2008 MarsdenLR 2231
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
PETER S M LOUIS - Appellant
Versus
GETRONICS SOLUTIONS (MALAYSIA) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 0426 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 1814/05)
Decided On : 03/12/2008
Bagi Pihak Menuntut - Anand Ponnudurai; T/n Bodipalar Ponnudurai Nathan
Bagi Pihak Syarikat - T/n Sativale Mathew Arun
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK PETER A/L S.M. LOUIS ( selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh GETRONICS SOLUTIONS (MALAYSIA) SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 13 Februari 2004.
AWARD
RUJUKAN INI telah dipanggil untuk sebutan pada hari ini di Mahkamah pada 12 Mac 2008. En. Anand Ponnudurai dari Tetuan Bodipalar Ponnudurai Nathan hadir bagi pihak Yang Menuntut juga menyebut kes ini bagi pihak peguam yang mewakili pihak Syarikat iaitu Tetuan Sativale Mathew Arun.
Mahkamah dimaklumkan bahawa rujukan ini telah dapat diselesaikan secara persetujuan dengan muktamadnya di luar Mahkamah. Yang Menuntut ingin menarik balik rujukan ini.
Dengan ini saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan.