2009 MarsdenLR 4921
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
THG E-NET SOLUTIONS SDN BHD
Versus
LOH SIANG HEE DAN 2 PERAYU YANG LAIN
AWARD NO: 226 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-2129/07)
Decided on : 25 FEBRUARI 2009
Mewakili ketiga-tiga Pihak Menuntut - Teh Hong Jet; T/n Tan Kim Siong & Teh Hong Jet
Mewakili Pihak Responden - Bosco Philip Anthony; T/n Bosco Philip Anthony & Associates
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Loh Siang Hee, Pihak Menuntut Pertama, pada 31 Mac 2006.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 24.2.2009 dengan kehadiran Encik Teh Hong Jet dari Tetuan Tan Kim Siong & Teh Hong Jet, peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut Pertama dan Encik Bosco Philip Anthony dari Tetuan Bosco Philip Anthony & Associates, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Teh Hong Jet memaklumkan Mahkamah bahawa beliau tidak dapat menghubungi Pihak Menuntut Pertama sehingga ke hari ini dan oleh itu beliau memohon agar kes Pihak Menuntut Pertama ditarik balik dengan kebebasan untuk ia dipohon semula dalam tempoh yang munasabah.
Maka, Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula dalam tempoh Tiga (3) Bulan dari tarikh Award ini.