2008 MarsdenLR 2629
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
SATHIAPALAN PALANIADI - Appellant
Versus
HOTEL INFORMATION SYSTEM (M) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 0804 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 2087/07)
Decided On : 05/07/2008
Bagi Pihak Menuntut - T Stanley; MTUC
Bagi Pihak Responden - P Theviga; T/n Tan Eng Choong & Co
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Sathiapalan a/l Palaniadi (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Hotel Information System (M) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 7 September 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Sathiapalan a/l Palaniadi, Pihak Menuntut, pada 7 September 2006.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan pada 7 Mei 2008 dengan kehadiran Encik T. Stanley dari M.T.U.C., yang mewakili Pihak Menuntut dan Cik P. Theviga dari Tetuan Tan Eng Choong & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik T. Stanley memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon agar Award dikeluarkan menurut terma-terma persetujuan seperti berikut:
(1) Tanpa sebarang pengakuan liability Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM7,500.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Ribu Lima Ratus sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad terhadap segala tuntutan Pihak Menuntut di dalam kes ini;
(2) Bayaran jumlah penyelesaian tersebut hendaklah dibuat kepada M.T.U.C. selaku wakil Pihak Menuntut pada atau sebelum 28 Mei 2008; dan
(3) Akibat penyelesaian ini, Pihak Menuntut bersetuju bahawa tidak ada apa jua tuntutan lanjut diadakan terhadap Pihak Responden darihal bekas pekerjaannya dengan Pihak Responden.
Cik P. Theviga mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.
Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.