MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
ZALAM CORPORATION SDN BHD LWN. DOLOMITE READYMIXED CONCRETE SDN BHD
[Rayuan No: W-02-688-08]
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiff's contract breach and counterclaim. (Para 1 , 1 , 2 , 3) |
| 2. defendant's judgment and plaintiff's injunction request. (Para 4 , 5) |
| 3. inherent power to prevent abuse of court process. (Para 6 , 9) |
| 4. conditions for injunction against winding-up petitions (Para 8) |
[1] Ini adalah rayuan defendan pertama (perayu dalam rayuan ini) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ("hakim") yang telah membenarkan permohonan plaintif (responden dalam rayuan ini) untuk mendapatkan suatu injunksi menghalang defendan pertama daripada mengemukakan suatu petisyen penggulungan terhadapnya di bawah s 218 Akta Syarikat 1965 ("Akta"). Setelah mendengar penghujahan peguam terpelajar kedua-dua belah pihak, kami telah membenarkan rayuan ini dengan kos. Kini disampaikan alasan keputusan kami itu.
Latar Belakang
[2] Plaintif adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan membekalkan dan menjual "readymixed concrete" (disebut "barangan"). Melalui perjanjian bertarikh 1 Julai 1999 dan 14 Jun 2000, plaintif telah bersetuju untuk membekalkan barangan tersebut kepada defendan pertama menurut terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah perjanjian itu. Plaintif menegaskan defendan pertama telah memungkiri perjanjian tersebut dengan kegagalan atau keengganannya menjelaskan harga barangan yang telah dibekalkan dan dihantar ke tapak-tapak projek mengikut pesanan defendan pertama. Berikutannya, plaintif telah memulakan tindakan terhadap defendan pertama, melalui writ saman S6-22-1644-2003, menuntut sejumlah RM266,279.03, iaitu baki harga barangan yang masih terhutang dan kena dibayar di bawah perjanjian.
[3] Defendan pertama telah memfailkan, bersama-sama dengan pembelaannya, suatu tuntutan balas terhadap plaintif menuntut sejumlah RM311,359.17, iaitu, (i) RM25,200 sebagai ganti rugi bagi pampasan yang telah dibayar kepada mangsa-mangsa banjir yang dikatakan berpunca dari kecuaian plaintif, dan (ii) RM286,159.17 kerana kerugian yang dikatakan telah dialami akibat kegagalan plaintif membekalkan barangan tersebut mengikut terma-terma perjanjian.
[4] Permohonan defendan pertama untuk mendapatkan penghakiman terus bagi tuntutan balasnya di bawah A 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ("KKMT 1980") telah ditolak pada awalnya oleh Penolong Kanan Pendaftar. Bagaimanapun, rayuannya telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi, dan plaintif telah diperintahkan membayar kepada defendan pertama wang sejumlah RM161,979.59 (disebut "penghakiman tersebut"), dan baki tuntutan balasnya akan dibicarakan bersama-sama dengan tuntutan plaintif. Permohonan plaintif untuk penggantungan perlaksanaan penghakiman itu telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi, dan rayuannya ke mahkamah ini juga telah ditolak.
Notis Statutori Dan Permohonan Injunksi
[5] Melalui notis statutori bertarikh 7 November 2007 yang dikeluarkan di bawah s 218 Akta Syarikat 1965 ("Akta"), defendan pertama telah menuntut daripada plaintif wang pokok sebanyak RM161,979.59 berserta dengan faedah sebanyak RM48,593.89, menurut penghakiman tersebut. Plaintif telah mengabaikan atau gagal mematuhi tuntutan itu, tetapi sebaliknya telah memfailkan saman pemula sekarang ini memohon suatu injunksi menghalang defendan pertama daripada mengemukakan suatu petisyen penggulungan terhadapnya sehingga selesai perbicaraan tuntutannya terhadap defendan pertama atas alasan bahawa tuntutan silang plaintif dalam guaman yang sama jauh melebihi jumlah penghakiman tersebut.
[6] Hakim yang bijaksana tidak menafikan bahawa defendan pertama telah memperolehi suatu penghakiman muktamad yang boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu selesainya tuntutan plaintif terhadap defendan pertama. Beliau juga tidak mempertikaikan bahawa responden bertanggungan untuk membayar jumlah penghakiman tersebut apabila diminta, dan notis statutori di bawah s 218 Akta boleh disampaikan kepada plaintif jika ia gagal atau enggan membuat bayaran yang dituntut itu. Namun demikian, Hakim yang bijaksana telah membenarkan tuntutan plaintif untuk mendapat
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.