2008 MarsdenLR 294
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
TUNJANG WAWASAN SDN BHD - Appellant
Versus
ARAVINDASHAN KUNJUKUTTAN - Respondents
AWARD NO: 1449 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4-1489/06)
Decided On : 08/15/2008
Pihak Yang Menuntut - A Sivananthan; MTUC
Syarikat tidak hadir
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK ARAVINDASHAN A/L KUNJUKUTTAN (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh TUNJANG WAWASAN SDN. BHD. (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 27 Ogos 2001.
AWARD
Perkara ini berbangkit daripada keputusan yang menyatakan Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatannya oleh Syarikat.
Latar Belakang
Rujukan ini telah ditetapkan beberapa kali untuk perbicaraan. Syarikat maupun wakilnya tidak hadir. Notis perbicaraan bertarikh 9 Jun 2008 telah dihantar kepada pihak Syarikat. Notis dihantar kedua alamat iaitu Tunjang Wawasan Sdn. Bhd No. 19-3, Jalan Belangkas, Off Jalan Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur. Terdapat tandatangan penerima dan cop Syarikat pada 13 Jun 2008. Satu lagi notis dihantar ke alamat A-32, Tingkat 3 Blok A, Plaza Pekeliling 2, Jalan Tun Abd. Razak, 50400 Kuala Lumpur. Terdapat cop penerima daripada Perfect Management Corporate Service Sdn. Bhd pada 12 Jun 2008. Ini bukan pertama kali pihak Syarikat tidak hadir ke Mahkamah. Rekod menunjuk Syarikat telah tidak hadir ke Mahkamah sejak 21 Ogos 2007 lagi. Pada masa itu pihak peguam Yang Menuntut telah meminta Mahkamah untuk mendengar kes ini secara ex-parte dan telah dibenarkan oleh Mahkamah di mana tarikh telah ditetapkan pada 21 November 2007.
Pada 21 November 2007 Syarikat atau wakilnya masih tidak hadir dan Mahkamah telah menangguhkan kes ke 2 April 2008 untuk sebutan. Pada 29 Februari 2008 dan 2 April 2008 kes ditetapkan untuk sebutan. Kali ini juga pihak Syarikat tidak hadir. Rujukan ini telah dibatalkan pada 2 April 2008 oleh sebab ketidakhadiran kedua-dua pihak.
Kemudian atas permohonan pihak Yang Menuntut, rujukan ini dihidupkan semula pada 5 Jun 2008. Kali ini juga pihak Syarikat tidak hadir.
Pendengaran Kes Secara Ex-parte
Dalam kes Liew Geok Lan v. John Loh [1993] 3 CLJ 158 telah diputuskan:
"In considering this particular case in view of the absence of the defendant I bear in mind the following principles of law, namely, that the plaintiff is required to prove her claim as far as the burden of proof lies on her. The proof will be limited to the allegations in the claim, in this case as contained in the originating summons and the supporting affidavits (see Barker v. Furlong [1981] 2 ch. 172 @ pg. 179) [emphasis added]."
Berdasarkan peruntukan seksyen 29(d) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan kes Undang-Undang yang dirujuk, Mahkamah berpendapat adalah wajar kes ini didengar secara ex-parte kerana Syarikat tidak lagi menunjukkan apa-apa kepentingan dalam kes ini lebih-lebih lagi apabila Syarikat atau wakilnya gagal menghadirkan diri ke Mahkamah. Oleh itu Mahkamah memutuskan agar perbicaraan ini dijalankan secara ex-parte.
Kes Yang Menuntut
Yang Menuntut bekerja di Malaysia Radiator Sdn. Bhd Lot 1317, Senawang Industrial Estate, Seremban dengan gaji RM830.00 sebulan dan elaun tetap sebanyak RM70.00 sebulan.
Pada 1 April 2000 Syarikat telah memberi surat perlantikan kepada Yang Menuntut mengandungi terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan.
Melalui surat Syarikat Malaysia Radiator Sdn. Bhd bertarikh 17 Ogos 2001 Yang Menuntut telah dituduh merosakkan "2 cores by poking holes into the tube".
Pada 24 Ogos 2001 siasatan dalaman telah dijalankan oleh Syarikat Radiator Sdn. Bhd terhadap Yang Menuntut. Kemudian Syarikat telah mengeluarkan satu surat bertarikh 24 Ogos 2001 memberi notis kepada Yang Menuntut di mana Yang Menuntut telah diarah untuk berpindah ke Syarikat di Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2001.
Yang Menuntut tidak mematuhi arahan atas alasan bahawa arahan perpindahan ini merupakan hukuman terhadapnya sedangkan beliau tidak didapati bersalah oleh siasatan dalaman yang dijalankan terhadapnya dan mendakwa bahawa arahan perpindahan ini adalah dibuat secara mala fide. Di samping itu Yang Menuntut telah menegaskan bahawa tiada peruntukan untuk perpindahan di dalam surat kontraknya.
Pihak Syarikat telah menghantar