SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 1000

MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR
PENDAKWA RAYA LWN. SHAH ERWAN KASA @ MANSOR & SATU LAGI
[Kes Jenayah No: KA-61R-12-10/2021]



Petitioner Advocates:Rehab Abdul Shukur ,Respondent Advocate: Mohd Khairul Hafizuddin Ramli,Siti Salwa Jaafar,Illyana Syafiqa Saad

Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaan, menyebabkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 - Seksyen 17(a) dan 24(1) - Kanun Keseksaan - Seksyen 165 - Tertuduh dituduh menerima suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang. Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. (Paras 3, 21, 28)

(B) Pembuktian Kes Prima Facie - Mahkamah menegaskan bahawa pihak Pendakwaan perlu membuktikan semua elemen pertuduhan sebelum tertuduh dipanggil untuk membela diri. Kegagalan membuktikan elemen penting menyebabkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. (Paras 11, 29)

Facts of the case:
Tertuduh dituduh menerima suapan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu yang disyaki berkhalwat. Mahkamah mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan tersebut.

Findings of Court:
Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu tertuduh dilepaskan dan dibebaskan.

Issues: Apakah pihak Pendakwaan telah membuktikan semua elemen pertuduhan di bawah Akta SPRM dan Kanun Keseksaan?

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan membuktikan elemen penting dalam kes Pendakwaan menyebabkan keputusan untuk melepaskan tertuduh adalah wajar.

Result: OKT 1 dan OKT 2 dilepaskan dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan.

PENGHAKIMAN

Priscilla Hemamalini Nadarajan HMS:

[1] Orang kena tuduh pertama dan kedua (selepas ini dirujuk sebagai OKT 1 dan OKT 2) telah dituduh dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (selepas ini dirujuk sebagai Akta SPRM) seperti berikut:

Pertuduhan Pertama:

"Bahawa kamu, bersama pada 26 Mei 2017, jam lebih kurang 0030 hrs, bertempat di Jalan Lagenda 3, Sungai Petani, dalam daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, dengan niat bersama telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM300.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (930522-02-5039) sebagai dorongan untuk kamu tidak melakukan suatu perkara yang berhubung dengan hal ehwal principal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Muhammad Faidhi Bin Parinordin dan Nuratikah Asyikin Binti Azlisham yang disyaki berkhalwat di dalam kereta dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan ."

Pertuduhan Kedua:

"Bahawa kamu, bersama pada 12 Jun 2017, jam lebih kurang antara 2100 hingga 2130 hrs, bertempat di tepi tasik, Jalan Persiaran Perdana Height, Lot 88 dalam daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, dengan niat bersama telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM200.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (930522-02-5039) sebagai dorongan untuk kamu tidak melakukan suatu perkara yang berhubung dengan hal ehwal principal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Muhammad Faidhi Bin Parinordin dan Nuratikah Asyikin Binti Azlisham yang disyaki berkhalwat di dalam kereta dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan ."

Hukuman yang diperuntukkan dibawah s 24(1) Akta SPRM adalah jika disabitkan dengan kesalahan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

[2] Setelah sepuluh (10) orang saksi Pendakwaan selesai memberi keterangan, pihak Pendakwaan telah mengemukakan dua (2) pertuduhan pilihan bagi setiap pertuduhan asal. Pertuduhan-pertuduhan pilihan adalah seperti berikut:

Pertuduhan Pilihan Pertama:

"...Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Mei 2017 jam lebih kurang 1230 pagi bertempat di Jalan Lagenda 3, Sungai Petani, dalam Daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang penjawat awam, iaitu yang berpangkat Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah telah menerima untuk diri kamu suatu barang berharga dengan tiada balasan sebagai satu dorongan, iaitu wang tunai sejumlah RM300.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (No K/P: 930522-02-5039), yang mana kamu mengetahui bahawa Muhammad Faidhi Bin Parinordin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu pada ketika itu, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Kanun yang sama dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan ..."

Pertuduhan Pilihan Kedua:

"...Bahawa kamu bersama-sama pada 12 Jun 2017 pada sebelah malam bertempat di tepi tasik, Jalan Persiaran Perdana Height, Lot 88 dalam Daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang penjawat awam, ia



Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top