SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2078

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. HARNAESH SINGH AVTAR SINGH
[Perbicaraan Jenayah: WA-62D-617-10/2023]



Petitioner Advocates:Nor Aisyah Mohamed Zanyuin ,Respondent Advocate: Pramjit Singh

The court established that possession of drugs requires proof of control and knowledge, which the prosecution successfully demonstrated in this case.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 - Seksyen 6 dan 39A(2) - Tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan pemilikan dadah berbahaya jenis cannabis seberat 67.90 gram - Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie - Tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah - Hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan dijatuhkan. (Paras 1, 3, 48, 52)

(B) Prinsip Pemilikan - Pemilikan dadah memerlukan bukti kawalan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut - Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam begnya. (Paras 24, 28)

(C) Rantaian Keterangan - Rantaian keterangan barang kes tidak terputus dari saat rampasan hingga ke mahkamah - Keterangan saksi pendakwaan adalah mencukupi dan boleh dipercayai. (Paras 30, 46) Fakta Kes Pihak Pendakwaan: Tertuduh ditangkap pada 3 Oktober 2023 dengan pemilikan 67.90 gram cannabis di dalam begnya semasa pemeriksaan oleh pihak polis. (Paras 1, 6)

Findings of Court:
Pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah. (Paras 48)

Issues: Adakah tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai? (Paras 24, 28)

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai, serta rantaian keterangan adalah tidak terputus. (Paras 28, 30)

Result: Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun dan 10 kali sebatan.

PENGHAKIMAN

Izralizam Sanusi HMS:

Pendahuluan

[1] Harnaesh Singh a/l Avtar Singh, No K/P: 981109-14-5205 ("OKT") telah dituduh dengan pertuduhan pindaan seperti yang berikut:

"Bahawa kamu pada 3 Oktober 2023 jam 3.40 petang di kawasan lorong 3 Kampung Pandan Kuala Lumpur dalam Daerah Wangsa Maju dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu kamu berat 67.90 gram cannabis. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39A(2) akta yang sama."

[2] OKT tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut dan minta dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan pindaan tersebut dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri.

[3] Selepas dipanggil untuk membela diri, OKT telah memberikan keterangan bersumpah dan tiada saksi pembelaan lain yang dipanggil untuk memberikan keterangan. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah ini selanjutnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT tersebut melampaui keraguan yang munasabah dan OKT telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan pindaan di bawah s 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 .

[4] Setelah mendengar hujahan mitigasi dan hujahan pemberat hukuman, bagi pertuduhan pindaan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh 8 tahun dari tarikh tangkap dan juga hukuman 10 kali sebatan ke atas OKT. OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan telah merayu terhadap keputusan tersebut.

Fakta Kes Pihak Pendakwaan

[5] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi untuk membuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: Inspektor Zulaiha binti Ismail, penghantar barang kes (SP1); Inspektor Noor Khairul bin Abdul Rahim, pengadu (SP2); Ruhana Liyana binti Mohd Lawi, Ahli Kimia (SP3) dan Inspektor Noor Zulrina Ernira binti Abdul Rahman, Pegawai Penyiasat (SP4).

[6] Fakta kes adalah seperti berikut: Pada 3 Oktober 2023, lebih kurang jam 4:30 petang, SP2 bersama pasukannya telah menahan OKT di kawasan tepi jalan yang beralamat di Lorong 3, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Setelah pemeriksaan ke atas OKT dijalankan, SP2 telah menjumpai satu beg berwarna biru bertulis Adidas (ekshibit P3). SP2 telah memeriksa beg tersebut dan mendapati terdapat tujuh peket plastik lutsinar yang berisi ketulan mampat dan leraian dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja (ekshibit P6 [A hingga G]) pada bahagian tengah beg tersebut. Selain itu, SP2 juga telah menjumpai kad pengenalan yang tertera nama OKT (ekshibit P13) di dalam beg tersebut.

[7] Semasa pemeriksaan sedang dijalankan, secara tiba-tiba OKT cuba melarikan diri. Namun, OKT berjaya ditangkap setelah bergelut dengan anggota pasukan SP2. SP2 kemudiannya membuat tandaan 'N' dan mencatatkan tarikh ke atas barang-barang kes tersebut.

[8] Setelah SP2 menahan OKT dan merampas barang-barang kes tersebut, SP2 telah membawa OKT ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut. SP2 kemudiannya telah menimbang barang yang disyaki dadah tersebut dan anggaran berat ketika itu adalah 72.20 gram. SP2 juga telah menyediakan borang bongkar (ekshibit P12) dan telah membuat laporan polis (ekshibit P11) bagi melaporkan tentang tangkapan dan rampasan tersebut.

[9] SP2 kemudiannya telah menyerahkan OKT beserta barang-barang kes (ekshibit P3, P6, P13) dan juga borang bongkar (P12) kepada Inspektor Noor Zulrina Ernira binti Abdul Rahman (SP4) yang bertindak sebagai pegawai penyiasat. Pada 3 Oktober 2023, jam 11.45 malam, borang serah menyerah telah disediakan di antara SP2 dan SP4 (eskhibit P5).

[10] Ketika menerima 7 plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah tersebut, S


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top