SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2004 MarsdenLR 713

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR

MOHTARUDIN BAKI& NBSP; PK


CHAN WEY SIONG
versus
KETUA INSPEKTOR SJAFRIN OKTRIDAL SJOFJAN & SATU LAGI

GUAMAN SIVIL NO: S7-21-147-1996

Decided On : 02-10-04

Advocates:
Bagi pihak plaintif - Gobind Singh Deo; T/n Karpal Singh & Co
Bagi pihak defendan - Norliza Zulkifli

PENGHAKIMAN

Mohtarudin Baki PK:

Rayuan oleh plaintif terhadap keputusan mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos.

Isu yang perlu dibicarakan:

1. Samada tangkapan terhadap plaintif pada 25 Februari 1996 adalah salah disisi undang-undang.

2. Samada tahanan terhadap plaintif dari 25 Februari 1996 sehingga petang 27 Februari 1996 adalah salah disisi undang-undang.

3. Samada defendan kedua adalah bertanggungjawab secara vikarius untuk perkara di perenggan (1) dan (2) di sini.

4. Samada plaintif berhak kepada gantirugi teruk dan teladan dalam kes ini.

Fakta Kes

SP1 (plaintif) berserta dengan bapanya (SP2) dan adiknya (SP3) menjalankan perniagaan membaik pulih kereta-kereta, Soon Hin Motor Workshop.

Pada 30 Ogos 1995, SD3 memandu teksi dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. SD3 mendapat cedera dan dimasukkan ke hospital. SP2 telah menarik teksi itu balik ke woksyop beliau. Mengikut SP2 beliau berbuat demikian atas arahan seorang Sarjan Polis, tetapi Sarjan tersebut tidak dipanggil sebagai saksi pihak plaintif.

Apabila SD3 keluar dari hospital, beliau diberitahu teksi beliau berada di woksyop SP2. SD3 telah pergi untuk mengambil teksi tersebut tetapi beliau diminta membayar upah tarik dan simpan teksi tersebut lebih kurang RM450. SD3 tidak berpuas hati dengan bayaran yang tinggi tersebut dan penarikan teksi dibuat tanpa izin atau kebenarannya. Kemudian SD3 telah mendapati alat perakam/radio teksi beliau telah hilang. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh SD3 mengenai perkara ini.

Atas laporan polis SD3 (exh. D16) defendan pertama telah dilantik sebagai Pegawai Penyiasat. Defendan pertama telah pergi ke woksyop SP2 dan mendapati teksi tersebut telah dirantai kepada sebuah lori yang terletak bersebelahan. Apabila defendan pertama ingin membawa keluar teksi tersebut, beliau telah dihalang oleh plaintif. Plaintif telah meletakkan kereta beliau di pintu masuk/keluar woksyop tersebut, malah mengikut laporan polis plaintif sendiri. Plaintif telah mengambil gambar-gambar kejadian tersebut.

Untuk ini defendan pertama telah meminta plaintif untuk datang ke balai polis. Plaintif telah pergi ke balai polis dan percakapan (statements) telah diambil di bawah s. 112 Kanun Acara Jenayah.

Selepas kejadian ini defendan pertama telah membuat laporan polis (exh. D12), manakala plaintif telah membuat laporan polis (exh. P3).

Susulan dari laporan polis SD3 (exh. D13), SP2 dan SP3 (bapa dan adik kepada plaintif) telah ditangkap pada 19 September 1995 tetapi plaintif menurut defendan pertama tidak dapat ditangkap kerana melarikan diri.

Pada 25 Februari 1996, apabila plaintif berada di kawasan balai polis, dia telah ditangkap. Terdapat dua versi bagaimana plaintif ditangkap. Mengikut versi plaintif, dia ditangkap oleh defendan pertama. Manakala mengikut versi defendan, plaintif telah ditangkap oleh SD2 iaitu Det. L/Kpl Matius bin Tukad atas arahan defendan pertama.

Peguam plaintif telah berhujah secara panjang lebar tentang tangkapan dan peguam defendan menjawab tentang tangkapan tersebut.

Persoalannya sekarang bukan bagaimana tangkapan itu dibuat tetapi adakah tangkapan itu salah di sisi undang-undang. Adalah diakui oleh kedua-dua pihak bahawa tangkapan telah dibuat oleh atau atas arahan defendan pertama.

Kes plaintif adalah berasaskan kepada siasatan defendan pertama bermotifkan sakit hati kerana plaintif telah membuat beberapa laporan polis terhadap defendan pertama. Untuk ini peguam plaintif telah menyoal balas secara panjang lebar tentang siasatan defendan pertama terhadap plaintif yang akhirnya berakhir dengan tangkapan sebagai cara membalas dendam terhadap plaintif.

Bagaimana cara siasatan dijalankan oleh defendan pertama bukanlah untuk mahkamah mempersoalkannya kerana kertas siasatan adalah 'privilege' yang tidak boleh dikemukakan di mahkamah; tetapi mahkamah boleh meneliti samada niat jahat (mala fide) wujud atau tidak di dalam siasatan tersebut yang menjurus kepada tangkapan terhadap plaintif. Untuk itu, mahkamah perlu meneliti fakta-fakt

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top