MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
CITIBANK BERHAD LWN. TITIK JUTA SDN BHD
[Guaman No: S7-24-1582-2006]
ALASAN PENGHAKIMAN
Latar Belakang kes:
Pihak Defendan telah melaksanakan dua cagaran di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (selepas ini disebut "Kanun") atas kepentingan pihak Plaintif ke atas tanah di bawah hakmilik PN 2236 Lot 101 Bandar Kuala Lumpur, sepertimana Eksibit CB1(Afidavit Sokongan Plaintif-Lamp 2 (ASP- 2) untuk Cagaran Pertama dan Eksibit CB-2 (ASP-2) Untuk Cagaran Kedua.
Cagaran-cagaran tersebut adalah untuk jaminan bagi kemudahan yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan dan Unis Far East Sdn. Bhd. seperti berikut:-
a) Pinjaman Berjangka sebanyak RM3,600,000.00 kepada Defendan dan;
b) Pinjaman Berjangka sebanyak RM2,914,000.00 kepada Unis Far East Sdn Bhd.
Surat Tawaran kepada kedua-dua peminjam ke atas kemudahan seperti mana Eksibit CB-6 (Afidavit Balasan Plaintif-1-Lamp. 6 (ABP-1) dan Perjanjian Kemudahan antara Plaintif dan Defendan Eksibit CB-10 (ABP-1).
Jumlah yang terhutang di bawah cagaran adalah perlu dibayar oleh Defendan atas tuntutan oleh Plaintif seperti mana di section 3.01 cagaran-cagaran (Covenant to Pay) di mukasurat 10 dan 39 (CB1 dan CB2).
Pihak peminjam telah gagal untuk membayar ke atas kemudahan tersebut oleh Plaintif melalui surat-surat bertarikh 30.5.2006 dan 15.6.2006 (seperti mana Eksibit BC-3 (ASP-2) telah menuntut bayaran yang tertangguh di bawah cagaran tersebut. Defendan telah gagal untuk memulihkan pemecahan Perjanjian Kemudahan di dalam Borang 16D. Pemecahan tersebut berterusan dan Plaintif telah memulakan tindakan ini untuk Arahan Jualan Tanah Tercagar tersebut sebagai jaminan untuk bayaran balik ke atas kemudahan-kemudahan tersebut.
Bantahan-bantahan Defendan:
1. Ketidakbolehterimaan Penyata Akaun Pinjaman (Eksibit CBS - dan CB5A) yang berlawanan dengan Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 atas alasan keterangan cetakan melalui komputer perlu keterangan secara lisan perlu pada keterangan saksi memandangkan Penyata Akaun tersebut tidak bertandatangan. Defendan berlandaskan kes-kes berikut Gunasegaran a/l Pararajasingam v. PP, [1997] 3 MLJ 1, PP v. Ong Cheng Heong; [1998] 6 MLJ 678; [1998] 4 CLJ 209, Bank Utama (M) Bhd v. Cascade Travel & Tours Sdn Bhd; [2000] 4 MLJ 582; [2000] 4 CLJ 457 dan Hong Leong Finance Bhd. v. Travers Development Sdn Bhd; [2001] 5 MLJ 268; [2001] 1 CLJ 123.
2. Ketidakpatuhan Aturan 83 kaedah 3(3), (6) dan (7) KMT 1980 , bahawa Plaintif diwajibkan untuk memberi faedah atau jumlah tertunggak untuk pembayaran balik pada tarikh Saman Pemula difailkan. Defendan menegaskan tidak terdapat di dalam Afidavit Sokongan serta Saman Pemula pernyataan berkenaan butir-butir ini. Begitu juga dengan peruntukkan di bawah kaedah 3(7) Plaintif diwajibkan memberi butir-butir faedah sehari. Hujahan Defendan adalah berlandaskan kes-kes berikut:-
a) Low Lee Lian v. Bank Hin Lee Bank Bhd, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut;-
"A Judge hearing an application under s 256 must bear in mind that the procedure under the section is meant to be speedy and summary in nature. He is first concerned with whether the chargee has given the appropriate statutory notices as stipulated in the Code. Next, he must ensure that the procedural requirements presctibed by O. 83 of the Rules of the High 1980 have been complied with. Next he is concerned with the very narrow question whether the material produced before him by the charger constitutes cause to the contrary. In this last respect, if he is satisfied, on a fareful and an objective assessmentof the factual material made available to him, that the charger has shown cause to the contrary in the sense we have discussed earlier in this judgment, he will refuse an order for sale"
b) Asia Commercial Finance (M) Bhd v. Kimden Housing Development Sdn Bhd, [1993] 1 MLJ 283 diputuskan:-
"I am in full agreement with Mr. Justice Razak's Malayan Banking Bhd. lwn Dagang Bina Sdn. Bhd., [1991] 1 MLJ 347 where an order for sale in a foreclosure proceeding was not allowed due to the failure of the Plaintiff bank in complying with o 83 r. 3(3) of the Rules of the Hi
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.