2009 MarsdenLR 321
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
CHIN FOH BERHAD
Versus
CHONG WAI HONG
AWARD NO: 272 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-171/07)
Decided on : 4 MAC 2009
Wakili Pihak Menuntut - Norfadilah Ahmad; T/n Jayasuria JP Chong & Co
Wakil Pihak Responden - Nanthakumar; MEF
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Chong Wai Hong, Pihak Menuntut, pada 31 November 2005.
Kes ini telah dibangkitkan untuk perbicaraan pada 4.3.2009 dengan kehadiran Cik Norfadilah bt. Ahmad dari Tetuan Jayasuria JP Chong & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Nanthakumar dari M.E.F., yang mewakili Pihak Responden. Encik Sam Ng Boon Loke, Pengurus Kumpulan, Sumber Manusia hadir sebagai wakil Pihak Responden. Cik Norfadilah bt. Ahmad memaklumkan Mahkamah bahawa beliau ada arahan anak guamnya untuk menarik balik kes ini dan seterusnya menarik balik kes ini. Encik Nanthakumar memohon agar kes Pihak Menuntut dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia difailkan semula.
Memandangkan kes ini ditarik balik oleh Pihak Menuntut, maka, Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.