SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 164

MAHKAMAH PERUSAHAAN IPOH
NOORAIDA HALIP LWN. AM GENERAL INSURANCE BERHAD
Award No: 411 Tahun 2022 [Kes No: 10/4-166/20]



Petitioner Advocates:Mohamad Asri Othman ,Respondent Advocate: Suganthi Singam

Prinsip Res Judicata menghalang pemohon daripada mengulang tuntutan yang telah ditolak, membuktikan pentingnya proses keadilan dan prosedur yang adil dalam litigasi.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Pembuangan kerja – Permohonan pihak penuntut untuk menambah tuntutan telah dibantah oleh pihak syarikat, menolak atas alasan bahawa ianya adalah percubaan kedua untuk mendakwa tuntutan yang sama dan tidak memberikan keterangan baru – Mahkamah menekankan hukum prinsip Res Judicata dan mengarahkan bahawa permohonan tidak boleh diterima kerana melanggar prinsip ini. (Paras 14, 18)

(B) Pembekalan Kuasa dan Budi Bicara Mahkamah – Mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan pindaan dalam pernyataan tuntutan, tetapi keputusan untuk membenarkan pindaan perlu dilakukan dengan berhati-hati dan tidak mendatangkan ketidakadilan kepada pihak lain. (Paras 9, 10)

Facts of the case: Kes ini melibatkan permohonan oleh PYM untuk meminda tuntutan setelah menutup kes pihak Syarikat; pihak Syarikat membantah permohonan tersebut atas alasan kes sama telah ditolak sebelumnya.

Findings of Court: Mahkamah menolak permohonan tanpa penangguhan yang tidak munasabah dan menyatakan prinsip Res Judicata terpakai.

Issues: Adakah permohonan untuk menambah tuntutan yang sama boleh diterima setelah keputusan sebelum ini telah dibuat?

Ratio Decidendi: Prinsip Res Judicata menghalang pemohon daripada mengemukakan permohonan yang sama setelah keputusan telah dibuat; keputusan dibuat berdasarkan keadilan, budi bicara, dan merit kes.

Result: Notis Permohonan Pihak Yang Menuntut dalam Lampiran 56A ditolak.

AWARD

Zulhemy Hasan:

(Notis Permohonan Pihak Yang Menuntut: Lampiran 56A)

Rujukan

[1]Ini adalah satu rujukan oleh Y.B Menteri Sumber Manusia bertarikh 18 Disember 2019 yang diterima oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia pada 2 Januari 2020 di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Nooraida Binti Halip (selepas ini dirujuk sebagai "PYM") oleh Am General Insurance Berhad (selepas ini dirujuk sebagai "pihak Syarikat") pada 9 Julai 2019.

Latar Belakang Kes

[2] Perbicaraan penuh dalam kes ini telah dimulakan pendengaran di hadapan Y.A. Tuan Mohd Zulbahrin Bin Zainuddin pada 20 Mei 2021 sehingga kesemua empat orang saksi pihak Syarikat telah dipanggil memberikan keterangan dan pihak Syarikat telahpun menutup kesnya pada tarikh yang sama.

[3] Atas perintah Y.A. Yang Di-Pertua Mahkamah Perusahaan Malaysia telah mengarahkan kes ini disambung perbicaraan di hadapan Y.A. Tuan Zulhelmy Bin Hasan apabila Y.A. Tuan Pengerusi terdahulu telah bertukar ke Mahkamah Perusahaan Malaysia di Kuala Lumpur mulai 2 Disember 2021.

[4] Pada tarikh sambung bicara pada 31 Januari 2022, sebelum PYM memulakan kesnya, peguamcara PYM telah menyatakan hasrat untuk memfailkan satu Notis Permohonan untuk menambahkan tuntutan PYM seperti mana dalam Notis Permohonan (Lampiran 56A) bertarikh 11 Februari 2022 yang telah ditetapkan tarikh pendengaran pada 28 Februari 2022 iaitu:

"a) Bahawa Claimant dibenarkan menambahkan Permohonan dengan melebihkan tuntutan iaitu The Claimant be reinstated to her former position in the company without loss of benefits monetary or otherwise."

b) Apa-apa arahan yang difikir suai dan manfaat oleh Mahkamah yang mulia ini."

[5] Peguamcara pihak Syarikat telah membantah terhadap keseluruhan Notis Permohonan (Lampiran 56A). Setelah pendengaran Notis Permohonan (Lampiran 56A) tersebut didengar, pihak-pihak juga telah memfailkan kertas kausa dan Ikatan Dokumen untuk penilaian dan pertimbangan Mahkamah untuk menyediakan Interim Award dengan merujuk kepada:

i) Notis Permohonan PYM (Lampiran 56A) dan Affidavit Sokongan bertarikh 4 Februari 2022;

ii) Affidavit Jawapan pihak Syarikat bertarikh 8 Februari 2022;

iii) Affidavit Jawapan PYM bertarikh 9 Mac 2022;

iv) Hujahan Ringkas PYM bertarikh 11 Mac 2022; dan

v) Hujahan Bertulis pihak Syarikat bertarikh 21 Februari 2022.

Alasan Permohonan PYM (Lampiran 56A)

[6] Permohonan adalah untuk menambah prayer dalam tuntutan yang tidak melibatkan pindaan Pernyataan Tuntutan dan tidak melibatkan apa-apa keterangan baharu atau tambahan daripada mana-mana saksi pihak Syarikat. Permohonan ini tidak memprejudiskan pihak Syarikat walaupun pihak Syarikat telah menutup kesnya, dan ianya hanya untuk melengkapkan sahaja prayer dalam tuntutan PYM.

[7] Mahkamah mempunyai bidang kuasa dan budi bicara yang luas berdasarkan "good conscience" dan "equity" yang tidak terikat dengan peraturan yang ketat yang mana dalam permohonan ini tidak mengubah bentuk tuntutan PYM dalam kes ini. Penambahan prayer yang dipohon adalah merangkumi dalam prayer yang memberi kuasa atas budi bicara Mahkamah memperluaskan award.

[8] Pada 1 Disember 2021, Y.A. Tuan Pengerusi terdahulu telah memperturunkan Interim Award menolak keseluruhan permohonan PYM, walaupun peguamcara pihak Syarkat tidak membantah pindaan bagi perenggan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Pindaan ini telah dibenarkan oleh Mahkamah ini semasa perbicaraan pada 20 Mei 2021 apabila permohonan secara lisan dibuat.

Undang-Undang Berkaitan Permohonan Meminda Pernyataan Tuntutan/ Pliding

[9] Seperti mana prinsip yang terkandung dalam kes Yamaha Motor Co Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors, ; [1983] CLJ (Rep) 428, telah menyatakan berikut:

"Under O 20 of the Rules of the High 1980, which is equivalent to O 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially [see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine, [1963] 1 MLJ 248. The general principle is that the Court will allow such amendments


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top