SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 2596

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

ASIA COMMUNICATION & ELECTRONIC SDN BHD
Versus
MARTHANDAN VELOO

AWARD NO: 1168 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-1827/07)
Decided On : 1 OKTOBER 2009

AWARD

1. Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Marthandan a/l Velod (Yang Menuntut) oleh Asia Communication & Electronic Sdn Bhd, (Responden) pada 13.2.2003. Kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia dan diterima oleh Mahkamah Perusahaan ini pada 17.9.2007.

2. Encik G. Subramaniam bagi Pihak Menuntut memaklumkan bahawa kes ini telah mencapai satu penyelesaian dengan persetujuan Pihak Syarikat akan membayar sebanyak RM9,000 kepada Penuntut setelah menolak caruman KWSP dan SOCSO. Syarikat akan menyerahkan Borang E kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam tempoh seminggu dari tarikh hari ini (28.9.2009) dan setelah menerima 'clerance' daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pihak Syarikat akan membayar pampasan yang telah dipersetujui dalam tempoh seminggu selepas 'clerance' daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bayaran kepada Pihak Menuntut melalui peguam Tetuan G.S. Mani Ganesh. Perkara ini telah disahkan oleh Encik Mahalingam mewakili Pihak Syarikat.

3. Mahkamah ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua peguambela serta Pihak Menuntut dan Pihak Responden diatas daya usaha mereka untuk mencapai persetujuan ini. Dalam hal ini, ia adalah sejajar dengan matlamat Undang-Undang Perhubungan Perindustrian itu sendiri seperti yang dinyatakan oleh Presiden Mahkamah Perusahaan, Fong Seng Yee di dalam kata pengantarnya di dalam buku The Law of Domestic Inquiries & Dismissals' karya Syed Ahmad Idid dimana dinyatakan:-

"but the objects of industrial law will be served if parties can find:-

the avenue to solving grievances, an acceptable inquiry to achieve the truth, and an equitable court to put an end to disputes."

4. Berdasarkan persetujuan di atas, dengan ini award persetujuan diperturunkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top