SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 1428

MAHKAMAH SESYEN SELAYANG
MASTURA MOHAMED ARIF LWN. TETUAN ASPIRASI MAJUMAS SDN BHD & YANG LAIN
[No Guaman Sivil: BD-A52NCVC-27-09/2022]



Petitioner Advocates:Mohd Sahrilnizam Mohd Amin ,Respondent Advocate: Datuk Ahmad Musthafi Mohamad,Noor Amalina Mursiedy,Nurul Fatihah Mohamad Arof

Defendan Pertama dan Kedua gagal menjalankan kewajipan berjaga-jaga dalam pembinaan, menyebabkan kecacatan yang membenarkan Plaintif menuntut ganti rugi dan menamatkan kontrak.

Headnote:(A) Akta Undang-Undang Sivil 1956 - Seksyen 11 - Kecuaian dalam pembinaan - Mahkamah mendapati Plaintif telah membuktikan kecuaian Defendan Pertama sebagai kontraktor dan Defendan Kedua serta Ketiga sebagai peguam pemegang amanah - Tuntutan Plaintif bagi ganti rugi am dan khas dibenarkan - Tuntutan balas Defendan ditolak. (Paras 43, 117)

(B) Kewajipan Berjaga-jaga - Defendan Pertama dan Defendan Kedua mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif dan gagal memenuhi tanggungjawab tersebut. (Paras 49, 59)

(C) Kekecewaan Kontrak - Perjanjian Pembinaan dianggap terkecewa akibat kecacatan yang tidak dapat diperbaiki, membolehkan Plaintif menamatkan kontrak. (Paras 107, 116)

(D) Faedah - Faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah yang dibenarkan dari tarikh Pernyataan Tuntutan sehingga penyelesaian penuh. (Paras 117)

PENGHAKIMAN

Nor Rajiah Mat Zin HMS:

Pendahuluan

[1] Kes telah dibicarakan di mana Plaintif telah mengemukakan tiga (3) orang saksi. Defendan-Defendan mengemukakan dua (2) orang saksi.

[2] Setelah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi Plaintif dan semua saksi Defendan-Defendan serta meneliti semua eksibit dan hujahan pihak-pihak bersama otoriti yang dikemukakan, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, pada 27 Mac 2024, Mahkamah membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif di perenggan 46 Pernyataan Tuntutan seperti berikut:

a. Sejumlah RM80,000.00 dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif iaitu jumlah bayaran pertama dan bayaran kedua masing-masing pada kadar 10% pembiayaan LPPSA;

b. Sejumlah RM100,000.00 dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif sebagai ganti rugi khas; (Ditolak)

c. Sejumlah RM20,000.00 dibayar oleh Defendan Pertama sebagai ganti rugi am;

d. Sejumlah RM1,500.00 dibayar oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga kepada Plaintif iaitu jumlah bayaran yuran guaman secara peribadi daripada Plaintif;

e. Faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah di perenggan (a), (b) dan (c) bagi Defendan Pertama dan perenggan (d) bagi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang dikira dari tarikh Pernyataan Tuntutan yang dikeluarkan oleh Plaintif (ie 23 Jun 2022) sehingga ke tarikh Penghakiman bagi Tindakan ini diisytiharkan sebagaimana diperuntukkan oleh s 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956 ; (Ditolak)

f. Faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah di perenggan (a) dan (c) bagi Defendan Pertama dan perenggan (d) bagi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang dikira dari tarikh penghakiman bagi Tindakan ini ke tarikh penyelesaian penuh;

g. Kos guaman mengikut skala menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Atas imbangan kebarangkalian juga, Mahkamah mendapati bahawa Defendan Pertama telah gagal membuktikan Tuntutan Balas terhadap Plaintif. Oleh itu, Tuntutan Balas Defendan Pertama ditolak dengan kos mengikut skala menurut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 berdasarkan jumlah amaun Tuntutan Balas.

[3] Defendan-Defendan tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini.

Fakta Ringkas

[4] Plaintif dan Defendan Pertama telah menandatangani satu Perjanjian Pembinaan bertarikh 18 Februari 2021 ("Perjanjian tersebut").

[5] Defendan Kedua dan Defendan Ketiga merupakan Peguam Pemegang Taruh yang telah dilantik mewakili Plaintif dan telah menyediakan serta menurunkan tandatangan sebagai saksi kepada Perjanjian tersebut.

[6] Perjanjian tersebut adalah berkenaan projek membina dan menyiapkan sebuah Banglo di atas sebidang tanah milik Plaintif dengan butiran No HS (M) 17256, No PT 33920, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Negeri Selangor ("Pembinaan tersebut").

[7] Defendan Pertama telah dilantik sebagai Kontraktor untuk projek Pembinaan tersebut dan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga selaku Peguam Pemegang Taruh yang mewakili Plaintif dalam projek Pembinaan tersebut.

[8] Pada setiap masa yang material, Defendan-Defendan mempunyai kewajipan menjaga ("duty of care") terhadap Plaintif melalui projek Pembinaan tersebut dan/atau mengikut terma-terma Perjanjian tersebut yang mengikat.

[9] Melalui surat-surat Plaintif kepada Defendan-Defendan secara peribadi dan/atau melalui peguam cara, Plaintif telah mengambil langkah-langkah wajar untuk berkomunikasi secara baik dengan Defendan-Defendan mengenai status Pembinaan tersebut.

[10] Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan Pertama mengenai isu struktur bangunan yang dibina oleh Defendan Pertama adalah dalam keadaan menyerong. Plaintif turut menyatakan kekhuatiran jika isu Pembinaan tersebut yang tidak menepati pelan kelulusan, ia akan memberi kesan terhadap permohonan kelulusan "Certificate of Completion and Compliance" ("Sijil CCC") dan mengakibatkan penambahan kos yang tinggi.

[11] Walau bagaimanapun, Defendan Pertama melalui surat balasan memaklumkan b





















Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top