-867-2010]



Petitioner Advocates:P Nirmala Devi ,Respondent Advocate: Lai Kuan Jean

The court emphasized that claims for damages, especially special damages, must be strictly proven with adequate evidence to avoid inflated awards from overlapping claims.

Headnote:(A) Liability - The defendant held 85% liable and the plaintiff 15% - Appeal pertains solely to quantum of damages - Key injuries included grade 3A open fracture of the right femur and various lacerations (Paras 1-4).

(B) Global approach to damages - The court awarded globally to avoid overlapping claims and prevent excessive awards related to similar injuries (Paras 5-9).

(C) Special Damages - Claims for special damages require strict proof and were dismissed for lack of evidence, including loss of earnings and motorcycle repair costs (Paras 20-33).

Findings of Court:
Global award of RM50,000.00 for injuries is reasonable considering the plaintiff’s age and impact on life (Paras 11, 19).

Issues: Whether the court should favor global awards over itemized claims.

Ratio Decidendi: The court affirmed that overlapping claims lead to inflated awards, emphasizing that special damages require strong evidentiary support.

Result: Plaintiff's claims for special damages were dismissed; global award was accepted.

Table of Content
1. liability percentage agreed. (Para 1)
2. medical reports accepted regarding injuries. (Para 2 , 3 , 4)
3. global award approach justified for injuries. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13)
4. plaintiff failed to prove acl injury. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19)
5. special damages require specific proof. (Para 20 , 21)
6. plaintiff failed to support claims for damages. (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 33)
7. interest on awarded damages clarified. (Para 34)

[1] Kedua-dua pihak telah bersetuju defendan bertanggungan 85% dan plaintif 15%. Rayuan adalah terhadap kuantum sahaja.

Kuantum

Gantirugi Am

[2] Segala laporan perubatan dan laporan pakar dipersetujui oleh pihak-pihak dan tertakluk kepada hujahan. Akibat dari kemalangan ini plaintif telah mengalami kecederaan dan kecacatan seperti yang dinyatakan di dalam laporan tersebut.

[3] Jika diteliti dari kecederaan yang dinyatakan dalam laporan perubatan tersebut, maka adalah jelas kecederaan plaintif adalah lebih di bahagian kaki sebelah kanan plaintif iaitu:

(a) Grade 3A open fracture distal third of the right femur;

(b) Laceration wound over the right knee not communicating to joint measuring 4 cm x 3 cm;

(c) Laceration wound over the right leg measuring 4 cm x 1 cm; and

(d) Laceration wound over the left frontal region measuring 2 cm x 2 cm.

[4] Dan segala "residual disabilities" seperti yang dinyatakan dalam laporan pakar Dr Chin Chee Howe dan Datuk Dr Peraba dan tidak perlu untuk saya ulangi di sini (rujuk hujahan plaintif di ms 4).

[5] Setelah meneliti kepada kecederaan yang dialami oleh plaintif tersebut, saya berpendapat pendekatan yang harus diambil oleh mahkamah ini untuk menilai gantirugi am adalah secara pemberian award secara global dengan mengambilkira faktor pertindihan. Di sini saya bersetuju dengan hujahan oleh peguambela defendan bahawa pendekatan mengikut itemisation hanya akan menduakan award dan menyebabkan award yang terlalu tinggi bagi kecederaan yang melibatkan bahagian yang sama. Kes Mahamad Mahamad Said & Anor v. Perianayagam & Anor, dan kes Thrimmalai & Anor v. Mohamed Masry Tukimin; adalah dirujuk. Oleh yang demikian hujahan pihak plaintif yang memohon diaward secara itemisation adalah tidak sesuai dan tidak dapat diterima oleh mahkamah ini.

[6] Maka atas dasar 100% liabiliti, jumlah yang dibenarkan bagi kecederaan plaintif adalah seperti berikut:

(a) Grade 3A open fracture distal third of the right femur dengan kependekan 2.5 cm beserta ketidakupayaan seperti yang dinyatakan termasuk parut-parut pembedahan

[7] Pihak plaintif telah merujuk kepada beberapa kes dan menghujahkan bagi kecederaan ini termasuk ketidakupayaan plaintif akibat dari kecederaan ini sebanyak RM60,000.00. Ini tidak termasuk parut dan muscle wasting yang dipohon di bawah item lain.

[8] Seperti yang dijelaskan di atas, saya berpendapat dan memutuskan jika dirujuk kepda lokasi kecederaan, maka jelas terdapat elemen pertidihan dalam tuntutan plaintif di sini. Maka pendekatan yang sewajarnya diambil oleh mahkamah ini ialah pemberian award secara global dengan mengambilkira faktor pertindihan.

[9] Saya berpendapat open fracture di tulang peha kanan bertindih dengan kecederaan "small puncture wound on the right thigh". Begitu juga dengan parut yang terhasil akibat dari pembedahan dan muscle wasting yang terhasil akibat dari kepatahan yang dialami. Sekiranya dibenarkan ini sudah tentu menyebabkan penduaan award seperti yang dijelaskan dalam kes Mahamad Mahamad Said dan Thrimmalai di atas.

[10] Saya juga mengambilkira compendium of personal injury awards di ms 12 berkait dengan femur/tibia and fibula with shortening yang mencadangkan jumlah antara RM30,000.00 sehingga RM50,000.00. Walaupun ini hanyalah merupakan panduan sahaja tetapi jika dirujuk kepada case law, jumlah yang diaward adalah di dalam lingkungan yang sama.

[11] Dengan mengambilkira faktor-faktor di atas, mahkamah ini membenarkan jumlah global sebanyak RM50,000.00 berdasarkan kepada kependekkan, ke

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top