SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2007 MarsdenLR 2760

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU

MOHD ZAWAWI SALLEH PK


PP
versus
ABD HALIM MARSIN

PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-66 & 70-2003 (3)

Decided On : 05-03-07

Advocates:
Bagi pihak tertuduh - Md Zahar Ngah; T/n Hazza & Md Zahar
Bagi pihak PP - Husmin Hussin; TPR

PENGHAKIMAN

Mohd Zawawi Salleh PK:

Latar Belakang

[1] Tertuduh, Abdul Halim bin Marsin ("OKT"), pada mulanya dipertuduh bersama-sama dengan dua orang yang lain, iaitu, Aliman bin Mujayin dan Noorheysham bin Ismail dalam MT(3) 45-70-2003 dengan berniat bersama mengedarkan dadah berbahaya, iaitu 4,929.5 gram cannabis, suatu kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama s. 34 Kanun Keseksaan yang dikatakan telah dilakukan pada 22 Oktober 2002, lebih kurang jam 2.30 petang di Kilometer 20, Jalan Kota Tinggi - Kulai, Kota Tinggi, Johor.

[2] Walau bagaimanapun, pada 22 March 2007, apabila kes ini mula dibicarakan, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana, Encik Husmin bin Hussin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah diarahkan oleh Pendakwa Raya untuk menarik balik pertuduhan terhadap Aliman bin Mujayin dan Noorheysham bin Ismail. (Dalam kes MT(3) 45-70-2003, masing-masing dirujuk sebagai OKT2 dan OKT3). Berikutannya, mahkamah telah memerintahkan supaya OKT2 dan OKT3 dilepas dan dibebaskan.

[3] Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana seterusnya memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap OKT berhubung dengan dua pertuduhan yang berasingan, iaitu satu pertuduhan bagi kesalahan di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dalam kes MT(3) 45-70-2003 dan satu pertuduhan lagi di bawah seksyen yang sama dalam kes MT(3) 45-66-2003. Beliau membuat permohonan kepada mahkamah supaya kedua-dua kes tersebut dibicarakan dalam satu perbicaraan kerana kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan pada tarikh yang sama, iaitu 22 Oktober 2002. Menurut Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana, walaupun tempat kesalahan-kesalahan berkenaan dilakukan adalah berasingan namun berpunca daripada satu peristiwa yang sama; saksi-saksi yang akan dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah saksi-saksi yang sama dan perbicaraan sedemikian tidak akan memudaratkan OKT. Encik Zahar Ngah, Peguambela yang bijaksana yang mewakili OKT tidak membantah permohonan tersebut.

[4] Mahkamah berpendapat bahawa pihak pendakwaan telah membuat keputusan yang betul apabila mengemukakan dua pertuduhan yang berasingan terhadap OKT berdasarkan fakta yang terdapat dalam kes ini. Dadah berbahaya yang menjadi hal perkara dalam kedua-dua kes ini telah dijumpai di dua tempat yang berasingan, iaitu 4,929.5 gram cannabis dijumpai di dalam kereta yang ditahan oleh pihak polis di Kilometer 20, Jalan Kota Tinggi - Kulai, sementara 19,322.9 gram cannabis pula dijumpai di kawasan belukar, Kampung Semanggar Dalam, Kota Tinggi, Johor. Oleh itu kesalahan berlainan telah dilakukan oleh OKT. Mengikut s. 163 Kanun Prosedur Jenayah (NMB Bab 6) ('KPJ'), setiap kesalahan yang berlainan hendaklah dinyatakan dalam pertuduhan yang berasingan. Ini bermakna tiap-tiap jumlah dadah berbahaya yang dijumpai di tempat berlainan hendaklah diletakkan dalam pertuduhan yang berasingan (lihat kes-kes PP lwn. Norzilan bin Yaacob & Anor [1989] 1 CLJ 466; [1989] 2 CLJ (Rep) 345 dan PP lwn. Ridzuan Kok bin Abdullah [1996] 2 CLJ 346; [1957] 2 MLJ 745). Walau bagaimanapun, mahkamah mempunyai budibicara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada untuk membenarkan kedua-dua kesalahan tersebut dibicarakan dalam satu perbicaraan atau tidak pada masa pertuduhan itu dibuat.

[5] Selepas memberi pertimbangan kepada penghujahan yang dibuat oleh Pendakwa Raya yang bijaksana, mahkamah telah mengarahkan supaya kedua-dua pertuduhan dibicarakan dalam satu perbicaraan (perbicaraan bersama) kerana permohonan yang dibuat adalah memenuhi kehendak-kehendak yang diperuntukkan dalam subseksyen 165(1) KAJ. Subseksyen tersebut memperuntukkan bahawa dua atau lebih kesalahan yang dilakukan oleh OKT yang sama boleh dibicarakan bersama sekiranya perbuatan yang dilakukan itu adalah begitu berhubungkait sehingga membentuk satu transaksi yang sama. Dalam kes Amrita Lal Hazra lwn. Emperor, 42 Cal. 957, telah diputuskan bahawa tidak terdapat suatu rumusan tetap yang boleh dipakai dalam kesemua

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top