2009 MarsdenLR 2033
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HAPIPAH MONEL
STANSON MARKETING SDN BHD & KES YANG LAIN
Versus
MOHAMED YUSUF S SAMSUDIN
AWARD NO: 754 TAHUN 2009 (KES NO: 19/4-2871/06 & 19(27)/4-2979/06)
Decided On : 25 JUN 2009
Pada 4 Oktober 2007 Encik Mohamed Yusuf bin S. Samsudin (Yang Menuntut) telah membuat permohonan untuk menggabungkan rujukan ini dengan rujukan no. 27/4-2979/06 di mana pihak yang bertikai ialah di antara Encik Waris Hussain bin S. Samsudin (Yang Menuntut) dan Stanson Marketing Sdn. Bhd (Syarikat). Pengerusi Mahkamah 27, YA. Dato' Mary Shakila Azariah telah mengeluarkan award no. 1813/2007 pada 3 September 2007 menggabungkan rujukan No. 27/4-2979/06 dengan rujukan no. 19/4-2871/06.
Pengerusi Mahkamah 19 pada masa itu Y.A. Datin Paduka Hajah Badariah bt Hassan telah membenarkan permohonan untuk penggabungan ini melalui Award No. 2139 tahun 2007 bertarikh 22 Oktober 2007 dan memerintahkan kedua-dua rujukan diteruskan sebagai satu tindakan dan dibicara secara serentak.
Rayuan ini telah mula dibicarakan pada 4 Mac 2009 dan seterusnya tarikh untuk sambung bicara telah ditetapkan pada 26 Jun 2009. Pada 22 Jun 2009 Mahkamah telah menerima surat daripada Tetuan Prem & Chandra peguam yang mewakili Yang Menuntut yang memaklumkan bahawa arahan dari anak guamnya adalah supaya rujukan ini dibatalkan tanpa kebenaran untuk memfail semula. Beliau juga memaklumkan bahawa peguam bagi pihak Syarikat telah memberikan persetujuan mereka dan tidak mempunyai apa-apa bantahan.
Surat ini juga mengepilkan surat daripada Yang Menuntut dan Yang Menuntut dalam kes 27/4-2979/06 yang memaklumkan bahawa mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan tuntutan mereka dan memohon kepada Mahkamah untuk menarik balik dan supaya tuntutan mereka dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfail semula.
Dengan ini Mahkamah memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan dengan muktamadnya tanpa kebebasan untuk memfail semula.