2008 MarsdenLR 851
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
AB AZIZ MUSA - Appellant
Versus
MASDIN DEVELOPMENT SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 0661 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4-139/06)
Decided On : 04/17/2008
Bagi Pihak Menuntut - Abdul Muiz Shamsuri (Hadir)
Bagi Pihak Syarikat - Tidak hadir
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK AB. AZIZ BIN MUSA (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh MASDIN DEVELOPMENT SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 31 Ogos 2004.
AWARD
RUJUKAN INI dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berbangkit daripada pembuangan kerja Yang Menuntut oleh syarikat. Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pada 22 Oktober 2007.
Pada tarikh tersebut Encik Kairun Nizam bin Ali dari Khalek Awang & Associates hadir bagi pihak Yang Menuntut. Syarikat dan wakil dari MEF yang mewakili syarikat tidak hadir. Pada hari tersebut, peguam Yang Menuntut telah memaklumkan bahawa semakan telah dibuat dengan Jabatan Insolvensi dan hasil semakan tersebut mendapati Syarikat masih beroperasi dan tiada perintah penggulungan. Pada tarikh tersebut, Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara ex-parte pada 9 Januari 2008.
Pada 9 Januari 2008 Mahkamah dimaklumkan bahawa pada 2 November 2007, pihak Mahkamah telah menghantar surat kepada MEF dan juga kepada pihak Syarikat melalui surat A.R. Berdaftar di mana kad A.R. telah dikembalikan dengan catatan "tidak dituntut".
Pada 30 November 2007 surat tersebut dihantar kepada Syarikat dengan cara pos biasa. Pada 8 Januari 2008 surat diterima daripada MEF memberitahu mereka menarik diri daripada mewakili Syarikat. Pada 9 Januari 2008 jam 8.40 pagi, Jurubahasa telah menelefon Syarikat dan telah diberitahu bahawa Syarikat masih lagi beroperasi di alamat yang sama bersama-sama satu lagi Syarikat bernama Rhombus Sdn. Bhd. Beliau juga dimaklumkan bahawa pemilik kedua-dua Syarikat adalah orang yang sama.
Pada hari ini juga En. Abdullah bin Abd. Karim dari MEF yang mewakili Syarikat mohon menarik diri daripada mewakili Syarikat atas alasan bahawa Syarikat tidak dapat dihubungi dan mereka tidak mendapat arahan. Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak MEF untuk menarik diri.
Pada pukul 11.00 pagi, En. Abdul Muiz bin Shamsuri yang mewakili Yang Menuntut mohon kes didengar secara ex-parte disebabkan Syarikat atau wakilnya tidak hadir walaupun telah diberitahu mengenai tarikh bicara hari ini.
PERBICARAAN SECARA EX-PARTE
Pada amnya Mahkamah diberi kuasa untuk mendengar kes secara ex-parte jika sesuatu pihak Syarikat gagal hadir dan tiada alasan yang mencukupi yang ditunjukkan mengapa Syarikat tidak hadir. Dalam kes Liew Geok Lan v. John Loh [1993] 3 CLJ 158 Mahkamah memutuskan:-
"in considering this particular case in view of the absence of the defendant. I bear in mind the following principles of law namely, that the plaintiff is required to prove her claim as far as the burden of proof was on her. The proof will be limited to the allegation in the claim, in this case as contained in the originating summons and the supporting affidavits."
Y.A. Pengerusi, dalam kes Wong Brothers Construction v. Choo Chee Siam - Award No. 784/05 [2005] 2 ILR 356 memutuskan:-
"In the event that the Company is absent for trial, a Claimant would still need to show substantial merits in the case if the Court were to make a finding for him."
Ini bermakna dalam perbicaraan ex-parte, tidak bermakna Mahkamah akan terus membuat keputusan tanpa memeriksa merit kes. Mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk bertanya mengenai alasan-alasan yang diberi oleh majikan dalam membuang kerja Yang Menuntut.
Dalam kes ini, pihak syarikat tidak hadir walaupun notis telah diterima dan pihak Syarikat juga telah diberitahu melalui telefon. Oleh itu Mahkamah membenarkan permohonan pihak Yang Menuntut untuk mendengar kes ini secara ex-parte.
KES YANG MENUNTUT
Hanya Yang Menuntut (CLW1) sahaja yang memberi keterangan dalam perbicaraan ini. Menurut Yang Menuntut, beliau mula dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Syarikat Rhombus Sdn. Bhd pada 15 September 1995 dengan gaji permulaan sebanyak RM1,500.00. (Rujuk Ekshibit "CL1")
Pada 1 Januari 1996, Yang Menuntut telah disahkan dalam j