ABU SAMAH NORDIN, AZHAR MAAH, CLEMENT SKINNER
KAMARIAH ALI & ANOR – Appellant
Versus
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU & ORS – Respondent
| Table of Content |
|---|
| 1. plaintiffs' rights under article 11(1) of the constitution (Para 1 , 2 , 4 , 5 , 6) |
| 2. jurisdiction is exclusive to the syariah court for apostasy matters (Para 3 , 7 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 3. issues of apostasy jurisdiction raised by plaintiffs (Para 8 , 9 , 10) |
Azhar Maah JCA:
(1) This is an appeal against the decision of Raus Sharif J (as he then was) who on 30 December 2005 dismissed the plaintiffs applications vide originating summons (lampiran 1) and summons-in-chambers (lampiran 3) both dated 15 August 2005.
(2) By the originating summons, the plaintiffs seek the following orders:
(i) deklarasi bahawa plaintif pertama dan plaintif kedua mempunyai hak yang mutlak dan bebas di bawah Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih sama ada untuk menganuti mana-mana agama dan, jika ia, untuk menganuti (profess) dan mengamalkan (practise) agama pilihan mereka sendiri;
(ii) deklarasi bahawa hak mutlak dan kebebasan plaintif pertama dan plaintif kedua di bawah Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih sama ada untuk menganuti mana-mana agama dan, jika ia, untuk menganuti (profess) dan mengamal (practise) agama pilihan mereka sendiri dan agama yang dianuti (professed) dan diamalkan (practised) oleh plaintif pertama dan plaintif kedua adalah ditentukan oleh plaintif pertama dan plaintif kedua sendiri dan bukan oleh atau tertakluk kepada pengisytiharan dan/atau pengesahan mana-mana pihak yang lain;
(iii) deklarasi bahawa Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan mempunyai keutamaan ke atas dan akan mengatasi mana-mana undang-undang persekutuan atau enakmen-enakmen negeri berkenaan dengan perkara pengakuan dan pengamalan agama pilihan plaintif pertama dan plaintif kedua;
(iv) deklarasi bahawa peruntukan-peruntukan dalam mana-mana undang-undang persekutuan atau enakmen-enakmen negeri atau mana-mana peraturan-peraturan termasuk tetapi tidak terhad kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, yang tidak mengiktirafkan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan atau adalah bertentangan dengannya, adalah tidak sah;
(v) deklarasi bahawa memandangkan plaintif pertama dan plaintif kedua telah menguatkuasakan hak mutlak mereka di bawah Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih sama ada untuk menganuti mana-mana agama dan, jika ia, untuk menganuti (profess) dan mengamalkan (practise) agama pilihan mereka sendiri dengan mengisytiharkan diri mereka tidak lagi menganuti (profess) dan mengamal (practise) agama Islam, mana-mana undang-undang persekutuan dan enakmen-enakmen negeri berkenaan dengan agama Islam termasuk tetapi tidak terhad kepada Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 adalah tidak terpakai terhadap plaintif pertama dan plaintif kedua;
(vi) deklarasi bahawa peruntukan dalam apa jua undang-undang persekutuan dan enakmen-enakmen negeri, sekiranya ada, yang kononnya memberi kuasa atau bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan sama ada plaintif pertama dan plaintif kedua telah keluar dari agama Islam atau mengkehendaki suatu deklarasi dari Mahkamah Syariah sebagai pra-syarat sebelum plaintif pertama dan plaintif kedua dapat atau dianggap telah keluar dari agama Islam adalah bertentangan dengan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan ;
(vii) deklarasi bahawa peruntukan-peruntukan dalam mana-mana undang-undang persekutuan atau enakmen-enakmen negeri atau mana-mana peraturan-peraturan yang menyekat atau melarang atau yang mengenakan syarat-syarat terhadap dan ke atas hak mutlak plaintif pertama dan plaintif kedua sendiri untuk memilih sama ada untuk menganuti mana-mana agama dan, jika ia, untuk menganuti (profess) dan mengamalkan (practise) agama pilihan mereka sendiri dan selaras hak tersebut, untuk mengisytiharkan diri mereka tidak lagi menganuti (profess) dan mengamal (practise) agama Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 11(1) dan adalah tidak sah;
(viii) deklarasi bahawa defendan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.