2011 MarsdenLR 3338
MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR
HAMZAH RAMLI LWN. AZIZ BAHARI & SATU LAGI
[Saman No: 53-140-2011]
The burden of proof for damages lies on the plaintiff, and claims for special damages must be substantiated with adequate evidence.
Headnote:(A) Principles of Negligence - Liability in tort - The burden of proof lies on the plaintiff on the balance of probabilities - Court found that the accident was inevitable and not due to the defendant's negligence. (Paras 11, 12, 13)
(B) Special damages must be proven - Plaintiffs must provide evidence for claims of special damages; mere assertions are insufficient. (Paras 18, 20)
Facts of the case:
The plaintiff claimed general and special damages following a road accident involving a motorcycle and a car on 17 October 2009. The plaintiff alleged that the defendant's car collided with the motorcycle, causing injuries. The plaintiff's failure to report the accident quickly and lack of evidence from employer affected the case.
Findings of Court:
The court dismissed the plaintiff's claim, ruling that the accident was not caused by the defendant's negligence and that special damages were unproven.
Issues: The main issues were whether the defendant was negligent and the adequacy of proof for special damages.
Ratio Decidendi: The court established that the defendant's version of events was unchallenged, thus supporting the conclusion of an inevitable accident. Moreover, it emphasized the necessity for the plaintiff to substantiate claims for special damages with sufficient evidence.
Result: Plaintiff’s claim dismissed with costs.
| Table of Content |
|---|
| 1. accident details and witness accounts. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10) |
| 2. court's findings and reasoning. (Para 11 , 12 , 13) |
| 3. compensation awarded for injuries. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 23) |
| 4. proof requirement for special damages. (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 22) |
A. Tuntutan
[1] Tuntutan plaintif adalah bagi gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos terhadap defendan. Tuntutan ini adalah akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 17 Oktober 2009 di antara motorsikal plaintif No KBV 2014 dan motorkar defendan No WKG 9428.
B. Liabiliti
[2] Terdapat dua versi keterangan bagaimana kemalangan ini mungkin berlaku.
C. Versi Plaintif
[3] Menurut plaintif, pada tarikh kejadian apabila beliau menunggang motorsikal dari Kayu Hitam ke Jitra, tiba-tiba motorkar defendan yang datang dari arah belakang memotong beliau dan tergesel pada padal minyak sebelah kanan dan juga cermin sisi sebelah kanan yang menyebabkan plaintif tidak dapat mengawal motorsikal lalu jatuh di atas lebuhraya.
[4] Laporan polis dibuat lebih kurang dua bulan selepas kejadian iaitu pada 14 Disember 2009.
[5] Laporan polis plaintif ditandakan P3.
[6] Ketika diperiksa balas, plaintif memberi keterangan tidak buat laporan polis cepat sebab terlantar di hospital selama 22 hari.
[7] Mengikut pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini, tidak menyiasat pemandu motorkar dan juga gambar motorkar tidak dirakam.
D. Versi Defendan
[8] Defendan telah memberi keterangan apabila sampai ke tempat kejadian, beliau hendak memotong motorsikal plaintif, tiba-tiba sebuah motorvan dari arah belakang telah memotong dan menghimpit motorkar beliau. Motorkar beliau telah bergesel dengan motorsikal plaintif dan kemalangan berlaku.
[9] Laporan polis defendan ditandakan D8.
[10] Defendan tidak diperiksa balas.
E. Keputusan Kes
[11] Setelah mengambilkira keterangan yang sedia ada, maka mahkamah memutuskan tuntutan plaintif terhadap defendan ditolak dengan kos.
[12] Di bawah prinsip undang-undang sivil, beban pembuktian kes adalah pada plaintif di atas imbangan kebarangkalian.
[13] Di dalam kes di hadapan mahkamah yang mulia ini, setelah mengkaji keterangan senyap dan versi keterangan saksi, mahkamah mencapai keputusan berdasarkan sebab-sebab berikut: Sebab-musabab keputusan adalah seperti berikut:
(1) Di dalam kes di hadapan mahkamah yang mulia ini, adalah tertera kemalangan yang berlaku adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielak oleh defendan. Ini jelas dari versi keterangan defendan yang tidak tercabar.
(2) Fakta kemalangan yang mustahil dielak telah diplid oleh defendan di perenggan 6 penyata pembelaan.
(3) Keterangan defendan langsung tidak dicabar oleh pihak plaintif.
(4) Justeru itu adalah terbukti kemalangan ini bukan diakibatkan oleh kecuaian defendan tetapi termaktub di bawah kes-kes inevitable accident.
Kuantum (Atas Dasar Liabiliti 100%)
Gantirugi Am
Plaintif
[14] Closed fracture proximal third of the right tibia and segmental fracture of the right fibula
Award yang dibenarkan - RM22,000.00.
[15] Fracture of the right medial malleolus
Award yang dibenarkan - RM15,000.00.
[16] Multiple scars and lacerations
Award yang dibenarkan - RM5,000.00.
[17] 10% tolakan dibuat bagi tindihan di mana kecederaan bertumpu di bahagian badan yang sama. Tolakan belum dibuat.
Gantirugi Khas
Kehilangan Pendapatan
[18] Adalah undang-undang sivil yang tertera bagi sebarang tuntutan bagi gantirugi khas, ianya mesti dibuktikan.
[19] Di dalam kes di hadapan mahkamah yang mulia ini, plaintif gagal membuktikan tuntutan bagi kehilangan pendapatan.
[20] Prinsip asas berhubung dengan gantirugi khas adalah dinyatakan dalam kes Jasi Alam v. Nohya b Mustar & Anor, , di mana diputuskan: in Lee Sau Kong v. Leoe Cheng Chang ; [1961] MLJ 17, the Court of Appeal quoted with approval the judgment of Lord Goddard in Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel as follows: Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damages; it is not enough to write down the