2024 MarsdenLR 3357
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN
SITI NORMA MOHAMED HUSSEIN LWN. MOHD NORAZIAN NORDIN
[Kes Mal No: 05200-017-0356-2016]
Mahkamah memutuskan bahawa persetujuan tidak rasmi tidak mengikat dan Plaintif berhak menuntut harta sepencarian, dengan pembahagian ditentukan berdasarkan sumbangan masing-masing.
Headnote:(A) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 - Seksyen 122(3) dan (4) - Harta sepencarian - Plaintif berhak menuntut harta sepencarian walaupun terdapat persetujuan tidak rasmi untuk tidak menuntut rumah tersebut - Mahkamah memutuskan pembahagian harta tak alih kepada 65% kepada Plaintif dan 35% kepada Defendan. (Paras 14, 46, 47)
(B) Harta sepencarian - Sumbangan langsung dan tidak langsung - Mahkamah menegaskan bahawa sumbangan dalam tempoh perkahwinan perlu dibuktikan untuk menentukan kadar pembahagian. (Paras 21, 22, 25, 42)
Facts of the case:
Kes ini melibatkan tuntutan harta sepencarian oleh bekas isteri terhadap bekas suami setelah perceraian tanpa perintah harta sepencarian. (Paras 2-6)
Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa harta tak alih dan harta alih adalah harta sepencarian dan menetapkan pembahagian berdasarkan sumbangan masing-masing. (Paras 45-47)
Issues: 1) Adakah Plaintif layak menuntut harta sepencarian? 2) Jika ya, berapa bahagian yang wajar diperoleh oleh Plaintif? (Paras 14)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa persetujuan tidak rasmi tidak mengikat secara perundangan dan sumbangan perlu dibuktikan untuk menentukan pembahagian harta. (Paras 18, 22)
Result: Pembahagian harta ditetapkan kepada 65% untuk Plaintif dan 35% untuk Defendan.
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Ini adalah kes tuntutan untuk mendapatkan pengisytiharan dan pembahagian harta sepencarian.
Latar Belakang Fakta
[2] Plaintif dalam kes ini, Siti Norma Binti Ramli yang beralamat penyampaian di No.35, Jalan D'melia 3, Taman Bandar Senawang,70450 Senawang, Seremban, Negeri Sembilan merupakan bekas isteri kepada Defendan.
[3] Defendan, Mohd Norazizan Bin Nordin yang beralamat penyampaian di No. No.1002, Jalan Kedidi 3, Taman Paroi Jaya,70400 Seremban, Negeri Sembilan merupakan bekas suami kepada Plaintif.
[4] Plaintif dan Defendan ini telah berkahwin pada 14 Oktober 2004 dan kemudiannya telah bercerai secara talaq rajie, kali pertama pada Januari 2016 dan kali ke dua pada 30 Mac 2016.
[5] Pasangan ini telah dikurniakan dengan 3 orang cahayamata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.
i. NDABMNA yang berumur 12 tahun
ii. MDHBMNA yang berumur 17 tahun
iii. NDABMNA yang berumur 18 tahun
[6] Semasa perintah perceraian tersebut dikeluarkan, tiada apa-apa perintah harta sepencarian dibuat oleh mana-mana Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia.
[7] Defendan di dalam Pembelaan dan Tuntutan Balas telah menimbulkan isu bahawa telah wujud suatu persetujuan antara Plaintif dan Defendan berkenaan harta sepencarian khususnya terhadap rumah tersebut yang beralamat di No. 1002, Jalan Kedidi 3, Taman Paroi Jaya, yang merupakan rumah kelamin antara Plaintif dan Defendan semasa perceraian direkodkan di hadapan Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah pada 31 Mac 2016.
[8] Harta-harta yang menjadi tuntutan Plaintif sebagai harta sepencarian di dalam kes ini, disentuh dalam perenggan 6, hujahan Plaintif adalah sepertimana berikut:-
Harta Tak Alih
| Bil. | Hartanah | Nilai Anggaran (RM) |
| 1 | Sebuah rumah teres setingkat yang beralamat di No. 1002, Jalan Kedidi 3, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan di bawah pegangan Geran No. hakmilik 123114, Lot No. 8559, Pekan Paroi Jaya (selepas ini disebut sebagai "rumah tersebut") sebanyak 80% daripada nilai keseluruhan di pasaran; | RM 90,000.00 |
| Jumlah | RM 90,000.00 |
Harta Alih
| Bil. | Hartanah | Nilai Anggaran (RM) |
| 2 | Harta-harta yang dibeli di bawah Syarikat bersama iaitu D Icha Enterprise yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia secara perkongsian yang menjalankan perniagaan antara lain sewa kanopi dan catering, menternak, membeli dan menjual lembu, andaman pengantin dan jurufoto. Harta-harta tersebut adalah;
2.1 10 set khemah Arabian Canopy berserta 36 set meja, 240 buah kerusi, barang-barang hiasan khemah dengan nilai anggaran RM25,000.00, sebanyak 100% atau keseluruhan bahagian. 2.2 Sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Truck FE657F6RDGI, nombor pendaftaran NAT 7773 sebanyak 50% atau 1/2 bahagian. 2.3 Sebuah kamera DSLR Nikon D7000 berserta aksesori dengan nilai keseluruhan RM8000.00 sebanyak 50% atau 1/2 bahagian. 2.4 Peralatan dan perbelanjaan perniagaan Sate Willy termasuk set pembakar, freezer, peralatan dapur dan khemah kecil dengan anggaran nilai RM10,000.00 sebanyak 100% atau keseluruhan bahagian. | RM 25,000.00 Tidak Dinyatakan RM 8,000.00 RM 10,000.00 |
| Jumlah | RM 43,000.00 |
[9] Selain itu, Defendan juga membuat tuntutan balas terhadap harta-harta berikut, iaitu, Dua (2) set khemah "Arabian Canopy" diserahkan kepada Defendan, manakala baki 8 set khemah "Arabian Canopy" serta set meja kerusi dan perhiasan diserahkan kepada Plaintif, Sebuah Kamera DSLR D7000 diserahkan kepada Defendan. 1/2 bahagian ke atas nilai jualan kereta Honda stream nombor pendaftaran WXL 4781 dan 100% bahagian ke atas sebuah motorsikal jenis Novo LC Yamaha, nombor pendaftaran NCN 6050.
[10] Plaintif dalam pernyataan tuntutannya menuntut 80% daripada bahagian di dalam sebuah tanah dan rumah teres setingkat yang beralamat di No. 1002, Jalan Kedidi 3, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan yang dipegang dibawah Geran No. Hakmilik 123114, Lot No 8559, Pekan Paroi Jaya;
(selepas ini dirujuk sebagai "rumah tersebut")
[11] Defendan telah membuat Tuntutan Balas terhadap Plaintif iaitu seperti berikut tuntutan Plaintif terhadap